MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, December 25, 2013

TIRAI DILABUHKAN

Tirai labuh, berlabuh.
Di pengakhiran kalam,
bercambah pembenihan baru.
Sekuen infiniti.
Bak putaran ferris.
Naik turun tiada hentinya.
Selagi hayat ada.

Di kaki langit, sang rawi tenggelam.
Selamat tinggal 2013.
Di timur suria mulai terang.
Cahaya fajar 2014.

5...4...3...2...1...
Kiraan mengundur.
Undur ke hadapan,
mengimbas dan menapak.
Maju ke belakang,
Prestasi dikekalkan, gagah melangkah.


Ahlan Wasahlan Wa Marhaban 2014.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, December 8, 2013

Dekat tapi lambat

Gambar: Ternyata jalan Ipoh to Kuala Terengganu paling dekat ikut cameron, gua musang, Kuala terengganu

Ahmad Khir, Akimah Emy Aeyman Syafiq 10jam (ikut kuantan), 8jam (ikut Grik) perjalanan , singkat ckit jadi 5-6jam kot

Dari Kg Gajah
ikut Cameron Highland
ke Gua Musang
pilih jalan pintas ke Kuala Berang
menelusuri Tasik Kenyir
lebih kurang 420 km
sampai ke destinasi.
Jalan rosak teruk di Felda Aring.
Jalan perlahan-lahan.

Balik ikut Kuantan..
Meter mencapai 470 km
Masih belum sampai rumah (Baru exit Tol Genting Sempah).
Lagi 200 km lagi.

Sampai rumah
dengar berita banjir
dan jambatan runtuh di Chukai - Kemaman
Sempat dilalui dengan selamat.

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan ini.

Di kem kem perpindahan mangsa banjir
jangan leka pada perintah Allah.
Lalui hikmah ini dengan sabar!

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, December 1, 2013

Sambil menyelam xdapat minum air



Ke Kuala Terengganu.....




bermalam di Resort Pantai Batu Buruk


Steamboat and grill - D Ganu Cafe


menghadiri konvokesyen anak di Taman Tamaddun Islam




......tak sempat pulak nak minum air...
di mahligai Al Manar....





Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, October 15, 2013

malas

Hari ini sekolah buka balik. Rasa malas sangat sebab baru je cuti raya korban. cuti bersambung dengan cuti peristiwa - sukan sekolah Khamis lalu . Rasa malas nak ke sekolah!

















Ada Pasukan Ala-Ala Brass-Band - memulakan lintas hormat. Pasukan genderang yang tak seberapa memainkan lagu-lagu rangkaian - Lagu Sekolah, Barisan Kita, Enjit-Enjit Semut dan Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang. Pasukan yang mencetus tabik pada sekolah.

Terserlah keasliannya!!!

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, October 14, 2013

Baju Raya Aidil Adha


Kiti, Katty dan Kelly menggayakan baju raya baru.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, October 13, 2013

lab-baika Allahumma labbaika!

KeranaMu ya Tuhanku, kukerjakan ini.....


SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1434

maaf zahir dan batin...

4 butir bintang sedia menyambut kehadiran anda semua.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, September 22, 2013

PERTAMA HILANG, KEDUA TERBILANG

Terpandang kali pertama. Kuajukan lensa kamera. Kamera handphone je.
aksimu kurakamkan.


Wah! cantiknya....

Assalamualaikum cikgu.....

Ya...eh salam....
(Aku memang alpa pada pertemuan pertama dengan sang naga).

Terima kasih cikgu. Kali kedua, ketiga dan seterusnya

aku akan berbunga-bungaan lagi.

Lebih banyak, lebih lebat. Tanda terima kasihku atas belaian kasih cikgu dan isteri.


Benar seperti katamu. kini kau berbunga lagi.

Subhanallah!

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, August 26, 2013

Dari Raub Mereka Datang.

Mereka bertiga dibawa bersama dari Raub, Pahang. Masih kecil lagi. Comel.


Kitty, Katty dan Kelly. Meow- meow female. Rasa nak berbesan ngan ABY (Klik pautan ini) plak. Nanti boleh dapat baka baik punya!. Anak punya hal - dibelinya makanan kucing - wiskas junior, siap ngan pasir dan bekas meow- meow tu nak melepaskan hajat. Memang boleh diajar....kalau mereka nak melepas, ke situlah perginya. Kini dibelinya pulak loceng serta alatan mainan yang lain.

Meow-meow itu sedang beraksi :


Kitty


Katty


Kelly

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, August 17, 2013

MERDEKA - SUATU PENGERTIAN



Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. 

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. 

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, August 4, 2013

LOGO HARI MERDEKA KE 56


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DULU,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

PASTU
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA!

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, July 25, 2013

DUIT RAYA

Duit raya kepada yang yang sudi
buat sendiri
di aidilfitri
maaf zahir batin ucapan terkini
gabenor bank memerhati....



Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, June 30, 2013

Perangsang buat Anak-Anak Didik

   
  
   
   
   
   
    

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP