MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, August 31, 2010

POKOK SUJUD - TANDA TURUNNYA LAILATULQADAR


Menjelang Asar. Langit menjadi kelam. Angin kencang. Mencabut cengkaman skru dari pasaknya lalu menerbangkan atap-atap bazar ramadan. Jalan raya dibanjiri daun-daun kering. Guruh berdentum. Hujan turun dengan lebatnya.

Atap di restoran Bunga Tanjung rebah ke bumi. Beberapa batang pokok di kiri kanan jalan tersembam jatuh menghalang lalulintas. Pokok-pokok bunga di lamanku sujud menyembah bumi. Kata ustaz, bila turunnya lailatulqadar, pokok akan sujud. Pokok sujud. Pokok tumbang. Berbezakah?.Wallahualam.

Aku berdoa. Agar Allah mengampunkan dosa-dosaku. Agar Allah ampunkan dosa-dosa kedua ibubapaku. Agar Allah mengampunkan dosa-dosa isteriku. Agar Allah ampunkan dosa-dosa anak-anakku. Agar Allah ampunkan dosa-dosa seluruh umat islam di dunia ini.

Mungkinkah. Malaikat berkunjung ke dunia makhluk. Di gelita malam. Di benderang siang. Satu masa. Dua dunia. Andai kau turun di malam hari di dunia sebelah, sedarkan aku di dunia aku yang siang ini.

16 comments:

sahromnasrudin August 31, 2010 at 7:54 PM  

malam..
di kala kau kelam..
di kala kau tidak terlalu sejuk..
di kala kau tidak terlalu panas..
di kala kau tidak terlalu sunyi..
adakah itu tandanya Malam yang Lebih baik dari 1000 bulan..
adakah itu tandanya Lailatul Qadr..
hanya orang yang beriman, dpt merasainya...

ahmad humairi August 31, 2010 at 7:59 PM  

salam sahrom,

malam.....mencari mimpi..
siang.....mencari erti..
mimpi menjadi realiti.

atuk August 31, 2010 at 8:46 PM  

Salam Ramadhan Cikgu Humairi

amin amin
moga doa cikgu dimakbulkan oleh Allah

Wassalam

Unknown September 1, 2010 at 12:15 AM  

Salam,
Hanya beberapa hari lagi Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Kita teruskan usaha kita untuk bertemu dengan malam lailatul qadar, insyaAllah.

Abd Razak September 1, 2010 at 2:19 AM  

Salam...

Peringatan yang sering Allah tunjukkan kepada kita agar kita ambil iktibar dan beringat..

penjejak maya September 1, 2010 at 2:28 AM  

salam,

kuasa Tuhan yang di luar jangkauan manusia..

ustaz eds September 1, 2010 at 3:01 AM  

Salam cikgu myri
moga kita termasuk dalam golongan yang terpilih untuk menikmati lailatulqadar....

kiwi September 1, 2010 at 3:09 AM  

bsrnye pokok 2...huhu...

ahmad humairi September 1, 2010 at 4:02 AM  

brutalsolo,

Maha Suci Allah....

ahmad humairi September 1, 2010 at 4:03 AM  

w/salam LF,

Siapa berusaha, dia berjaya insyaAllah.

ahmad humairi September 1, 2010 at 4:05 AM  

w/salam Abd Razak,

Kita sering diperingatkan kerana kita sering lupa.

ahmad humairi September 1, 2010 at 4:06 AM  

w/salam PM,

demikian kuasa Allah...namun manusia lalai leka juga.

ahmad humairi September 1, 2010 at 4:07 AM  

w/salam ustas,

terus mencari...masa semakin suntuk.

ahmad humairi September 1, 2010 at 4:09 AM  

kiwi,

yang besar lagikan sujud,
inikan pula si pokok keembung.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP