MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, April 30, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!


klik banner di atas untuk terma dan syarat seterusnya.




Bulan jatuh ke riba,
Cahaya tiris ditimba,
Guru utuh dibangga,
Merintis jalan ke syurga.

....terima kasih cikgu atas segalanya.


Boleh dikira pendekke abang shah?
Selamat Hari Pekerja.

Baca selanjutnya Kisahku...

Aku Kena Tembak

Sudah giliran peserta ketiga. Tit, titttt.... Cikgu humairi ye? Ye saya. Ini Zulkifli bin Osman. Sibukke cikgu?...Ermm..maaf saya tak berapa dengar., saya ada function kat sini...nanti saya call balik.

Peserta keempat mengambil giliran.
Terima kasih pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana (sayala tu)...

Kalau tak disebutnya hakim yang adil lagi bijaksana, sah markah saya potong.

Habis semua giliran peserta sesi yang pertama, saya mohon keluar sebentar untuk membuat panggilan. Rupanya panggilan dari zulkbo untuk memastikan saya yang benar.

Sambung sesi kedua untuk pidato spontan...sampailah tamat. Ada Action Song, Public Speaking. Choral Speaking, Story Telling, dan bercerita Bahasa Melayu tahap 1 dan 2, di Peringkat Daerah Perak Tengah untuk mencari wakil peringkat antara daerah dan seterusnya negeri. Klik sini

Di majlis penyampaian hadiah saya ditembak. Sekali dengan nilai RM30.00.
Isyyhh.....kata RM50.00...

Tit, tittt....sekali lagi ditembak. Kali ini dengan peluru RM20.00.

Alhamdulillah, terima kasih zulkbo...saya membalas mesej kepadanya.

Demilkianlah sibuknya saya pada minggu ini dari 26, 27, 28 dan 30 April 2011, tak sudah-sudah disebut sebagai yang arif, yang adil lagi bijaksana. Lega sebentar bila aktiviti dah tamat....yang lain sedia menanti.

Sesiapa berhajat nak sembang, bagi nombor henset, kita borak sampai habis kredit!Link

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, April 28, 2011

Rezeki Saya Jika Allah Izinkan

Selepas maghrib, seperti lazimnya, saya memanggil anak untuk membaca Quran. Ketika itu dia sedang online. Aku teringat pada pencarian pengunjung ke 300,000 di Blog Zulkbo. Lantas aku menyuruh anakku singgah sebentar di blogku untuk terus ke blog zulkbo.

Terus skroll ke kaunter. Dag, dig dug jantungku dibuatnya. Akulah pengunjung ke 300,000 itu. Apa lagi. Aku terus print screen dan menghantar e-mel kepada zulkbo untuk memaklumkan kepada beliau. Kalau saudara zulkbo percayakan aku, adalah rezekiku.....kalau tak ada, mane membuatnya..


Selepas menghantar e-mel kepada zulkbo, saya meneruskan hajat yang tertangguh...membaca Al Quran bersama anak yang bongsu. Respon pada komen-komen entri sebeluum ini esok-esok ajelah ye...

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, April 26, 2011

Skirt Anak Jengka Dua


cahaya yang tidak pernah bersilang
mengimej semula
wajah anak-anakku
di jengka dua
yang taat mencium tanganku
tika berpisah

di antara mereka
menjelma tiba
mencelah-celah sesak imejan
berlari berkejaran di depan mata

anak-anakku
yang sudah kutemu
di maya ini
Jamarulnizam Abdul Razak
Mastura Mustafar

dimana Junaidi
Sabri
Rozali
Syed Muhamad
Chandran
Norzita
Zalimah
Salinda

anak-anakku
andai ada ketentuan
isyaratkanlah kunjunganmu.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, April 21, 2011

BANGSI


Panjang-panjang ruasnya bangsi,
Lebih panjang ruasnya banta,
Kenyang-kenyang memakan nasi,
Lebih kenyang bermain mata.

Terdengar sayup merdu alunan bangsi di suatu malam terjaga. Teramat sedap. Di Bilik Sang Nila Utama, Asrama Putera Sekolah Raja Chulan, Ipoh. Begitu menarik hati untuk mempelajarinya. Bangsi saya beli lalu belajar bersama sifu. Kini boleh mengalunkan beberapa lagu syok sendiri.

"Orang lain pun dengar syok jua...", terdengar suara.

Kembang hidung saya. Bangga juga. Hanya saya boleh meniup bangsi secara muzikal dalam komuniti saya.

Saya tak boleh berpisah daipada perkara-perkara lepas. Saya tetap saya yang dahulu. Kadang-kadang seperti anak-anak. Dah tua. Masih beraksi. Meniup bangsi. Lagu-lagu kini. Biar Cikgu Sida beraksi gaya sendiri.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, April 14, 2011

SEMINAR


klik banner di atas untuk terma dan syarat selanjutnya


Pakngah : Abang ada 'Si Minah' malam ni......tak dapat balik rumahla.....

Mankngah : Kalau ada seminar pun takkan sampai tak balik bang......


*******************************

Idea sarkastik Usman Awang
(Mari Hayatinya)

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, April 13, 2011

Kalau Tak Senyum, Ada Harapan Tak Menang


klik banner di atas untuk terma dan syarat selanjutnya


Pakngah : Belajar menembak? Sejak mula kita kawin dulula....

Mankngah : Nak menembak lagi dia rupanya ye....pakai macam tu????

Baca selanjutnya Kisahku...

Kekuatan Rantai

Kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf "Ta" kata Ahli Nujum Pak Belalang.

Kekuatan Rantai terletak di tenaga,
mahir mengimbang di puluhan anak tangga.

Rantai mengambil upah dengan mengangkat barangan berat termasuk motosikal di Terminal Penumpang Kapit dengan kadar RM 80.00 untuk sebuah motosikal.

Motosikal dijamin selamat dan tidak jatuh ke dalam sungai. Kalau jatuh, pampasan dibayar. Belum pernah.

Demikian, harga sebuah kemahiran. Walau tak seberapa, ianya amat berharga.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, April 12, 2011

JOM HEBOH (Saja Tolong Hebahkan)



tidak ramai yang tahu bahawa saya ni seorang pelajar UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) dan ramai juga yang masih belum tahu mengenai UniSZA ini. agak keletihan mulut saya setiap kali berlaku perbualan seperti ini:

X : bro, belajar mana sekarang?


saya: belajar dekat UniSZA.


X: ape tu? kolej ape tu? kat mana?

penat mahu explain. jadi korang boleh google, baca wikipedia. ha, ini saya kerat-tampal dari wikipedia. ingat universiti saya koman sangat takde dekat wiki? haha

Universiti Darul Iman Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin terletak di negeri Terengganu. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 sebagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) ke-18 dan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah menjadi salah sebuah kampusnya. Walaupun masih baru, namun universiti ini telah berpengalaman dalam menguruskan program diploma dan ijazah sarjana muda melalui Kampus KUSZA sejak tahun 1980-an
UDM setakat ini mempunyai dua kampus di Terengganu yang telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Kota dan Kampus KUSZA. Sebuah kampus lagi, iaitu Kampus Besut dijangka beroperasi beberapa tahun lagi.

baca penuh di sini.


Lawat jugak blog anak saya di sini. Tolong promosi.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, April 11, 2011

KEDAP


Program KEDAP - Kelas Dewasa Asli Pribumi adalah sebahagian daripada program yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran . Program asal adalah khas untuk Orang Asli Penan dan kini diperluaskan lagi untuk seluruh masyarakat Asli Pribumi di Malaysia. Program KEDAP ini telah diputuskan dalam mesyuarat FOCUS GROUP pembasmian Kemiskinan bil 5 / 2007 pada 23 November 2007 di Pengerusikan oleh Ybhg Tan Sri Mohd Sidek , KSU Negara .

SK Sungai Galah telah diluluskan peruntukan sebanyak RM 56,250.00 bagi meneruskan program ini untuk tahun 2011. Program bermula awal April 2011 dan akan ditamatkan mengikut jadual untuk jangka masa 150 jam.

Tujuannya adalah untuk membasmikan buta huruf di kalangan Orang asli seluruh Malaysia .Peserta program KEDAP ini diberikan beberapa elaun iaiatu elaun gantian kehilangan pendapatan , elaun makan , elaun alatulis , elaun kesihatan dan lawatan sambil belajar.


Latar Belakang Kampong Sungai Galah

Kampung Sungai Galah terletak di daerah kecil Kampung Gajah, Perak. Tempat yang berhampiran ialah Changkat Tin, Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang , Kampung Gajah, Changkat Rambai, Pengkalan Nibong dan lain-lain.

Sungai Galah merupakan sungai kecil yang bersambung dengan Sungai Kinta di sebelah timur. Sungai Kinta pula bersambung dengan sungai Perak.

Kampung ini asalnya kawasan penempatan dan perlombongan yang dimajukan sejak zaman Penjajahan British lagi.Teknologi perlombongan dibawa dari England terutama kapal-kapal korek. Rumah-rumah pengurus dan pekerja lombong dibina di kawasan berdekatan. Apabila harga bijih timah jatuh menjunam , lombong-lombong di kawasan ini telah ditutup. Baru-baru ini kawasan ini hendak dimajukan oleh MMC Sdn Bhd.

Kawasan ini dahulunya merupakan petempatan majmuk yang diduduki oleh pelbagai kaum seperti Orang Asli,Melayu,Cina dan India. Ada klinik kesihatan, panggung wayang dan pelbagai kemudahan lain. Tanah di kawasan ini telah diwartakan kepada Penduduk Asal Kg. Sg. Galah iaitu Orang Asli. Kini Orang Asli tersebut menjadikan tanah mereka sebagai Projek Tanaman Risda Fasa I iaitu tanaman kelapa sawit. Kebanyakan daripada mereka telah berpindah dan menduduki kampung baru iaitu Kg. Tangkai Cermin.

Yang tinggal di situ hanyalah kedai runcit dan tapak panggung wayang. Rumah-rumah pengurus dan pekerja lombong telah diubahsuai menjadi Pusat Latihan UiTM. Terdapat pasar pagi pada setiap hari Jumaat.

Kg. Sg. Galah kini diduduki oleh masyarakat Melayu dan banyak rumah dibina di situ. Penduduk asal yang telah berpindah ke Kg. Tangkai Cermin juga telah menikmati kemajuan dan pembangunan sejajar dengan 53 tahun negara kita merdeka. Kg. Tangkai Cermin banyak melahirkan golongan cerdik pandai seperti Bekas Senator Mendiang Itam Wali bin Nawan, Peguambela Kemala, Uda Nago, Dr. Bahari Belaton, Anak-anak mendiang Itam Wali- Elwan Awang,Elwa Lisa,Elwan Ponso dan Elwa Nita dan lain-lain lagi.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, April 7, 2011

Sirih Naik Junjung Patah


Sirih naik, junjung patah. Barangan naik, kita parah. Semua berserah. Ingin menjadi seperti ulat dalam batu. Hidup tak pernah buntu.

Baik juga jika menjadi ulat yang banyak kakinya ataupun mungkin juga tangannya. Dapat memecahkan batu yang kerasnya seperti waja. Sangat tenang menelusuri hidup.

Manusia juga memerlukan hati yang tenang menghadapi kesusahan ini. Tanpa jiwa yang tenang, hati akan resah hingga sesiapa sahaja boleh menjadi korban.

Terimalah hakikat ini secara positif kerana Allah sebenarnya sudah memberi cara untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Firmannya yang bermaksud "Apabila kamu susah, maka bersabarlah dan bersembahyanglah." Lakukan dalam sepi.

Bersedekah. Bolehkah? Sambil melangkah, boleh sahaja bersedekah. Sambil menadah agar Allah terima keikhlasan kita. Besedekah tidak perlu banyak. Ikhlas bersedekah bila ada kesempatan. Ganjaran Allah akan melimpahi kita. Jangan nanti kita menyesal dengan kata-kata....." ....kenapalah aku tadi tak beri pada orang tu tadi...". Lakukannya dalam sepi.

Senyuman satu sedekah. Berbuat baik mendapat pahala. Bacaan Fatihah serta ayat Al Quran boleh disedekahkan. Ayuh bersedekah. Rezeki Allah boleh mengunjugi kita tanpa kita duga.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, April 3, 2011

Sekali........dia datang...Senyap semua. Cik Deana sporting.




Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP