Loceng Dah Berbunyi
terkayan-kayan
semuanya dengan tujuan
tak bersempadan
mereka-reka.
kringggggg
terdengar pula
jom pergi sekolah.
...Bulan Jatuh Ke Riba...

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Program  Mendidik Demi Malaysia di Kuala Lumpur. Program ini berasaskan  konsep mengajar sambil berbakti memberi peluang kepada graduan  cemerlang untuk berkhidmat kepada negara dengan menyertai profesion  perguruan setelah menamatkan pengajian di universiti.
.....ajarlah anak-anak Malaysia walau sepotong ayat.
Malam  ini aku seorang sendiri. Kaki menemani kaki. Bersilang seperti mengaji,  dan badan menemani  badan.  Aku mencari bulan - hadiah khas dari isteri yang setia menemani   malam-malamku. Kuletakkannya di riba sambil menekan suis laptop. Bulan  dah jatuh ke riba . Atas bulan ada laptop. Lalu 2 jari telunjuk kanan  dan kiri berlari-lari di atas papan kekunci. Mengorbit tanpa  perlanggaran.  Sepertinya mempunyai 11 jari. Terlebih satu. Biasa  sepuluh.
Malam ini, sebetulnya setiap malam, menjelang subuh,  kau datang tanpa  mengetuk  pintu atau menekan butang loceng. Walaupun  di situ terang  terang ada punat  loceng dan siap diletakkan gambar  loceng. Besarlah juga logonya. Tanpa dipedulikan.  Datang tiada  dijemput. Aku mengeluh senafas  dua. Haiiihh.
Banyak juga  perkara baru yang telah dilakukan. Satu,  berjaya. Selebihnya gagal.  Pujangga kata orang yang tidak pernah gagal sebenarnya tidak pernah  melakukan sesuatu yang baru. Bila gagal, aku kecewa dan ada kalanya  meradang. Makanya banyaklah dosa yang datang dari kegagalan itu.  Haaaiiihhh.  Lagi sekali.
Aku ke tepikan bulan dan tika lima anggota semakin kering dek basahan dari muka ke kaki, aku merapatkankan  dahi ke lantai. Kau yang datang menambah bilangan helaian rambut yang  putih di kepala. Moga helaian putih terus memutih noda yang tiba tiba  dan terus tiba.
Sementelahkan tidak mahu lena, aku terus meneroka. Sesuatu yang baru yang sebenarnya lama yang ingin kulaksanakan.
Selamat  lena untuk kau yang sebenarnya sempurna, tak pernah alpa bertandang dan  mengundang dan selamat pagi untuk aku. Meraikan hari yang baru.
Demi setiap yang baru, kan menjadi lama. Tiba akhirnya sebuah riwayat.  Bermula pula episod baru. Mati sekalipun. Samiyyat dipercaya. Aku semakin berubah.
Rambut jadi puteh. Itu pertumbuhan yang paling ketara dalam  banyak-banyak perubahan. Iyalah. Sudah bertahun-tahun asyik menjadi  orang yang sama. Bosan la juga.
Pascal kata, kita jangan terlalu memikirkan masa lampau atau masa akan  datang. Dia kata lagi, tawanlah detik sekarang dan manfaatkannya
Saya pernah kata kita kena kira terbalik untuk bergerak ke hadapan. Sila undur ke belakang. Klik balik countdown ni, Pasti berwarna warni.
ok start kira......24,23,22,21,20......
maju ke belakang,
undur ke hadapan.
salam maal hijrah
selamat tahun baru
happy new year
hijrah gagah melangkah
maseh masih merangkak mengira
Hadir mewarnai dunia maya. Agar tidak sama warna-warna rasian - hitam dan putih. Walau fontnya berwarna hitam. Moga sedikit mewarnai lukisan di sini. Terima kasih atas sanggaan. Aku menulis bukan kerana warna, tapi kerana ada.
Baca selanjutnya Kisahku...Keindahanmu kuabadikan. Walau sudah kering tak bercahya. Dan sementara, kubiarkan kau terus benar-benar kering agar spora-spora nakal tak mampu mencengkam kulitmu.
Tiada idea baru. Hanya meniru gaya sebenarmu. Kulahirkan kau semula. Dengan sentuhan semula Cat Pelaka. Di dunia baru. Di celahan tanduk sang rusa.
Bunga berwarna ditabur. Merah. Kuning. Biru. Putih.  Campur daun pandan. Biar kau menapak di atasnya. Atas karpet buatan  Malaysia. Dari tapak pertama menuruni delman luar dari kebiasaan. Sampai  ke pintu Bilik Nombor Satu. Agar sepatu tak dicemari calar-calar lumpur.
Biarkan panasnya sampai ke petang. Tidakkan hujan di tengah hari. Mendung tidak mengapa. Walau ribut ada diduga.
Dan aku harap, sangat boleh memayungmu. Biar redup sentiasa.
O..oh..rantai terlepas....yeeeeha! Pinjam sorak dari ros putih.
 Kerajaan Korea telah menyumbangkan beberapa buah piano ke pihak Kerajaan Malaysia dan sebuah daripadanya (piano digital) telah di agihkan untuk SK Sungai Galah sebagai tanda mengukuhkan serta memperingati hubungan diplomatik antara Malaysia - Korea yang telah terjalin selama 50 tahun.
Kerajaan Korea telah menyumbangkan beberapa buah piano ke pihak Kerajaan Malaysia dan sebuah daripadanya (piano digital) telah di agihkan untuk SK Sungai Galah sebagai tanda mengukuhkan serta memperingati hubungan diplomatik antara Malaysia - Korea yang telah terjalin selama 50 tahun.
SK Sungai Galah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada JPN dan Kerajaan Korea. Terima kasih Booyoung Housing Co. Ltd.
***Finaz - kalau ko tak jadi derma piano tu tak pe la, kami dah dapat satu. Ko derma gambarnye...itu dah memadai. Tq
    
   
  
     
   
     
     
Harum nian baumu anggerik merah. Wangian apa kau pakai?
Aku? Kau apa kurangnya. Tak pernah kualaminya.
Bukan aku. Agaknya si kuning gadis menari di atas tu???
Bukan aku la..., pantas 'lady dancing' membalas. Agaknya datang dari kolam tu?
Kami pun tak pakai wangian ini....semerbak sungguh!!!!
*********************
Mendengarkan perbualan mereka, aku senyum. Aku terus menggambar aksi mereka. Mentari makin tergelincir di  ufuk barat. Haruman yang ku pakai, mampu memalukan flora-flora di laman.
Sudah hampir dua minggu. Seperti bintang. Ia mengeliling kepalaku. Walau bukan kilauan emas. Aku tangkap. Masukkan ke dalam kocek. Benarlah. Penantian itu suatu siksa bisa. Namun bintang belum tersua.
Kepastian tiba sebagai penawar. Kita di temukan. Dalam keadaan aku separuh bogel. Bertowel paras pusat dan lutut. Menyahut panggilan Abang Posmen. Satu yang aku tunggu. Tiga yang sampai.
Sekeping replika cek untuk Ahmad Khir (Jom lawat blog anak saya). Parcel untuk Ahmad Khir. Dan bungkusan untukku. Berkotakkan xerox phaser 3117, 3112 print cartridge. Terima kasih Shahromnasrudin (Blog yang dah femes di kalangan kita). Persahabatan yang tak ternilai dek harta setinggi menara berkembar petronas.
Bukan raya haji namanya kalau tak berkaitan dengan kerja-kerja haji.  Tidak lengkap raya haji tanpa nyanyian tahmid. Tidak sah raya korban  kalau tak ditumbangkan kerbau lembu di hari tasyrik.
Hari ini kerbau-kerbau sudah dipinang. Lembu sudah ditambat, Kambing  sudah diikat. Di masjid, di surau dan di taman. Yang belum dipinang  terus bersolek. Mempamerkan otot-otot berulas. Juga pastinya menahan  bersin, tanda sihat walafiat.  Tidak hairanlah kalau seluruh keluarga  kambing serta kerbau lembu bergembira sekali. Mereka bernyanyi dan  berdoa.  Ada juga yang menari menyambut hari yang bakal tiba. Syukur  mereka kata.
Di sana sini, jemputan kenduri. Tanda bersyukur atas nikmat yang diberi.  Ala-ala open hause. Duit raya diberi para tamu yang mengerti.
Senyumanku melebar. Bersama senyum-senyum kambing, lembu dan kerbau yang bakal disembelih.
Alhamdulillah.
rasanya aku mahu lari saja.
mencari damai.
dalam belukar.
tepi sungai.
masuk dalam semak.
masuk dalam kotak.
kotak washing machine.
duduk diam-diam.
sambil tebuk lubang pada kotak.
biar cahaya lurus mentari menerangi kotak.
jangan pedulikan hingar kenderaan yang lalu.
bersih atau kotornya sungai.
kucing yang singgah kencing.
bekas sondolan khinzir yang hanyir.
tarik nafas dalam dalam.
satu, dua, tiga, empat.
ikut meter empat-empat.
biar berkala.
kudengar gemersik angin,
debur sungai.
miau kucing.
cicip kelicap.
deram kenderaan.
aku pasti.
tiada mata manusia yang melihat.
aku lari mencari damai.
dalam kotak.
dan kalau mereka nampak.
tentu kata.
bodoh!
gila!!

Merdeka!!!!
Itulah laungan yang didengar sebaik meninggalkan dewan peperiksaan (UPSR 2010) jam 3.45 petang tadi sebaik selepas Ujian Aptitud bagi murid Tahun 6.
Apakah adik MOHD DANISH AIMAN (gambar di atas) boleh berjaya dalam peperiksan itu? Beliau terpaksa menggunakan kanta pembesar untuk membaca kertas soalan...
Habis periksa...cikgu-cikgu Tahun Enam dah boleh relax...murid apalah lagi. Jangan bercempera tak tentu pasal sudahla.
Aku mendapat petanda yang bahawa seekor naga sesat akan singgah di taman lamanku. Bukan taman larangan. Aku besedia dengan rumah terbuka. Aku bersedia dengan senjata.
Rumah terbuka, jika sekiranya naga datang bawa rahmat serta buah tangan dari angkasa.
Senjata, andai naga bertukar menjadi garuda ganas melibaskan sayap berapi yang membakar taman.
Semuanya tidak dijangka.
Rumah terbukaku. Siapa-siapa jua boleh datang. Tiada tarikh tutup. Cuma aku sahaja yang bimbang.

Sebagai  ibubapa, kita juga sama-sama berjihad seiring dengan anak kita ketika  menghadapi peperiksaan. Kita sebagai ibubapa juga "tension" dan gemuruh.  Sempena menjelang peperiksaan UPSR pada 21, 22 dan 23 September ini izinkan saya  berkongsi beberapa "tips" dan panduan yang telah dikumpul dari ceramah  dan artikel internet, lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak dapat  bersama anak-anak kita semasa mereka bertarung untuk menghadapi  peperiksaan.
1. BERTENANG - Jangan biarkan anak-anak melihat betapa risaunya anda. Keadaan ini akan menambahkan tekanan mereka.
2.  MAKANAN - Pastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat dan makan  vitamin supaya kesihatan mereka dapat dimantapkan. Bekalkan mereka  dengan kismis dan kurma apabila pulang ke sekolah. Kismis dan kurma  adalah makanan yang sungguh banyak khasiatnya dan merupakan sunnah nabi.
3.  MINUMAN - Bekalkan mereka dengan susu dalam kotak apabila pulang ke  sekolah. Jika tidak dapat berbuat demikian, cuba berikan mereka wang  untuk membelinya di sekolah. Elakkan daripada minum minuman berkarbonat.
4.  PERCAKAPAN - Jagalah pertuturan kita dengan mereka. Gunakan ayat-ayat  positif dan elakkan ayat-ayat negatif, contohnya, "Jangan buang masa",  "Jangan tidur lewat", "Jangan banyak bermain", sebaliknya ucapkanlah  "Manfaatkanlah masa kamu dengan baik", Tidurlah secukupnya", Gunakanlah  masa untuk berbincang dengan kawan tentang pelajaran".
5. TEKANAN  - Kita seharusnya memahami bahawa mereka sedang berasa tertekan. Jangan  menambahkan tekanan ini dengan memaksa mereka membuat lebih banyak  kerja. Biarlah mereka merehatkan otak mereka seketika. Bawa mereka  berjalan, beriadah dan hiburkan hati mereka.
6. BERSUKAN -  Mungkin ada di kalangan anak kita yang gemar bersukan. Biarlah mereka  bersukan asalkan tidak melampau hinggakan terlalu penat untuk belajar.  Keselamatan juga haruslah dijaga.
7. KESIHATAN GIGI DAN MATA -  Gunakan masa cuti untuk membuat pemeriksaan gigi agar tiada gangguan  seperti sakit gigi ketika menghadapi peperiksaan. Bagi yang memakai  cermin mata, pastikan cermin mata mereka dalam keadaan yang baik.
8.  KEYAKINAN DIRI - Pastikan anda memantapkan keyakinan diri anak-anak  supaya mereka berasa yakin dengan diri sendiri. Jika keyakinan diri  mereka goyah, ini akan menjejaskan prestasi mereka.
9. DOA -  Sentiasa berdoa untuk anak-anak dan pastikan mereka tahu yang bahawa  betapa prihatinnya anda. Kita doakan untuk mereka supaya mereka berasa  libih dekat pada kita dan lebih yakin.
10. SOLAT HAJAT - Bagi  yang beragama Islam, lakukan solat hajat samada bersama anak atau  keluarga ataupun bersendirian. (Sempena Ramadan, ambillah peluang  keemasaan).
11. AIR YASSIN - Bagi yang beragama Islam, bekalkan air yaassin yang mana kita telah berdoa untuk anak kita.
BACA  YAA-SIN DAN SURAH AL BAQARAH bagi yang beragama Islam. Baca YAASIN dan  surah AL BAQARAH ketika kita tahu bahawa anak kita sedang berada di  dalam dewan peperiksaan. Sekiranya tidak berpeluang membaca, pasangkan  CD atau Kaset.
Semoga berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah.



Moga Allah ampunkan dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, isteriku, anak-anakku serta seluruh umat muslimin.
Moga Allah berikan keputusan cemerlang buat anak-anak didikku yang akan menghadapi UPSR 2010 pada 21, 22, dan 23 September ini.
Moga Allah selamatkan kami semua, memelihara kami dari segala bencana, gangguan dunia serta wabak penyakit.
Allah Maha Mengetahui keperluan kami semua.
Moga Allah matikan kami semua dalam iman.
Cerita selanjutnya : klik Blog Sekolah SKSG
BERSEJARAH...Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Raja Jordan, Raja Abdullah II berjalan ke Bilik Timur bagi memberikan kenyataan bersama sebelum memulakan semula rundingan damai Palestin-Israel, di Rumah Putih, hari ini. - AFP
Baca selanjutnya Kisahku...
Menjelang  Asar. Langit menjadi kelam. Angin kencang. Mencabut cengkaman skru dari  pasaknya lalu menerbangkan atap-atap bazar ramadan. Jalan raya  dibanjiri daun-daun kering. Guruh berdentum. Hujan turun dengan  lebatnya.
Atap di restoran Bunga Tanjung rebah ke bumi. Beberapa  batang pokok di  kiri kanan jalan tersembam jatuh menghalang lalulintas.  Pokok-pokok bunga di lamanku  sujud menyembah bumi. Kata ustaz, bila  turunnya lailatulqadar, pokok akan sujud. Pokok sujud. Pokok tumbang. Berbezakah?.Wallahualam.
Aku  berdoa. Agar Allah mengampunkan dosa-dosaku. Agar Allah ampunkan  dosa-dosa kedua ibubapaku. Agar Allah mengampunkan dosa-dosa isteriku.  Agar Allah ampunkan dosa-dosa anak-anakku. Agar Allah ampunkan dosa-dosa  seluruh umat islam di dunia ini.
Mungkinkah. Malaikat berkunjung  ke dunia makhluk. Di gelita malam. Di benderang siang. Satu masa. Dua  dunia. Andai kau turun di malam hari di dunia sebelah, sedarkan aku di  dunia aku yang siang ini.

Aman adik Amin. tapi dia kecik je. Kecil sedikit daripada Faiq, cucu Tok Temuk. tinggal setaman dengan Alif yang baik. Aman memang berkawan dengan Aeyman  tak kesah. Mereka hanya ditemukan di dunia antah berantah. Aman juga agak sebaya dengan anak buah Aliaazuan.
Aman  dah boleh kayuh basikal yang rodanya ada empat. Dekat hendal depan dia  pasang bendera Malaysia. Dekat lanting belakang dia pasang dua bendera Malaysia. Hari raya dia nak kumpul duit raya. Hari raya di bulan merdeka  dia nak kumpul double.
Sambil nyanyi lagu tanggal 31, Aman kayuh basikal beroda empat. Pergi ke rumah Opah Edah.
"
assalamualaikum opah. saya datang nak raya ni.
erm...aman. masukla. kamu tak puasake?
dah raya opah. mana boleh puasa.
ya tak ya jugak. hari ini kan hari merdeka? selamat hari raya merdeka aman.   "
Opah Edah melayan Aman. Bercerita kisah merdeka. Kisah sengsara Zaman Jepun. Pernah atuk menikam seorang tentera Jepun dengan benet yang opah edah  tunjukkan. Opah edah bangga. Aman cuba angkat benet. Tak terangkat.
"
bagi kat aman benet ni boleh tak opah? aman nak buat koleksi kenangan cerita opah ni.
jangan...opah nak buangkannya kat dalam lombong, berhantu benet ni.
oklah opah, aman mintak diri dulu.  "
Amanpun bersalaman dengan Opah Edah.
Opah Edah mengeluarkan sampul hijau untuk Aman.
" Terima kasih opah. selamat hari raya...selamat merdeka! ", ucap aman sambil menggenggam tangan ke udara.
Sampul hijau pertama aman dapat...lima keping duit kertas. gambar pokok pisang.
Aku dapat permintaan dari Kedah melalui handset, (21 Ogos 2010 : 2.10 petang) minta carikan muzik lagu Setangkai Mawar. Katanya puas dia Google tapi tak dapat. Sebenarnya bolehje tu En.Ahmad Suziman. Cuma kita perlukan kesabaran mencarinya.
Aku dah upload lagu tersebut khas untukmu. Nikmatinya (tapi kena download dulu).
Setangkai Mawar
Harum wangi dan bersinar
Setangkai mawar dijambangan
Dipuja-puja dalam jambangan
Idaman rindu sang kumbang
Tetap teguhnya ditangkai
Melambai ditiup sang bayu
Tak gugur bunga jangan dicapai
Indahnya menjadi ilhamku
Berjiwa suci dan beramal damai
Itulah ajaran yang benar
Aman dan tenang hidup yang permai
Dikeliling setangkai mawar
Tetap teguh hidup kita
Sebati membela negara
Dijunjung tinggi dipuja-puja
Harapan kita di Malaysia
Klik link ini untuk Download muzik lagu Setangkai Mawar.
Pastu klikje Click here to start download.
Maaf, muzik persembahanku tidak seberapa.
Namun diharapkan agar dapat memenuhi permintaanmu.
Kemahuan Amin banyak sangat. Semuanya dia nak. Pantang terdetik. 
Terlaksana semuanya.
Amin genggam ular lidi. Ular lidi menjadi naga. Amin hembus naga. Naga ditelan labah-labah. Lenyap.
Tika iftar, Amin jamah tamar. Tersendorong bazar ramadan. Amin beri pada jiran.
Amin, Amin. Boleh jadi apa sahaja. Genggamlah apa-apa. Hembuslah apa-apa. Jamahlah apa-apa. Kesemuanya Ya. Segera atau sebaliknya. Tuhan confirm.
Rama-rama berbentuk hati itu terbang. Berlegar mengeliling pintu. Kemudian masuk. Terus hinggap di atas Sony Ericsson, Handset dalam rumah. Di atas meja. Meja kacang. Dari kayu jati.
Lima puluh dua saat dia hinggap.
Dalam mud gegar, ia bergegar. Mengeluarkan cahaya dan memeranjatkan rama-rama berbentuk hati yang leka hinggap. Baru dia tahu. Handset akan bergegar serta mengeluarkan cahaya apabila mesej masuk ke handset.
Rama-rama berbentuk hati terbang dan hinggap pula di atas nokia 3120 disebelahnya. Baru tujuh saat dia hinggap. Kali ini bergegar lagi. Mengeluarkan cahanya dan kali ini diiring ringtone lagu doraemon.
Mesej terpapar.
"SELAMAT HARI LAHIR ABAH UNTUK KALI KEDUA TAHUN INI. SELAMAT PANJANG UMUR SERTA DIMURAHKAN REZEKI"
.....dulutu, opah kata abah dilahirkan seminggu di bulan puasa. Tok takde pada mase tu dan pakcik Zie melaungkan azan ke telinga abah....
Aku check kat sini. Betul. Hari ini memang aku dilahirkan mengikut kalendar hijrah...Rupa-rupanya umurku sudah bertambah 2 tahun lagi berbanding kalendar Masehi.

(Jika anda bukan rakyat Malaysia, atau telah lama berada di luar negara dan tidak mengetahui apa maknanya, ABC adalah Air Batu Campur)
 Sekiranya anda suka kacang, ada kacang di dalamnya. Kalau anda sukakan rasa manis, tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana ada sirap, susu cair dan ais krim di bahagian atasnya.
Sekiranya anda suka kacang, ada kacang di dalamnya. Kalau anda sukakan rasa manis, tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana ada sirap, susu cair dan ais krim di bahagian atasnya. Setiap satunya sedap, tapi hanya apabila mereka dicampur bersama - menjadikan semangkuk ABC begitu istimewa.  Itulah yang kita paling suka tentang ABC. Ia mengingatkan kita tentang sesuatu yang menyeronokkan.  Di mana setiap satunya berbeza, namun menjadi yang terbaik apabila bersama.
Setiap satunya sedap, tapi hanya apabila mereka dicampur bersama - menjadikan semangkuk ABC begitu istimewa.  Itulah yang kita paling suka tentang ABC. Ia mengingatkan kita tentang sesuatu yang menyeronokkan.  Di mana setiap satunya berbeza, namun menjadi yang terbaik apabila bersama. Kita   mungkin tidak bersefahaman tentang sesuatu - seperti kacang manakah   yang lebih digemari - tetapi setuju dengan banyak lagi perkara lain.  Umpamanya, betapa kita semua sukakan ABC.
Kita   mungkin tidak bersefahaman tentang sesuatu - seperti kacang manakah   yang lebih digemari - tetapi setuju dengan banyak lagi perkara lain.  Umpamanya, betapa kita semua sukakan ABC. 10  Ogos, Selasa - Pada perhimpunan rasmi Isnin semalam, satu majlis  perasmian ringkas Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkar sekolah bagi  tahun 2010 telah pun diadakan.
10  Ogos, Selasa - Pada perhimpunan rasmi Isnin semalam, satu majlis  perasmian ringkas Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkar sekolah bagi  tahun 2010 telah pun diadakan.
Majlis ini dirasmikan sendiri oleh Guru Besar SK Sungai Galah, En. Abd Razak b Haji Adam.









layari : blog sekolah SK Sungai Galah (Klik sini)
 
 
 
 
 
 
© Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP