Setangkai Mawar - buat En. Ahmad Suziman b. Ahmad Muzni
Aku dapat permintaan dari Kedah melalui handset, (21 Ogos 2010 : 2.10 petang) minta carikan muzik lagu Setangkai Mawar. Katanya puas dia Google tapi tak dapat. Sebenarnya bolehje tu En.Ahmad Suziman. Cuma kita perlukan kesabaran mencarinya.
Aku dah upload lagu tersebut khas untukmu. Nikmatinya (tapi kena download dulu).
Setangkai Mawar
Harum wangi dan bersinar
Setangkai mawar dijambangan
Dipuja-puja dalam jambangan
Idaman rindu sang kumbang
Tetap teguhnya ditangkai
Melambai ditiup sang bayu
Tak gugur bunga jangan dicapai
Indahnya menjadi ilhamku
Berjiwa suci dan beramal damai
Itulah ajaran yang benar
Aman dan tenang hidup yang permai
Dikeliling setangkai mawar
Tetap teguh hidup kita
Sebati membela negara
Dijunjung tinggi dipuja-puja
Harapan kita di Malaysia
Klik link ini untuk Download muzik lagu Setangkai Mawar.
Pastu klikje Click here to start download.
Maaf, muzik persembahanku tidak seberapa.
Namun diharapkan agar dapat memenuhi permintaanmu.
26 comments:
tumpang muaturun. tapi musik instrumental jer...
Salam Myri..
ini lagu ciptaan Myri, ke? :)
salam cikgu..ini lagu 60-an ke?? sy tak pernah dgr lagu nie...
Salam.
Ana pulak hanyalah sekuntum mawar (ada byk duri ye), bkn setangkai mawar, cikgu.
Aslmkm Cikgu.
Lagu jiwang atau lagu patriotik? :)
Salam bertandang lagi
apa khabar? Moga sihat
orang di sini..jangan
lupa bayar zakat fitrah
he he..
جزاك اللهُ خيراً
Salam...
Semoga cikgu sihat hendaknya..
Selamat berpuasa..
Salam Ramadhan Cikgu Humairi
saya tumpang dengar
Wassalam
salam cikgu
tumpang layan lagu ni...
w/salm IM,
silakan, aku nak nyanyi...tapi mikrofon xde lak...tu yang x dengar vokal tu..
w/salam Kakcik,
bukan ciptaan saya, saya cuma mainkan semula muziknya.
w/salam rom,
lagu lama, terima kasih sudi mendengarnya.
w/salam aa,
Hanya sekuntum dikeliling setangkai mawar. Durinya yang tajam tidak melukakan sesiapa yang waspada.
w/salam Kak G,
Lagu patriotik. Iramanya yang sayu, pilu, mendayu melahirkan rasa rindu, dendam serta kasih sayang dan cinta. Lagu jiwang - sebahagian cabang lagu patriotik
w/salam zulkbo,
terima kasin atas ingatan.
w/salam Abd Razak,
InsyaAllah kita sama sama dikerniakan kesihatan fizikal dan mental untuk terus berjuang di landasan iman. Selamat berbuka puasa.
w/salam Rozali,
lagu dah biasa dengar tu...setiap kali bulan merdeka di sekolah.
w/salam ustas,
Layan jer..salam merdeka!
layan.. layan sblm nak buka posa nih hehe
salam,
moga bersemarak lagi pengisian merdeka ini tahun..
maiyah,
layan jer..jangan sampai batal pose udah. Selamat berbuka.
w/salam PM,
Merdeka!!!.....ulang sampai penat!
Aslmkm Cikgu.
:) Gitu yer?
wah ini sudah bagus boleh mintak kat cikgu
w/salam Kak G,
Begitulah adanya,
Happy ramadan.
brutalsolo,
Kalau mampu aku layan...bleh je!
Selamat Hari Raya...
Post a Comment