MUTIARA KATA HARI INI

Monday, December 24, 2012

ABADILAH

Anak kodok di atas batu,
Anak bubut patah kaki,
Berdagang hidup sementara waktu,
Bercerai maut berpisah abadi.

Bulan puasa memetik kelapa,
Hendak menyambut Aidilfitri,
Budi kami tidak seberapa,
Kenangan diberi kekal abadi.












Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, December 7, 2012

BERSATU


Tak pasti siapa yang lukis atau edit, tapi ini harapan seluruh rakyat Malaysia. Bersatulah untuk agama, bangsa dan negara.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, November 25, 2012

Tripod Stand


Kalau zaman saya dulu,
dawai direntang dari dinding ke dinding.
Sebaris dengan abang,
lalu benang diikat
dari dawai ke kain.

Kini,
zaman berubah.
Lebih mudah dan selesa.
Portable.
Santai sambil menonton TV...

Musim cuti ni kannnn
Ramai yang menjemput kenduri kahwin.
Tidak kurang juga
jemputan kenduri berkhatan anak-anak.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, November 13, 2012

BA

BARISAN AZAM - maksud saya kali ini

Bersempena Maal Hijrah 1434, marilah kita memperbaharui azam memohon
kekuatan dan keredhaan Allah SWT
melayari kehidupan dengan ibadah.


Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari).

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, November 12, 2012

BN

BARISAN NYALAAN - demikian maksudnya.
'Deepa' dalam bahasa sanskrit bermaksud nyalaan pelita-pelita kecil.

Terdapat banyak versi kisah silam mengenai Deepavali - Perayaan Cahaya, tetapi semua catatan itu membawa tema asas yang sama - bertujuan memperingati kemenangan unsur kebaikan terhadap kejahatan.

Dari suatu segi, pemimpin kita yang terdahulu juga telah membina dan menyinari 'cahaya' persefahaman untuk kita bebas mengamalkan agama di samping mengekalkan keamanan dan keharmonian.
Kita amat bertuah kerana dianugerahi sebuah negara yang 
penuh dengan kepelbagaian,
sehingga rasa ikhlas dalam menghormati
dan menerima perbezaan ras dan kepercayaan, sudah menjadi sebati dalam budaya hidup kita.

Marilah kita meneruskan usaha membina kejayaan dan
membangun bersama sebagai anak Malaysia,
berpedomankan Prinsip-Prinsip Rukunegara.

SELAMAT HARI DEEPAVALI KEPADA 
SEMUA PENGANUT
AGAMA HINDU DI MALAYSIA

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, November 2, 2012

TAK DAPAT GAMAU....

Atuk tak bagi GAMAU
(Istilah Ustaz Eds - lihat posting sebelumnya), dia bagi orkid lain
(seperti dalam gambar di bawah)
Banyak dia semai kat bawah pokok tu.



Orkid ini pun saya tak tahu namanya.

Ada sedikit perbezaan antara keduanya.Kamon Ustas Eds...penama plak nak bagi ni???

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, November 1, 2012

NAGA ATAU HARIMAU?

Raya Haji lepas aku ke rumah atuk (adik atuk yang bongsu sebelah mak) di Kg Pebayan, Mukim Bandar, Teluk Intan. Ziarah kali pertama, raya aidilfitri tahun lepas, tak pula dia tunjuk pokok ni.Ini pokok orkid naga kataku bila tengokkan batangnya. Orkid Harimau nie...sampuk atuk sambil dia tunjukkan bintik-bintik pada bunganya seperti harimau bintang. Mungkin kawan-kawan boleh bagi tahu nama sebenar anggerik hutan ni. Kata atuk ada orang datang nak beli, tapi atuk masih belum mahu menjualnya. 




Pandangan sekumtum dari sejambak - aku 'kutei' dan letak kat tempat lain agar lebih jelas.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, October 30, 2012

KORBAN PERCINTAAN


Sesungguhnya Imam ath-Thabrani rahimahullah meriwayatkan Sayyidina Ibnu 'Abbas radhiyaAllahu 'anhuma menyatakan bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: "Wang yang dinafkahkan untuk menyembelih haiwan korban pada hari raya 'Aidil Adha adalah harta yang paling dicintai Allah." Oleh itu, jangan lalai, jalan leka, jangan alpa, untuk meraih kecintaan Allah SWT. 


Gunakan straw untuk menyedut sum-sum tulang kerbau.....lemaknye weh!!!

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, October 23, 2012

AES


Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya,

akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu..

ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga
RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.

semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan
lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat
menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya.
- Best Of Me 321


Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, October 8, 2012

DAGANG LALU

Dagang lalu ditanakkan, suami pulang kelaparan.
Samalah maksudnya dengan wild monkeys are been milked whilst own babies die of starvation (Klik untuk lebih memahaminya di Blog Al Manar).

Begitulah antara kata-kata isteri kepada saya :
"Abang nie betullah, anak orang abang ajar, anak sendiri abang biarkan......kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan!"

Hari ini anak saya sedang berperang di Dewan Peperiksaan menghadapi PMR. Buat habis baik anakku, moga berjaya dengan cemerlang. Good luck!

Abah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak abah, juga keluarga kita di dunia dan akhirat, serta muslimin dan muslimat seluruhnya.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, October 1, 2012

Telur Di Hujung Tanduk - versi real


Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, September 25, 2012

SPEKTRA

Hadir mewarnai dunia maya. Hijau Warna Alam (Klik di sini). Tidak sama warna-warna rasian - hitam dan putih. Walau fontnya berwarna putih. Kini saya serakkan. Moga sedikit mewarnai lukisan di sini. Moga menambah ceria. Terima kasih atas sanggaan. Aku menulis bukan kerana warna, tapi kerana ada. Tentang diriku mencuba gagah menghadapi kesedihan kini.

"
Entah berapa lama aku tidur. Mimpikan Maya. Maya datang. Tiada apa yang 

berubah. Sepi.

Welcome Maya. Rumah terbuka untukmu. Jangan bimbang pada Weapon of 


Mass Destruction yang tersedia di rumah terbuka itu. Hanya kesiap siagaan. 

Bimbang. Maya bertukar garuda."




Tiada apa....telah aku khabarkan.







Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, September 20, 2012

TIADA APA


Entah berapa lama aku tidur. Mimpikan Maya. Maya datang. Tiada apa yang berubah. Sepi.

Welcome Maya. Rumah terbuka untukmu. Jangan bimbang pada Weapon of Mass Destruction yang tersedia di rumah terbuka itu. Hanya kesiap siagaan. Bimbang. Maya bertukar garuda.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, August 27, 2012

AKSI NAGA

Ini bukan aksi yang pertama, kedua ketiga atau keempat. Sudah banyak kali. Untuk kembali di pertemuan pertama sila klik hyperlink ini.

Sesiapa sahaja yang menegurnya, akan kuizinkan untuk mencicip buahnya jika benar ianya sudah boleh dipetik. Bila aku dipanggil, aku tidak dapat menahan rasa untuk merakam aksi-aksi yang diperagakan.






Benarlah seperti apa yang didoakan oleh sahabat blogger ini:


Terima kasih Abang Temuk.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, August 9, 2012

Lambaian Kemenangan


Allahuakbar....
Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Besar
Allahuakbar walillahilhamd.

Ucapkanlah bait-bait kemenangan ini
Laungkanlah gema takbir ini
Kerana kita telah berjaya melaluinya
Bukan calak menang berhitung

Pejam celik pejam celik
pantas masa berlalu
Andai pejam tak celik lagi
Ucapan kemenangan ini
Tetap terpahat di sini.

Selamat Hari Raya kuucapkan kepada semua pengunjung.

.....moga Aidilfitri tambah ceria sambil mengekalkan kemenangan lalu serta memantapkannya.

Maaf Zahir Batin, maaf atas segala-galanya.



He... he....

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, July 29, 2012

ALUNAN MELODI JANJI

Janji Di Tepati. Itulah temanya. Tiada logo khas. Hanya recycle. Tiada salahnya.

Aku masih menari berpusing-pusing. Pusing kanan. Pusing kiri sambil menatap akhbar. Ahhh....tiada cerita lain. Semua tentang pertelagahan pemimpin. Cakap dia sahaja yang betul. Orang lain salah.

Kucampak akhbar. Terapung ditarik graviti mentari. Melayang. Hangus. Terbakar. Hilang.

Kusumbatkan pembesar suara bersaiz telinga ke dalam telinga. Kedua-dua sudah kusumbatkan. Lagu beralun kupasang. Tenang dan melapangkan. Kubiarkan melodi itu menyeret aku ke alam lain. Alam yang jauh berlapis-lapis.

Sisa akhbar yang terbakar kuambil. Kuletakkan lidi dua batang. Bersilang. Buat layang-layang. Ada gambar Kapal Layar. Bahtera Merdeka Tunku. Mungkin. Ada juga gambar roket. Gambar Kulit Kerang. Tiada kelihatan Gambar Bulan. Kesemua layang-layang sungguh harmoni berlenggang di angkasa raya. Sesekali tali bersilang. Mencetus konfrontasi. Tali yang bersalut kaca!

Penat menari berpusing-pusing. Akhirnya kapal layar jatuh di padang ragut. Malang. Jatuhnya di longgokan berseni. Berputar-putar. Di atas tahi lembu!. Aku kembali ke Darjah 3!!

Lenaku diganggu. Dek kerana asyik menangkap buih-buih pelbagai saiz. Dari yang sangat kecil, kecil, besar dan sangat besar. Bergelembung bulat. Cantik berkilat. Kukurungi ia di dalam kotak bersegi "Post". Kotak kecil yang boleh memuatkan dunia realiti. Hari-hari yang mendatang, kesemuanya perlu dituruti dan difahami. Kerana ada disebaliknya, keabsurdan dalam realiti. Absurd sekali.

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, July 20, 2012

TENGAH HARI INI

POM! POM!! POM!!! ITU BUNYI MERCUN. INI BARU TENGAH HARI 1 RAMADAN

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, July 2, 2012

JULAI - Bulan Menggambar Semula.

Langit tidak pernah menyimpan rahsia. Apa yang nampak itulah juga yang mahu langit beri. Ketika itu langit sepertinya mahu memberi hujan. Ia kelihatan hitam. Berarak lalu. Aku membuang pandang menerusi jendela. Dalam kotak tempat berlindung. Yang sering disinggahi kucing-kucing kencing.

Julai datang lagi. Bulan menggambar semula. Peristiwa silam. Terasa segar bugar dipeluk utusan doa di celahan awan. Awan-awan perak berarak seragam. Tidak sia-sia mereka berlatih. Melintas harmoni seiring alunan bayu mesra. Awan hitam yang turut serta dalam perarakan berarak perlahan. Tetap tidak mahu ketinggalan mewarnakan langit.
Gerimis. Kini sudah menjadi rintik-rintik. Sempat menjentik rasa gusar di hati. Risau yang dia akan jatuh demam, dengan segera dia mandi. Dia tidak pasti sumber dan alasan saintifik apa sekiranya sudah terkena hujan, perlu segera mandi.
Dia kembali ke arena. Kain baju yang dicuci berkali-kali dibilas. Laluan air terakhir diwajibkan ke atas semua pakaian yang dicucinya. Kini bergerak ke ampaian. Setiap garisan ampaian dibilasnya juga. Ahhhh....ada tahi burung bentaknya apabila disedari ada mata kehairanan memerhatikan tingkahnya. Memang aku pelik. Teramat pelik kerana tiada kotoran yang terlihat di situ. Rupanya aku ditarbiah bab-bab kebersihan. Aku dididik sedemikian rupa walau aku tidak dipaksa melakukan sepertinya.
La, la, la, la, la....bergetar peti suara. Merayakan hari ini. Hm, hm, hm....sambil berharap agar hari-hari yang ditempuh dapat menangkis pintasan awan hitam. Pelukan doa tiada noktah. Sunyi, penuh bermakna. Doa dirungkai atas nama Tuhan yang mencipta awan. Noktah itu semakin menjelma.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, May 21, 2012

JALAN PILIHAN

Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok. Begitu sulitnya meneruskan kehidupan. Nafas terus dihela. Degup jantung terus dirasa. Terasa perkasa di ajar alami. Tidak sedar sebenarnya yang bahawa aku telah menulis banyak perkara. Tiada cela sedari mula aku merengek hingga kini mata kabur, kulit kendur, uban bertabur, gigi gugur dan menghampiri kubur. Apakah buku yang kunukilkan ini akan diserahkan dengan tangan yang kanan ketika ceremony penyerahan buku karangan sendiri nanti.

Hari ini bukan semalam. Sehari lagi umur meningkat. Masih terasa legit sakar. Semalam adalah hari yang penuh dengan sebab musabab yang mengundang kecewa. Hari ini bukan semalam. Ya. Kalau hari ini aku berjanji untuk menyudukan sup ke mulutmu, jangan kau kata esok, tetap akan kusuapkannya ke mulutmu. Aku tidak berjanji untuk itu. Terkadang aku terlepas kata. Hari ini 1 Rejab. Maha kasih Tuhan yang menciptakan alam, diberikanya aku pilihan. Aku masih berpeluang.
"Ihdinassiratalmustaqim". Tuhan binakan satu lebuhraya untuk kita dan sudah siapkan sekali bersama had lajunya, kawasan angin lintangnya, kawasan tanah runtuhnya, kawasan cerunnya, kawasan gajah lembu melintasnya. Dan berjuta lagi papan tanda biru, hijau, kuning telah Tuhan sediakan. Begitu kasihnya Tuhan. Apa kau suka? Lautan atau daratan? Pohonan atau tanah galian? Angin atau api? Kiri atau kanan? Utara atau selatan? Yang kau suka, kau pilihlah. Tetapi jangan sesekali abai papan tanda Tuhan. Ahlan wasahlan wamarhaban.....aluanku buatmu Rejab 1433 Hijriah yang mulia. Masihkah berkesempatan bagi kita mengimarahkan ramadan yang bakal tiba.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, May 2, 2012

MAKHLUK HALUS

Makhluk halus. Jahatkah ia. Tidak dinafikan kejahatannya. Namun diperakukan juga kebaikannya. Sama juga pada manusia. Sempurna pada setiap penciptaan. Makhluk Allah yang baharu. Anakku diganggu oleh makhluk halus. Semester ini. Sibuk pula dia dengan berurusan dengan mereka. Diberinya ayam golek dan pulut kuning. Kerana dia membelanya. Makan dan minum secukupnya.

Kesiannya. Tiada masa cuti. Belajar mikrobiologi. ......uuuuuhhhh halusnya makhluk. Terpaksa dilihat dengan bantuan mikroskop! ....belajar rajin-rajin ye! Moga berjaya dengan cemerlang.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, April 23, 2012

Mengingatkan Diri Sendiri

Aku kurang memahaminya. Maklum dah ketinggalan. Blogger.com dah ada gaya baru. Patutla kebanyakkan blog sudah berubah wajah.Salah aku jugak. Haiiihh. Bila aku rasa ok, aku tenang. Rileks. Tak peduli pada blog. Tidak endah pada perubahan semasa. Terlepas pada banyak perkara. Mengucapkan syukur pada tuhan, terkadang terlepas jua. Sembahyang. Tapi selalu terlepas maknanya. Aku salahkan syaitan. Tapi hakikatnya, salah aku juga. Hanya kembali berdoa pada tuhan bila rasa tak ok. Aku kembali berblog. Bertemu kawan-kawan maya. Agak jarang mengupdate. Tapi terasa ingin berkongsi sesuatu. Ahhh... Aku tinggalkan kerja yang sepatutnya dibereskan terlebih dahulu. Ini semua salah blog. Salah entri yang dikongsi. Salah komputer...... Salahkah mereka? Ermmmmm.....jangan bersikap suka menyalahkan orang lain... Salah diri sendiri, salah kamu humairi.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, April 15, 2012

ANAK SETAN


Tiba-tiba aku terngat
Pada Anak-Anak Setan ini
sangat daif
Sungguh kasihan
Kuziarahi mereka
Di Pondok kecil
Di ruang tamu yang gelap
Anak-anak bertelanjang bulat
Masih ditemui di zaman ini
Di kampong ini
Di Malaysia merdeka ini

Anak-anak Setan ini kami ajar
Kami didik, sehingga selepas UPSR
Kini entah ke mana

Khabarnya sudah berumah tangga
Menjadi manusia.

Benar
Mereka memang anak Setan
Yang perlukan guru penyayang
Serta masyarakat penyayang

Apa khabarmu?
Isyaratkanlah kehadiranmu.

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, March 10, 2012

JELAGA


Jelaga.

Juga sinonim kepada MB Perak.
Jelaga dan jegela. Dua-dua ada. Namun janganlah membuat perbandingan secara total.

Sepertinya perbandingan ini.
Lembu makan. Kita pun makan.
Jadi. Kita samalah seperti lembu.

Dalam jegela ada jelaga.
Tanpaku duga lilin menjadi bara.
Gurauanku menjadi dilema prasangka.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, March 4, 2012

Jegela




Menteri Besar Perak yang aku temui. Di Chenderong Kelubi. Seawal 8.30 pagi. Memakai kostum ala pelangi. Kanak-kanak mengelilingi. Dapat belon mereka pergi. Kemudian datang lagi. Minta satu lagi. Dia beri. Sambil menampakkan gigi. Ori. Dia badut yang kutemui. Tapi Yang Berhormat Dato' Seri belum sampai lagi. Dah tengah hari........selamat tengah hari Dato' Seri Di Raja Dr Zambry.

Dia kata...duduk kat bawah khemah ni gelap...bimbang pengunjung tak nampak.

Badut memang lucu, tapi Dato' Seri tak kurang jegela.





Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, February 28, 2012

MANISNYA SEBUAH KEMENANGAN


SK Chenderong Kelubi (SKCK) telah melakar sejarah gemilang apabila muncul sebagai JUARA KESELURUHAN dalam Kejohanan Olahraga dan Balapan Zon PKG Kampong Gajah yang telah berlangsung pada 25 Februari 2012, Sabtu yang lalu di padang SK Sungai Galah.

Image

Tuan Guru Besar SK Chenderong Kelubi, Encik Mohammad Aimaduddin telah menerima secara rasmi trofi Kejohanan di Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah. Beliau yang amat bangga dengan pencapaian sekolah telah mengadakan Majlis Kesyukuran bersama para atlet di kantin sekolah sejajar dengan aspirasi Guru Penyayang.

Image

Image

Apa yang sangat membanggakan sekolah ialah, walau hanya menghantar kontigen yang kecil, sekolah berjaya muncul sebagai juara keseluruhan menewaskan sepuluh buah sekolah dalan Zon dengan pungutan 8 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa. Atlet lelaki dan perempuan dari sekolah ini turut dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Kejohanan.

Lebih manis, SKCK berjaya menewaskan sekolah yang lebih besar di Zon ini. Syabas dan tahniah SKCK! Terus mengorak langkah ke arah kecemerlangan!!!

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP