MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, July 28, 2010

Selamat Datang Ogos (Merdeka 2010)


Itu cucu Tok Imam. Dengan adiknya. Baru tumbuh gigi. Dah pandai baca ABC. Bersiap ke surau apabila matahari sudah menguap bersama ayahnya dan atoknya.

Selamat tenggelam matahari. Ahlan wasahlan bulan. Mergastua di cagar alam mengambil giliran. Mengimarahkan malam. Syaitan turut datang. Mengambil peluang-peluang kecemasan sebelum di belenggu di ramadhan. Begitu arahan Tuhan.

Ijajil mengaku. Meyuruh cucu Tok Imam bawa buku. Baca buku di surau. Baca buku kuat-kuat. Siap ketuk-ketuk buku di lantai surau. Bacaan Tok Imam jadi terbatuk-batuk. Cucu Tok Imam faham. Tak berani ketuk-ketuk lantai lagi. Hening seketika dengan nyayian syahdu surah tentera bergajah Abrahah menawan Kaabah.

"Jun, Julai.....O, G, O, S.
11 Ogos kita puasa. Kamu laratke puasa??
Adik kecik lagila...
31 Ogos kita merdeka.
...S, O, G, O...
apa adik ni...eja terbalik tu.
ini sogo yang kita pergi kat Kuala Lumpur tu.
...apa khabar sogo..
...apa khabar ogos.."

...syaitan melayan perbualan mereka.

Selepas salam, Pak Imam menepuk-nepuk lantai surau tiga kali yakni ulangan lazim untuk keyakinan tindakan dengan telapak tangan kanannya sambil melemparkan jelinagn ke arah cucu-cucunya. Kedua orang cucunya datang merangkak perlahan ke arah Tok Imam.

Pak Imam menunjuk ke suatu perkataan di suatu sudut dinding surau. Lantas di eja kedua cucunya.

S......E.......N...... Y....... A....... P.....terayap-rayap tapi jelas, sambil keempat-empat siku tertujah di kiri kanan peha Tok Imam.

Cucu Tok Imam pantas membaca, tapi tak reti memberi sebarang reaksi.

Kembang hati ayahnya...kembang lagi hati si pembisik.



MARHABAN YA RAMADHAN

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, July 26, 2010

DIARI


Pengalaman yang tak pernah aku alami.
Telefon asyik berdering tak kira waktu.
Dah nak tidur malam pun orang call.
Gitu agaknya hidup bisnessman.
Semuanya gara-gara nak jual tanah dusun durian tu. Bukan dusun aku. Member yang punya. Aku tolong iklankannya sahaja.

Call 1 :
Dari Penang - bertanyakan geran - rezab Melayu atau antara bangsa?
jawapan - Rezab Melayu.

Call 2:
Ada air tak?
Jawapan - air paip kerajaan tak ada. Sumber air dari perparitan ada untuk tujuan meracun dan sebagainya.

Call 3 :
Banjir ?
Jawapan : Tidak. Terdapat perparitan untuk saliran air.

Call 4 :
Esok petang saya nak datang tengok. Jalan ok tak?
Jawapan : Tapi tak datang pula. Jalan ok. Kereta boleh terus masuk kebun.

Call 5 :
Geran hak milik tunggal atau berkongsi?
Jawapan : milik perseorangan.

dan beberapa panggilan lagi bertanyakan soalan serupa. Anak turut sama mengiklankannya.

Kotak e-mel aku turut dipenuhi pertanyaan sama. Harap jawapan di sini membantu anda. Datang segera... Siapa cepat dia dapat. Maaf sekiranya tidak dapat memuaskan hati anda semua.

Hari ini ada dua temu janji untuk melawat dusun tersebut. Tawaran terbaik bakal memilikinya.

....nak jadik tokeh tanah la plakk...

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, July 22, 2010

DUA KALI DISEMBELIH

Sumpah tuhan dengan masa. Manusia selalu rugi. Apabila asar semakin lepas, hari semakin petang. Senja berbalam kelam. Sesekali lelinto menyerakkan cahaya. Cekcibo pulang ke sarang. Hari menghampiri malam. Bila malam datang, siang berlalu pergi.

Senja itu, seko
kobo tepholoih dalam lubang. Lubang kubang yang dipenuhi bocat. Kembang kempis idungnya menyabung nyawa di dalam lubang di dusun doyan yang bakal dijual.

Pak Cat bersedia dengan
toselit di tangan. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Rasa nak getak jantungnya bila tedengo bunyi sore mendengus.

"Kroh...krooohhhh.....huuusssssshhh..." jelas ditangkap ke gegendang telinga Pak Cat.

Toselit diarahkah ke sore mendengus itu. Macam senjata
otomen, laser toselit tepat mengena kepala kobo yang tepegholoih tu. Pak Cat turut termenggayakan aksi autamen (sebutan yang ini seperti yang disebutkan oleh tokeh peraih deghoyan berbangsa cina) melawan raksasa.

"o kome woi..!!!!, ade kobo lio kat dalam lubang... mohle tolong angkat".

Ate...
bercempera orang kampong datang, bile dengo Pak Cat melolong. Semuanya nak nolong. Macam tak ponah tengok kobo lio. Yang sebenonye bukan kobo lio. Yang sebeno-benonye juga kobo tu terlepas masa nak di semelih pada hari raya korban 2 tahun lalu. Kesan luka di tengkoknya masih ada. Idup lagi ropenye dia.

Kobo diikat. Tali ditarrik.

"Uishhh...berat beno kobo ni...susah nak ngangkatnye".

"Tak yah susah tok...", kata Upin. "Pasang je
merocon, nanti kobo tu naik sendiri".

Pom pom pommm!!! bunyi merocon.

Opocot! kobo tekejut! Tetiba dia melompat keluo.

"Hisssyyyh, bunyi inile yang maleh aku nengonye.....nak raye ropenye...gerenti aku kene semelih kali kedua. Tape-takpe. Aku dah pernah menghadapinya....standby"....., ati kobo berkata-kata.




**rasanya boleh faham kosa kata perak tu...
tak sempat nak buat hyperlink maksud perkataan.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, July 20, 2010

KAMUS BERGAMBAR - loghat Perak

Jom kita memperkaya kosa kata....

tepegholoih









nyeghongen










nokam







kobo








doyan







cekcibo










bocat






ada lagi....terima kasih kepada Mohd Shukri (klik sini)

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, July 19, 2010

DOYAN DAH BEBUNGE



(lagukan ikut melodi "Oh Carol" - Neil Sedaka)

o kome
doyan dah bebunge
jom kita keyo
makan buahnye

tempoyak
banyaknye belambak-lambak
ambik secupak
jenuh melantak


** Dusun durian untuk dijual :

Lokasi : Lubuk Kandang (Area Pasir Salak)
Luas Dusun : 2 ekar.
Harga : 58 kilo (boleh tengok kawasan dulu - kita runding harga)
Kemudahan perhubungan jalan raya. Kereta boleh terus masuk ke dusun. Terus bukak bonet - loading durian luruh bila musim tiba.

Hubungi saya kalau berminat : 012-4687159 (Cikgu Humairi).
Siapa cepat dia dapat.
e-mel : humairi@ymail.com

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, July 16, 2010

CERITA LAMA (Jawapan Cikgu Mata Tiga)

Aku masuk ke kelas sebagaimana yang dijadualkan.

Tarikh : Dah tak ingat dah, tapi dalam tahun 2003.
Masa : 10.45 - 11.45 pagi.
Kelas : Tahun 1.
Subjek : Science.
Topik : Parts of the body.

(Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan dalam Bahasa Inggeris - dah di translatekan ke Bahasa Melayu)

Set Induksi :
- Siapa pernah tengok hantu?, atau raksasa?, atau makhluk asing?
- Saya pernah cikgu, makhluk asing - matanya ada tiga.
- Saya pernah terserempak dengan hantu mata satu cikgu.
- Saya pernah tengok raksasa lawan Ultraman, raksasa tu ada 10 biji mata!

- Baiklah, katakanlah kamu dianugerahkan sebiji mata lagi, mana kamu nak letakkan?

- Saya nak letakkan kat dahi cikgu, macam makhluk asing tu.
- Saya nak letak kat belakang kepala - boleh nampak kat belakang.
- Saya nak letak kat atas kepala, kalau cicak berak, saya boleh elak!
- Saya nak letak kat lutut - senang nak kawal bola...
- Saya nak letak kat pipi - bukan sebarang orang boleh cium saya...
- Kat leher..
- Kat dada..

Majoriti murid nak letak kat belakang kepala atas alasan yang berbagai.

- Kalau cikgu, cikgu nak letakkan dihujung jari telunjuk yang kanan, sebab kalau cikgu nak tengok, cikgu halakan sahaja ke arah mana yang cikgu suka. Nak tengok apa murid buat dalam tandas, cikgu letak tangan cikgu kat atas pintu tandas. Nak tengok gigi berlubang - ha, masukkan aje kat dalam mulut. Nak tengok atas, bawah, kiri, kanan atau dalam poket, dalam seluar...ha...tunjuk je dan tengok, mesti nampak punya....
(namun kekurangannya tetap ada).

P&P diteruskan dengan jayanya.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, July 15, 2010

CIKGU MATA TIGA

header hiasan dari blog cikgu naman


Andai anda (lebih-lebih lagi cikgu) dikurniakan sebiji lagi mata ketiga, di manakah nak letakkannya supaya dapat mengawal kelas atau keadaan dengan berkesan?

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, July 9, 2010

LOGO MERDEKA 2010 - SEJARAH MENJADI SEJARAH


Halus debu berterbangan. Membawa mesej merdeka. Imej kolonial dipadam. Kesan sejarah dinafikan demi pembangunan.

Teramat indah. Bila si pengumpul madu mendebunga sang kembang. Kembang kembung menjadi buah. Mengandungkan zuriat mencambahkan kemandiriannya. Bebas hidupnya di belantara.

Belantara batu di kota. Sukar dipredik. Nampak cantik. Terkadang jelek. Penuh abu. Bila pudu didebukan. Persis pendebungaan. Menjadi debu-debu permata. Tempat puaka menjadi syurga. Pelalu-lintas tidak mempedulikan puaka sebelumnya.

Esok kan datang jua. Eterniti yang tak pasti. Yang pasti ia akan terus berputar laksana roda ferris yang membandingkan naik turun kehidupan. Bahan sejarah menjadi sejarah. Sejarah merdeka, yang bakal dideklamasikan.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, July 7, 2010

SALAM DARI OGOS


Apa khabar bola?
Selamat tinggal.
Apa khabar Ogos?
Selamat datang.

Meriahkan Ogos.
Semeriah tempik sorak stadium.

Datang dan pergi.
Berulang-ulang.
Terus-terusan di landasan sekuennya.
Walau aku telah tiada.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, July 6, 2010

APOPLEKSI MAYA

kasihan kau maya,
diserang apopleksi,
mujur tak mati,
namun cukup memberi reaksi,
sekilat reaksi kimia.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, July 4, 2010

BISIK ANGIN

Angin berbunyi. Di pohon kelapa. Membawa berita. Khabar dari Afrika. Sambil menyanyi. Berbisik apa. Bersulam-sulam....

Usaha sudah dilakukan bersungguh-sungguh. Latihan dijalani mengikut jadual. Vitamin dan mineral menjadi suplemen. Semua itu menjadikannya kuat. Hebat. Gah menggoda.

Usaha nan bersungguh hampa. Latihan berterusan menjadi sia-sia. Suplemen tidak menjadikannya superman. Hero gagah tidak mendatangkan megah. Manusia merancang, Tuhan yang menentukan.

Hampa. Kecewa. Bila Brazil tewas. Argentina turut pulang bersama pulangnya wakil Malaysia - Cikgu Subkideen yang gagal menjadi pengadil utama perlawanan .... huu...

Perjalanan ke final penuh berliku....

PERINGKAT KALAH MATI

Sabtu
26 Jun
16:00 Port Elizabeth Pusingan 16 UruguayBendera Uruguay 2 – 1 Bendera Korea   SelatanKorea Selatan
20:30 Rustenburg Amerika SyarikatFlag of the   United States 1 – 2
(a.e.t.)
Bendera GhanaGhana
Ahad
27 Jun
16:00 Bloemfontein JermanBendera Jerman 4 - 1 Bendera EnglandEngland
20:30 Johannesburg (SC) ArgentinaBendera Argentina 3 - 1 Bendera MexicoMexico
Isnin
28 Jun
16:00 Durban BelandaBendera Belanda 2 - 1 Bendera SlovakiaSlovakia
20:30 Johannesburg (EP) Brazil Bendera Brazil 3 - 0 Bendera Chile Chile
Selasa
29 Jun
16:00 Pretoria ParaguayBendera Paraguay 0 - 0
(5-3 pen.)
Bendera JepunJepun
20:30 Cape Town SepanyolBendera Sepanyol 1 - 0 Bendera PortugalPortugal
Rabu
30 Jun
Hari rehat
Khamis
1 Julai
Jumaat
2 Julai
16:00 Port Elizabeth Suku akhir BelandaBendera Belanda 2 - 1 Bendera Brazil Brazil
20:30 Johannesburg (SC) UruguayBendera Uruguay 1 - 1
(4-2 pen.)
Bendera GhanaGhana
Sabtu
3 Julai
16:00 Cape Town ArgentinaBendera Argentina 0 - 4 Bendera JermanJerman
20:30 Johannesburg (EP) ParaguayBendera Paraguay 0 - 1 Bendera SepanyolSepanyol
Ahad
4 Julai
Hari rehat
Isnin
5 Julai
Selasa
6 Julai
20:30 Cape Town Separuh akhir UruguayBendera Uruguay 2 - 3 Bendera BelandaBelanda
Rabu
7 Julai
20:30 Durban JermanBendera Jerman 0 - 1
Bendera SepanyolSepanyol
Khamis
8 Julai
Hari rehat
Jumaat
9 Julai
Sabtu
10 Julai
20:30 Port Elizabeth Tempat ketiga UruguayBendera Uruguay 2-3 Bendera JermanJerman
Ahad
11 Julai
20:30 Johannesburg (SC) Akhir BelandaBendera Belanda 0-1 Bendera SepanyolSepanyo

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP