MUTIARA KATA HARI INI

Monday, October 25, 2010

SELAMAT TINGGAL BLOGKU

Selamat Tinggal Bungaku



selamat tinggal bungaku

aku bermohon pergi dahulu

terima kasih seruanku

jasamu untuk diriku



ke timur atau utara

tak tentu di mana nak tujukan

setitik air mata

dititis dan dibuang jangan



sekiranya aku masih

berada nun jauh di balik awan

salam bahagia

khabar yang gembira ku kirimkan



inikah akhir bertemu

bila nian kan berjumpa lagi

ingatlah pesanan ku

jaga baik diri sendiri


Terima kasih semua. Saya bermohon untuk mengundur diri di dunia blog ini. Terima kasih tidak terhingga buat Saudara Sahromnasrudin, Maiyah, Abdul Razak, Kakcik, Aliaazuan, Rozali, Tinta Kenanganku, minda cikgu pj, zulkbo, yang baik, naman, Kak G, Kak Nora, Abang Temuk, Luah Fikiran, Ustaz Eds, Sonata, Umi masyitah, piewahid, ainhany, kiwi, sha, mantan, Kak Helli, Inilah Duniaku, Capt Bokhari, Cikgu Sue, Idalara, Alona, brutalsolo, IM, aby, Ikan Emas, Shameel Iskandar, Syahbandar, Sedikit Coretan, Ismiku, White Rose, Gadis Comel, onezaba, Admin P@P...para follower,

dan

semua yang melayari blog ini.

Mohon maaf atas segala keterlanjuran bahasa yang menyinggung perasaan. Maaf atas segala-galanya. Moga segera bertemu atau sebaliknya.

30 comments:

kiwi October 25, 2010 at 7:07 PM  

salam cikgu..npe nk undur diri dh??huhu

yangbaik October 25, 2010 at 7:13 PM  

alamak, sedih sendirian pulak, tiada lagi pengomen tegar di blog aye... merajuk ke... syahdu sekali, tergiang2 kat telinga lagu nan indah itu..

Kakcik Seroja October 25, 2010 at 7:21 PM  

Salam Myri...

ke mana gerangan tuan nak pergi?

adakah cuma sektika atau akan kembali nanti? :(

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE October 25, 2010 at 7:25 PM  

Salam cikgu,

Nape lak? Ada mslh ke cikgu? Nanti takde la ckgu komen blog ana lg...

zulkbo October 25, 2010 at 7:25 PM  

salam..
apa kisahnya saudaraku?
merajuk hati atau kekangan
yang tiba..rasaya berundurlah
seketika,kembali bila keadaan
reda..

Abd Razak October 25, 2010 at 7:54 PM  

Salam Cikgu...

Ada urusan yang lebih penting ya cikgu erk!

Ya saya maafkan cikgu dan saya mohon maaf juga atas keterlanjuran, silap dan salah saya harap dimaafkan.

Kalau ada masa tu lawatlah kita orang kat blog ni ya cikgu!

Jaga diri baik-baik, cikgu! Moga Allah permudahkan urusan cikgu.

white rose October 25, 2010 at 7:58 PM  

Salam cikgu...

SELAMAT BERKURUSUS...
hahaha...

konon nak pegi jauh, tengok2 esok ade on9...

bawak je lappy tu...kat sane ade stimik...

makan banyak2 tau...

sahromnasrudin October 25, 2010 at 9:25 PM  

salam cikgu..cikgu nak pergi Haji ke?? jangn la tinggalkan kami..sedihnya yg teramat sgt....:-( pasti merindui puisi cikgu yg puitis itu..saya byk belajar dr cikgu mengenai laras bahasa puisi dlm blog ini..semoga cikgu menjenguk kami semula dan berblogging ya...

atuk October 25, 2010 at 10:19 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

Walau apa pun penyebabnya
moga berbahagia selalu
dipermudahkan segala urusan

kalau ada masa boleh berjumpa di kg nanti

selamat maju jaya

Wassalam

aby October 25, 2010 at 10:30 PM  

cik gu nak ke Batu Sapi ni gamaknye...
he..he..

baru nak sembang psl ilmu bonsai,
cikgu dah nak hilang ..

apepun semoga bejaya dalam ape lapangan yg lakukan ..

cs October 26, 2010 at 12:44 AM  

salam c.humairi,
smoga selamat semuanya...CS doakan yg baik2 saja...hrp ada rezeki bertemu lg ...jgn jemu menulis walau mgkin di wadah yg berbeza..ckgu punya bakat...SELAMAT MAJU JAYA!

Bella October 26, 2010 at 1:58 AM  

kenapa? Awak transfer ke tempat yang takde internet ke? Aik! ada lagi ker tempat yang tak boleg malayari internet kat Malaysia nih? hurghh..

hentian October 26, 2010 at 7:48 AM  

tidak faham aku
kenapa ditengah rancak ini
tiba tiba ada tangan melambai pamit

tidak faham aku
angin tidak bertiup
kenapa daun banyak yang luruh

tidak faham aku
walaupun aku harus faham
akan hati setiap insan

tidak mengapa duhai..
esok esok, bila tenteram semuanya
aku pasti blogmu
akan kembali menduduki carta atas sisipanku
kerana aku pernah begitu dulu...

sayonara
dan..
arigato
atas sekalian komenmu selama ini
di n3ku

muga perjalananmu mencari jalan lurus
ditemani cahaya kudus...

kenang daku dalam doamu...

ainhany October 26, 2010 at 8:29 PM  

salam cikgu,

biarpun baru mngenali tpi kunjungan dan sentuhan komen cikgu mmg amat2 dihargai. Semuga pilihan yg tepat dan selamatla duhai cikgu.

Terima kasih dan mhn dihalalkan.

ustaz eds October 27, 2010 at 12:44 AM  

salam cikgu..

jangan ...tinggal daku...
jangan kau ucap selamat tinggal...

moga segera kembali...

ummu October 27, 2010 at 8:05 AM  

Salam cikgu
patutlah cikgu tidak singgah lagi di blog peribadi saya.apakah cikgu nak pergi haji?
apapun,semoga baik2 sahaja.
saya pun minta maaf atas salah silap saya selama beberapa bulan ni,sejak berpindah di kawasan baru,saya tak dapat blog walking ke blog cikgu selalu disebabkan line ternet di rumah saya tak berapa ada.

MOH KEMBARA October 27, 2010 at 9:52 PM  

Salam Cikgu Humairi,
Selamat belayor, berkursus, mengerjakan haji dll. Semoga berjaya dan jukmpa lagi nanti, InsyaAllah. Pandai ngusik cikgu ni kome!

Anonymous,  October 28, 2010 at 10:47 AM  

Aslmkm Cikgu.
Cubalah dulu dengan lambaian
Jangan diucap Selamat Tinggal
Apapun sebab, apapun tujuan
Insya Allah bertemu lagi sebelum ajal.

Kak G sedih bukan kepalang
Tetiba saja Cikgu menghilang.

Kalau tujuan rahsia peribadi
Semoga seperti pergi bercuti
Insya Allah ada waktunya nanti
Kita berinteraksi kembali.

WISHING YOU ALL THE VERY BEST
MAY U BE BLESSED IN WHATEVER QUEST!

Unknown October 28, 2010 at 5:54 PM  

SALAM CIKGU,
AMAT SEDIH RASANYA BILA MENGETAHUI CIKGU MENGUNDUR DIRI. BANYAK PENGAJARAN DAN PERINGATAN YANG LF PEROLEHI DRPD ENTRI2 CIKGU. TOLONG FIKIRKAN KEMBALI KALAU BOLEH ! APAPUN, LF MOHON MAAF ATAS SEGALA KETERLANJURAN DAN KESALAHAN DIRI INI. LF AKAN MEMAAFKAN SEGALA KESALAHAN CIKGU (KALAU ADA). KALAU TAK MELALUI ENTRI, KITA BOLEH BERHUBUNG MELALUI E MAIL.

Admin P@P October 29, 2010 at 7:48 AM  

Assalamualaikum.
Sedih bunyinya cikgu.
Saya baharu saja nak berkenalan dan berjinak dengan blog dan rakan bloggers, dah 'berpisah' pula.

Semoga cikgu bahagia dan kunjungilah rakan2 dari masa ke semasa.

TQ

Temuk October 29, 2010 at 9:47 AM  

Salam CIKGU HUMAIRI

Maaf bermaaf kita bersama. Semoga ketemu lagi suatu hari nanti, dalam kesempatan & ruang yg lain.

Selamat maju jaya. Semoga sentiasa di dalam peliharaan Allah.

Adek Abigail October 30, 2010 at 8:16 PM  

Mengharapkan kejayaan dan kebahagiaan buat cikgu.
kelapangan waktu untuk kita padaNya.

sahromnasrudin November 7, 2010 at 8:27 PM  

salam cikgu...walau cikgu tak jenguk blog ini..sy tetap setia menjenguknya kerana saya tidak mahu ia menjadi pusara tanpa penghuni..semoga cikgu kembali lagi kerana saya amat merindui tulisan cikgu...

Mohar Yahya November 8, 2010 at 7:19 AM  

Selamat jalan sahabat, semoga mendapat haji yang mabrur...ameinn...

Hjh Noralenna Abbas November 8, 2010 at 11:05 PM  

Cg Humairi,
Terkejut juga bila baca tajuk posting.Apa kes?Apa-apa pun, sama-sama kita memohon maaf. Semoga cg dan keluarga dilindungi Allah SWT. Dan ceria selalu. Semoga juga keputusan UPSR tahun ini cemerlang!

shameel Iskandar November 11, 2010 at 9:51 AM  

Selamat pagi Cikgu.

Kenapa cikgu nak mengundur diri. Penulisan cikgu amat berkualiti. Ia mendidik saya dan sahabat2 blogger yg lain. Bagi saya, berbekalkan blog, cikgu dapat meluaskan ruang pengajaran.

Cikgu Diana November 17, 2010 at 8:24 AM  

Semoga cikgu dilindungi Allah hendaknya..

pecinta_Islam December 3, 2010 at 8:53 AM  

salam cikgu..selaku pengunjung setia disini boleh kiranya untuk sy memohon bertanya..kenapa cikgu memilih untuk mengundur diri dari terus menulis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP