KUMPUL DUIT RAYA
Aman adik Amin. tapi dia kecik je. Kecil sedikit daripada Faiq, cucu Tok Temuk. tinggal setaman dengan Alif yang baik. Aman memang berkawan dengan Aeyman tak kesah. Mereka hanya ditemukan di dunia antah berantah. Aman juga agak sebaya dengan anak buah Aliaazuan.
Aman dah boleh kayuh basikal yang rodanya ada empat. Dekat hendal depan dia pasang bendera Malaysia. Dekat lanting belakang dia pasang dua bendera Malaysia. Hari raya dia nak kumpul duit raya. Hari raya di bulan merdeka dia nak kumpul double.
Sambil nyanyi lagu tanggal 31, Aman kayuh basikal beroda empat. Pergi ke rumah Opah Edah.
"
assalamualaikum opah. saya datang nak raya ni.
erm...aman. masukla. kamu tak puasake?
dah raya opah. mana boleh puasa.
ya tak ya jugak. hari ini kan hari merdeka? selamat hari raya merdeka aman. "
Opah Edah melayan Aman. Bercerita kisah merdeka. Kisah sengsara Zaman Jepun. Pernah atuk menikam seorang tentera Jepun dengan benet yang opah edah tunjukkan. Opah edah bangga. Aman cuba angkat benet. Tak terangkat.
"
bagi kat aman benet ni boleh tak opah? aman nak buat koleksi kenangan cerita opah ni.
jangan...opah nak buangkannya kat dalam lombong, berhantu benet ni.
oklah opah, aman mintak diri dulu. "
Amanpun bersalaman dengan Opah Edah.
Opah Edah mengeluarkan sampul hijau untuk Aman.
" Terima kasih opah. selamat hari raya...selamat merdeka! ", ucap aman sambil menggenggam tangan ke udara.
Sampul hijau pertama aman dapat...lima keping duit kertas. gambar pokok pisang.
22 comments:
Salam Ramadhan Cikgu Humairi
ni zaman bila punya cerita
sebab duitnya gambar pokok pisang
he he
Wassalam
w/salam rozali,
cerita antara dua zaman...berlaku pada 31 Ogos 2010..
Salam,
Dulu kita kumpul duit raya. Sekarang ni, masa kita pula nak beri duit raya. Wang kertas seringgit dah tak main sekarang ni.
salam cikgu myri
hari raya, seronok tengok keletah bebudak...jalan raya ramai2, rumah ke rumah tunggu ja kat pintu umah, tak mau makan dah, nak duit raya ja...hehehhe
bebudak mmg sronok le nak dpt duit raya..
oh ya tentang cursors text bergerak tu nnti sy buat n3 ye.. sbb html panjang kit, x bleh nak masuk kat shoutbox tu hehe tp kalo cikgu nak cepat cikgu search kat gugel.. cursors text bergerak
Salam...
Kalau di tempat saya tak diamalkan sangat bagi duit raya ni, kerana mungkin orang terdahulu mahu mengajar anak-anak mereka bila ziarah di rumah saudara-saudara bukan semata kerana duit tapi pentingnya ukhwah dan silaturrahim. Tak dinafikan ada yang dah amalkan.
salam,
kini bebudak lebih suke dok umah beraya ngan astro..
salam..mane nak carik duit pokok pisang tue lagi, cikgu? huhuhuhuh
w/salam LF,
saya plak kalo dah rame beno gerombolan yang datang..bagi deme lima plosen je....tapi deme lagi handal - datang bertiga atau berempat sebab boleh dapat lebih sket!!
zaman aku dulu x dapat berapa sen pun dwet raya...tapi meriah main merocon dan bunga api!!
w/salam ustaz,
teman memang tanya...nak dwet raya ke nak masuk minum? Tak sempat layan makan minum aku bagi je dwet raya sebab ada tetamu yang lain yang nak di layan.
selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
terima kasih maiyah,
saya cuba nanti...selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
w/salam Abd Razak,
wang bukanlah yang utama...yang penting ziarah menziarahi..itu yang perlu kita terapkan dijiwa anak-anak.
w/salam PM,
xdenye astro...baek deme pergi ziarah untuk kumpul duit raya...
w/salam sahrom,
duit pokok pisang tu ada beberapa keping dalam koleksi saya...saya beli kat aman.
kecik2 dulu buleh lag kumpul duit raya.... sekarang nih dah kojer... kena kluar la plak duit raya... kumpul sebelum raya untuk bagi pada hari raya.... hahahah
yang baik,
kalau dah ada niat yang baik tu...teruskan aje...moga Allah memberkatinya.
Aslmkm Cikgu.
Bebas dari Jepun, dan kemudian Malaya merdeka, serta seterusnya bersekutunya Malaya, Sarawak & Sabah ... lalu terbentuk Malaysia!
Dah la terkonfius pulak:
- Untuk Semenanjung (Tanah Melayu) wajar sambut Hari Merdeka pada 31 Ogos.
- Untuk Sabah Sarawak lebih relevan Hari Malaysia pada 16 September.
Perbedaannya ketara!
Maka kerana itukah perlunya Transformasi?
Lebih mudah agaknya dengan ikut suker sendiri saja la!!!
masa zamannya, duit pokok pisang bersepah di tanah. skang, opah kena scan, print byk2 wat duit raya olok2..
waa.. teringin IM nak miliki duit cap pokok pisang! Dulu IM ada jumpa tapi IM buang sebab tak boleh beli apa pun hatta ais kepal!
Salam Merdeka Kak G,
Merdekakan diri dari sebarang penyakit, moga sentiasa sihat serta dapat menjalani ibadah dengan selesa.
Salam merdeka Silbi abigail,
...itulah mesej yang ingin saya sampaikam. Anda bijak mentafsir, tahniah.
Salam selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
IM,
Boleh je scan dan print bebanyak...
Duit pokok pisang tu...lima kupang dah jadik RM100 sekarang....sape nak? aku jual...
selamat menyam but lebaran, minal aidil wal faizin..
Post a Comment