MUTIARA KATA HARI INI

Monday, June 29, 2009

PERJALANAN KE UDM KUALA TERENGGANU

Perjalanan diteruskan
mengikut ketentuan Ilahi.
Doa yang berterusan - mohon rahmat serta perlindunganMu.
Dari rumah ke Raub, bermalam di rumah anak yang sulung.
Perjalanan ke UDM diteruskan pada esok paginya.

Alhamdulillah, Allah selamatkan perjalanan ini.


**Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.






Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, June 26, 2009

BULAN YANG 'MEMBENGKRAPKAN' IBU BAPA



Aku ke Bank Islam Teluk Intan
ditemani anakku yang bakal bergelar siswa.
Wah! ramai tak disangka
walau ketika itu baru jam 9.15.
Bank baru je buka.
Aku terus ambik tiket giliran
dapat nombor 087 - giliran sekarang 053.
Lambat lagi ni.... bisik hatiku.
Dengan sabar aku terus duduk di bangku yang baru dikosongkan.

Aku bersama dengan beberapa orang bapa
yang turut sibuk dengan hari terakhir
bank-in yuran pengajian anak.

Masuk duit anakke?, sapaku.
Ha..ah, esok bank tutup, takleh bank-in.

Bulan ni bengkraple mak bapak
berabis duit anak nak masuk U...
sahut seorang bapa lagi.

Mane membuatnya...dah macamtu fitrahnya..
teruskan aje perjalanan..kataku.

Semoga terus cemerlang anak-anakku!!

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, June 24, 2009

INFO PM MALAYSIA


Perdana Menteri Malaysia
Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat.


Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak, Najib dilahirkan di tengah-tengah gelanggang politik. Najib membesar dengan memerhatikan bapanya serta memahami kehendak politik arus perdana. Beliau sentiasa mengerti bahawa bila sampai waktunya beliau juga mahu berbakti kepada masyarakat dan negara. Namun pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama. Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan beliau Ahli Parlimen yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Pada 2004, beliau telah menyandang jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai Timbalan Perdana Menteri, 47 tahun setelah bapanya dilantik ke jawatan yang sama.

Dato' Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University. Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam. Namun pemergian Tun Abd Razak secara tiba-tiba itu telah merobah corak kehidupan beliau secara dramatik.

Najib pantas menyesuaikan dirinya dengan kehidupan umum sebagai Ahli Parlimen, dan kemudiannya mendapati kemahiran berpolitik itu begitu serasi dengan dirinya. Tidak lama kemudian, Najib yang masih muda belia telah memperlihatkan bahawa beliau ialah seorang ahli politik yang boleh dipercayai dan berkebolehan serta berhak dipanggil pemimpin atas keupayaan dirinya sendiri. Pada tahun pertamanya sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga Telekomunikasi dan Pos, dan kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan. Pada 1982, Perdana Menteri yang baru, Dr. Mahathir Mohamad telah mencalonkan Dato’ Sri Mohd Najib untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pekan. Berikutan dengan kejayaannya, Najib yang berusia 29 tahun ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Pahang pada ketika itu hampir-hampir terjebak dalam satu krisis politik disebabkan oleh perbezaan yang serius antara bekas Menteri Besar dan Sultan Pahang. Tetapi Najib bukan sahaja sebutir bintang yang sedang bergemerlapan, beliau juga ialah salah seorang daripada Pembesar Berempat Istana Pahang (kerana mewarisi gelaran turun temurun sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar). Dengan yang demikian diterima dengan tangan terbuka oleh pihak Istana. Krisis yang melanda itu dengan cepat dapat diredakan, memastikan perpaduan dalam UMNO Pahang. Selanjutnya Najib memulakan langkah untuk mengukuhkan pendidikan di dalam negeri.

Pada 1992 Najib telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Yayasan Pahang, sebuah yayasan yang membaktikan kepada penggalakan pendidikan dan sukan di kalangan belia Pahang melalui biasiswa dan pembiayaan. Najib telah memperkukuh perusahaan negeri untuk memaksimumkan pendapatan daripada sumber kekayaan semula jadi negeri Pahang. Dengan kerjasama FELDA, Perbadanan Pembangunan Tanah Persekutuan, beliau telah merintis jalan kepada pembentukan skim penempatan tanah baru, memberikan peluang-peluang pendapatan baru kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan berada dalam kelompok yang berpendapatan rendah.

Dato Sri Mohd Najib mula menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 1982, dan naik sebagai ketua pergerakan tersebut pada 1987. Pada 1988, setelah satu pergolakan menguasai parti, satu UMNO baru yang telah disusun semula diwujudkan dan Najib telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, jawatan yang disandang beliau sehingga 1993.


Dalam pilihan raya 1986, Najib dikembalikan sebagai Ahli Parlimen kawasan Pekan, dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebaik sahaja dilantik beliau terus memberikan tumpuan kepada penggalakan sukan dan memperkenalkan Dasar Sukan Negara pada 1988. Pada 1989, Malaysia telah mencapai kejayaan yang terbaik pernah dicapainya di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun itu.


Pada 1991, Dato’ Sri Najib telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Najib telah mencergaskan semula sebuah Kementerian yang dilihat sebagai tidak bermaya dan lembap. Beliau telah memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Pada 1995, Dato’ Sri Najib mengalami perubahan dalam portfolio kabinet, yang mana beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau telah mengambil cabaran untuk menyambut aspirasi Malaysia yang baru sahaja diumumkan ketika itu, untuk menjadi sebuah negara maju yang sepenuhnya pada tahun 2020. Sepanjang tempoh lima tahun perkhidmatannya, Najib telah mewujudkan mekanisme yang dapat membolehkan generasi rakyat Malaysia menghadapi cabaran masa mendatang. Beliau telah menstrukturkan semula Kementerian ini, memperbadankan universiti dan institusi awam, serta menggalakkan kerjasama dengan universiti dan institusi luar negara. Langkah ini telah memberikan lebih banyak peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai satu hab pembelajaran serantau. Dato' Sri Najib juga telah meningkatkan sijil perguruan kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi.

Pada 1999, berikutan pergolakan politik pada tahun sebelumnya, Najib memenangi pemilihan semula kerusi Parlimen Pekan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali keduanya dan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia. Apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004, Dato’ Sri Najib telah diserahkan dengan portfolio tanggungjawab yang banyak dan besar, termasuk mengawasi FELDA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau mempengerusikan 28 Jawatankuasa Kabinet yang membincangkan pelbagai isu.

Dato’ Sri Najib telah berkahwin dengan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, dan bapa kepada lima orang anak.

Pada 3hb April 2009, Dato; Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dalam satu proses peralihan kuasa yang lancar oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, June 18, 2009

SATU MALAYSIA


PDF Print E-mail


1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, June 12, 2009

BIARLAH SALAH DI MATA MEREKA

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, June 11, 2009

SETIAP YANG BERMULA PASTI BERAKHIR


Kita bersyukur, apabila bermulanya kelahiran.
Takziah mengiringi..apabila diakhiri kematian.
Cerita bemula dengan pelbagai kisah.
Puas...apabila diakhiri penyudah yang terjawab.
Gembira..apabila bermulanya cuti sekolah.
Gembira juga hendaknya apabila cuti berakhir...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, June 9, 2009

SYUKRAN


Alhamdulillah, waktu cuti begini dapat berkumpul bersama. Esok lusa dah nak balik atas urusan masing-masing. Waktu begini...kesempatan diambil bergambar bersama. Rasa macam Hari Raya la plak...


Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, June 8, 2009

KELICAP YANG SETIA


Kini dahpun menetaskan anak yang keenam. Teman ingatkan dah jemu tinggal kat sini selepas menetaskan dua anak yang pertamanya. Namun kelicap ini masih terus datang dan pergi dan kini sibuk membelai anak barunya...


Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, June 1, 2009

MAAFKAN SAYA


AHAD - 31 MEI 2009
Majlis pertunangan Ardy Shazril bin Ahmad Humairi dengan Norfazrina binti Mohd Yusof telah berlangsung dengan meriahnya. Kepada kawan-kawan di SK Sungai Galah yang tak kena jemput teman mohon maaf sebab bajet terhad. Adik beradik serta anak beranak di kedua belah pihak pun dah ramai bangat di ekori pulak dengan trelernye...tapi teman tak lupa dengan jiran-jiran depan, belakang, kiri dan kanan. Teman janji...bila Majlis Kawin nanti akan teman jemput satu Malaysia dan teman hebohkan ke seluruh dunia....Alhamdulillah...terima kasih kepada semua yang hadir. Paparan gambar berikut menceritakan hal seterusnya...






























Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP