MUTIARA KATA HARI INI

Monday, August 31, 2009

MENCARI LAILA...


Noktah perjalanan ini
Semakin ditamatkan
Hidayah yang kuharap
Lapar yang menyerap

Mencari mimpi dan bermimpi
Mencari makna namun tak bermakna
Terus ku cuba memahaminya

Titisan keringat membasah
Bila aku hilang dalam tidurku
Kau jawablah seruanku
Kau hadiahi jawapanMu
Benarkan rawiMu menyinari diri
Sebelum noktah tiba

Titik itu makin tiba
Namun aku bisa terus berlari
Mencari Laila....
Malam seribu keberkatan.

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, August 29, 2009

SIAPA PENGIBAR JALUR GEMILANG PADA KENDERAAN DI JALAN RAYA YANG PERTAMA?


Anda tahu, siapakah yang memulakan kibaran Jalur Gemilang pada kenderaan persendirian di jalan raya? Persoalan ini tidak pernah diperkatakan.

Pada 31 Ogos 1988, sebuah kereta Proton Saga 1.3 berwarna Biru Samudera bernombor pendaftaran ABJ 4414 telah dilihat mengibarkan Jalur Gemilang Plastik (berharga 20 sen) pada kenderaannya di lebuh raya Karak. Kibarannya begitu megah sehingga menarik perhatian semua yang memandang. Malang, di separuh jalan, bendera itu tercabut dan melayang entah ke mana. Agaknyalah...dari idea itu, lahirlah jalur gemilang mini khas untuk kereta seperti sekarang.

Sayalah tuan punya kereta tersebut - saya bangga memiliki kereta nasional itu serta tidak pernah ketinggalan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap kali sambutan Hari Merdeka.

Tahun ini aku kibarkan Jalur Gemilang kebanggaanku. Aku kibarkan tinggi mencecah awan. Ku kibarkan beberapa buah yang rendah juga supaya lebih meriah.

Kibaran yang tinggi dipatahkan bayu lembut, tapi kuat!
Kibaran rendah di sapu bebudak nakal!!!
Apa kamu ingat bendera ini aku dapat free ke??? hatiku berleter.
Namun, aku izinkan peristiwa semalam...moga semangat patriotik bebudak nakal itu terus membara..

Baca selanjutnya Kisahku...

ERTI MERDEKA SEKEPING SETEM


Setem itu kata
31 Ogos 1958 Malaya merdeka
Aah.. baru menuai hasil tanaman jagung setahun
Aku meraikannya
Di dunia bukan seperti ini

Merdeka! Bebas!! Lepas!!!
Sepinya sebuah gema laung
Sunyinya sebuah tempikan sorak
Tanpa ledakan senjata
Tiada cemar kimia
Namun masih basah dengan hanyir darah

Merdekalah kita di cuti ini
Murid dibebaskan
Guru pun lepas
Ibu dan ayah terasa ringan

Merdekakan itu semua
Bila cuti berakhir

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, August 23, 2009

hayati semangat merdeka di http://www.merdekaaward.com/Home/MULTIMEDIA/VIDEO.aspx?mainmenu=/Home/MULTIMEDIA

Baca selanjutnya Kisahku...

KISAH MERDEKA


31 Ogos 1957. Satu peristiwa bersejarah menjadi sempadan yang jelas memisahkan penghujung suatu era dan permulaan era yang baru. Akhirnya, pada tarikh itu sebuah tanah jajahan muncul sebagai sebuah negara bebas, yang mampu menentukan halatuju masa depannya sendiri.
Akhirnya hasil perjuangan nenek moyang kita semenjak 1511 telah diraih dengan kejayaan ini selepas 400 tahun. Bersama-sama warga Sabah dan Sarawak, Malaysia terus maju jaya, berkat kegigihan dan kesungguhan rakyatnya.
Kemajuan ini dipandu oleh insan-insan berwawasan yang mengabdikan diri mereka kepada usaha membina Malaysia yang lebih gemilang. Sumbangan individu-individu ini menggambarkan contoh teladan yang terpuji, yang menjadi sumber ilham kepada warga Malaysia yang lain untuk menuruti jejak langkah mereka.
Malaysia telah jauh berubah semenjak detik itu, namun perjuangan ini tidak pernah padam. Tibalah giliran generasi baru rakyat Malaysia untuk menyahut cabaran memperkasa kedudukan Malaysia sebagai negara abad ke-21 yang dinamik dan kompetitif, yang unggul di persada dunia dalam pelbagai bidang utama, dari Sains dan Teknologi, hinggalah bidang Kemanusiaan.
Seperti ada suatu jalinan yang menghubungkan tokoh-tokoh masa lalu dan hari ini, iaitu wawasan yang sama dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan. Dengan hasrat ini, bahagian ini dicipta untuk memberi penghormatan kepada warisan yang ditinggalkan golongan terdahulu. Besarlah harapan kami agar anda mendapat inspirasi dari kisah-kisah mereka.
Petikan:
“Sebutir bintang baru muncul di langit Timur – suatu bintang kemerdekaan untuk rakyat Asia yang lain. Muncullah harapan baru. Impian yang diangan-angankan sekian lama tercapai jua akhirnya.”
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Perdana Menteri Malaysia yang Pertama

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, August 22, 2009

SIKIT CUKUP, BANYAK PUN HABIS

*klik pada imej untuk paparan lebih jelas


JANGAN BELI BANYAK-BANYAK,
BELI SEDIKIT JE
BELI SIKIT CUKUP
BELI BANYAK...
HABIS DIBUANG...

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, August 20, 2009

MERIAHNYA!!!

SUASANA PELANCARAN BULAN MERDEKA SEKOLAHKU.








Baca selanjutnya Kisahku...

malam lailatul-qadar....ziarah blogku..doakan kesejahteraanku..

Baca selanjutnya Kisahku...

MEMORI COMOT


Memori comot itu
Bertompok-tompok
Bagai peta di bulan

Memori comot itu
Pasti kau ingat coraknya
Pasti kau ingat ronanya
Pastikau ingat aromanya

Masih segar bentuknya
Masih berseri warnanya
Masih harum baunya

Setiap kesan comot
Ada memorinya..

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, August 18, 2009

berpusing..dan terus berpusing
di maya ini
telinga menyentap lakaran ini..

"mara ke belakang...
undur ke depan..."

fata morgana???
pastinya tidak (?)

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, August 17, 2009

SALAM MERDEKA


Berceritalah sejarah
Tentang negara kita Malaysia

31 Ogos Malaysia merdeka

Ogos di Sogo

Tempik sorak merdeka...

Merdekakan ISA


OGOS dan SOGO

Ke depan jadi Ogos

Undur jadi Sogo

Dua kisah perhimpunan...


Melangkah ke depan
O..G..O..S..
Negara merangkak membangun

Undur ke belakang

S..O..G..O..

Di situ perhimpunan haram


Undur ke hadapan, maju ke belakang

Dunia berpusing-pusing

Back to the future

(salam merdeka buat semua..)

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, August 15, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN


Ahlan wasahlan,
welcome,
selamat datang,
ramadhan al mubarak
alhamdulillah
Allah izinkan kita bersama lagi di dunia ini.
peluang jangan dilepaskan.
mohon maaf pada semua gurauan
maafkan saya
maafkan aku
maaf atas segala-galanya
maafkan..walau sukar dimengertikan...

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, August 12, 2009

PADA YANG PERNAH KULETERI

terkilat cahaya di atmosfera
aku jadi rindu kini
pada anak-anak didikku di jengka dua
yang taat mencium tanganku
tika berpisah

tika solat jumaat berakir
kau berusha mencariku
tiba-tiba kau muncul
mencelah-celah sesak jemaah
meninggalkan kesan kucupan di tanganku

teringat jua akan anak-anak
di selat pulau
di bandar tun razak
di raja chulan
di pulau tiga kiri
di pasir kubu
di pasir salak...

anak-anakku
andai ada ketentuan
isyaratkanlah kunjunganmu.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, August 9, 2009

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU


FROM : http://pilihan-anda.blogspot.com/

Wasiat untuk semua warganegara Malaysia. Fahaminya.
[KLIK PADA IMAGE UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS]

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, August 4, 2009

Rakyat Malaysia sukakan ABC.

(Jika anda bukan rakyat Malaysia, atau telah lama berada di luar negara dan tidak mengetahui apa maknanya, ABC adalah Air Batu Campur)

Sekiranya anda suka kacang, ada kacang di dalamnya.

Kalau anda sukakan rasa manis, tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana ada sirap, susu cair dan ais krim di bahagian atasnya.



Dan di tengah terik matahari, tiada yang lebih menyamankan daripada semangkuk ais yang diparut.

Isinya yang lain juga menambahkan kelazatan. Jeli yang berwarna-waini, kacang besar dan buah pala, kacang tanah dan jagung penuh berkrim...mmmm....

Setiap satunya sedap, tapi hanya apabila mereka dicampur bersama - menjadikan semangkuk ABC begitu istimewa.

Itulah yang kita paling suka tentang ABC. Ia mengingatkan kita tentang sesuatu yang menyeronokkan.

Di mana setiap satunya berbeza, namun menjadi yang terbaik apabila bersama.

Kita mungkin tidak bersefahaman tentang sesuatu - seperti kacang manakah yang lebih digemari - tetapi setuju dengan banyak lagi perkara lain.

Umpamanya, betapa kita semua sukakan ABC.

DALAM MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 52 SEBAGAI 1 NEGARA, 1 RAKYAT, KEKUATAN KITA YANG PALING UTAMA ADALAH SATU SAMA LAIN. SEMOGA SEMANGAT PERPADUAN YANG DIKONGSI BERSAMA INI AKAN TERUS MENJADIKAN MALAYSIA PALING ISTIMEWA.

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, August 1, 2009

DO OR DIE



1.
Do or Die

Laksanakannya

Atau mati
Teruskan kelangsungan hidup ini

Atau sebaliknya


Nak buat atau tidak
?

Buat...dan berjaya
Atau tidak...kamu mati

Lakukannya walau lambat

Biar lambat asalkan jangan berhenti


Kura-kura lembab boleh berjaya

Arnab tangkas boleh kalah


Adakalanya kita mempunyai banyak pilihan

Adakalanya kita tidak mempunyai pilihan


2.
Basikal

Anda mungkin pernah bertanya
Atau mungkin pengalaman sendiri
Persoalan tentang basikal...


Bagaimana mengayuh basikal?

Atau menceritakan perihalan kayuhan basikal???

Automatik
Tangan kiri dan kanan berputar...

(benarkah mengayuh basikal begitu?)

Hentikanlah
Melakukan kesilapan berterusan


Teluk Dalam Resort, Pangkor

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

Blog Archive

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP