MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, October 7, 2010

ZULHIJJAH 10, 2010

Bukan raya haji namanya kalau tak berkaitan dengan kerja-kerja haji. Tidak lengkap raya haji tanpa nyanyian tahmid. Tidak sah raya korban kalau tak ditumbangkan kerbau lembu di hari tasyrik.

Hari ini kerbau-kerbau sudah dipinang. Lembu sudah ditambat, Kambing sudah diikat. Di masjid, di surau dan di taman. Yang belum dipinang terus bersolek. Mempamerkan otot-otot berulas. Juga pastinya menahan bersin, tanda sihat walafiat. Tidak hairanlah kalau seluruh keluarga kambing serta kerbau lembu bergembira sekali. Mereka bernyanyi dan berdoa. Ada juga yang menari menyambut hari yang bakal tiba. Syukur mereka kata.

Di sana sini, jemputan kenduri. Tanda bersyukur atas nikmat yang diberi. Ala-ala open hause. Duit raya diberi para tamu yang mengerti.

Senyumanku melebar. Bersama senyum-senyum kambing, lembu dan kerbau yang bakal disembelih.

Alhamdulillah.

26 comments:

sahromnasrudin October 7, 2010 at 6:58 PM  

salam cikgu..memang meriah kalau nak gi haji skrg kan..tak lengkap klu tak buat kenduri..itulah budaya uniknya orang kita..suka meraikan orang yang bakal meninggalkan kita...
P/s: dh trime ke adiah saya..sy takut klu ada yg terpecah dlm perjalanan huhuhuhu

ahmad humairi October 7, 2010 at 7:33 PM  

w/salam sahrom,

...dengan ingatan tulus iklhlas...elok je kita budayakan.

Ni yang dok tunggu ni...x sampai-sampai lagi....ptg ni sampai kot? Nanti saya gitau kalo dah sampai...

kiwi October 7, 2010 at 7:44 PM  

salam..huhu..sdih..sy x leh blik rye haji

ahmad humairi October 7, 2010 at 7:47 PM  

w/salam kiwi,

jangan sedih...kan baru je balik??

Abd Razak October 7, 2010 at 7:49 PM  
This comment has been removed by the author.
Abd Razak October 7, 2010 at 7:50 PM  

Salam...

Dulu semasa arwah guru saya nak pergi menunaikan ibadah haji, saya lihat beliau tak buat kenduri doa selamat. Barangkali tujuannya mahu menjauhi sifat riak menunjuk-nunjuk, jadi saya pun turuti cara beliau.

ahmad humairi October 7, 2010 at 8:07 PM  

w/salam Abd Razak,

hentikan segera kalau nak menunjuk-nunjuk..

Ikhlas kan diri melakukan sesuatu kerana Allah.

ainhany October 7, 2010 at 8:15 PM  

Salam Sahrom,


Byngkan binatang2 bagai berebut2 minta dicalOnkan sbg korban....Bagaimana dgn kita bersediakah???? InsyaALLLAH azam dah ada diikuti dgn pelaksanaan.Muga mngamit jannah dgn niat yg betul.Semuga ALLAH mmberi kita peluang utk beribadah korban di sini dan haji satu tika nanti..Amin

ahmad humairi October 7, 2010 at 8:19 PM  

waalaikum salam...

eh aku lak yang jawab bagi pihak sahrom...xpe2.

kengkadang...beruntung jadi haiwan....

zulkbo October 7, 2010 at 9:18 PM  

salam..
selamat berhari jumaat
moga sihat selalu seisi
keluarga di sana..

yangbaik October 7, 2010 at 9:23 PM  

salam buat Cikgu Ri,

menghitung hari nak tunai haji ke?
atau dah dapt pkt haji...

white rose October 7, 2010 at 10:05 PM  

salam...

ewah2...ayat org lama2 ni mmg ade makna...

pendek je tapi berisi panjang...

ate, udah mencari ke kerbau yg nak dipinang tu???

beso mane???

idak ke nak buat kenduri???

ahmad humairi October 8, 2010 at 3:03 AM  

w/salam zulkbo,

selamat kembali,
insyaAallah selamat segalanya.

ahmad humairi October 8, 2010 at 3:05 AM  

w/salam yang baik,

....ye ye...menghitung hari...
tah bilele daapat pegi aji..

main dam ajijela dulu...bebudaak dah abes pekse.

ahmad humairi October 8, 2010 at 3:07 AM  

w/salam white rose,

saya wakilkan seseorang mencarinya, ari nyembelih sok ko datangle ke taman...tolong melapah.

aby October 8, 2010 at 3:28 AM  

salam cikgu ..
klu tengok lembu2 korban sekarang ..
saiznye mcm budak2 remaja umo 16 thn,
cukup kecil, sekadar syarat cukup umo jer ..
mase zaman saye kecil, tengok saiz2 lembu org kampong buat korban ..
sume saiz malik noor mase badan dia sasa ..
sekarang klu nak nampak lembu2 saiz gitu .. kene pegi kampong2 kt langkawi la gamak nye ..

sha October 8, 2010 at 7:37 AM  

Teruskan berdoa..semoga ia menjadi realiti(mengerjakan haji)

Anonymous,  October 8, 2010 at 9:27 AM  

Aslmkm Cikgu.
Di kampung memang meriah kerana dicanang sekampung.
Dibandar, biasanya sesama saudara & sahabat serta kawan terdekat saja.
Tapi kata para ulama ulung (termasuk di Msia), paling afdhal untuk melakukannya secara senyap2 ... baik dalam mengerjakan ibadah Haji atau melakukan ibadah korban nanti.
Bila dihebahkan, ditakuti ada rasa riak berdetik di hati!
Kata mereka, "kalau mahu adakan doa selamat, tak perlu hebahkan pemergian hajinya ... kalau lakukan korban tak perlu hebahkan kerana cukup dengan niat kita."

ahmad humairi October 8, 2010 at 5:43 PM  

sha,

realiti menanti, insyaAllah.

ahmad humairi October 8, 2010 at 5:57 PM  

w/salam Kak G,

Budaya di kampung Kak G,tak dihebahkan pun mereka ramai-ramai datang menolong, lebih-lebih lagi jika yang berhajat sentiasa komited dengan masyarakat.

Di bandar pun saya rasa serupa. Tiada bezanya.

Tapi jika yang berhajat tidak komited, sentiasa mengelak function masyarakat..., dia akan lakukan segalanya sendiri...senyap-senyap. Dihebahkan pun orang tak peduli.

Segalanya bergantung pada niat dan sentiasalah awas dengan bisikan syaitan.

Saya setuju dengan Kak G. Lakukan kebajikan dalam sepi.

sonata anak kancil October 9, 2010 at 5:20 AM  

salam - sana sini senario yang sama - lepas habis open-house - kenduri meraikan bakal2 haji /hajjah pulak...hang bila pulak?

ahmad humairi October 9, 2010 at 7:05 PM  

w/salam sonata,

...insyaAllah...suatu hari nanti, aku pasti menyahut panggilan kaabah.

Maiyah October 9, 2010 at 7:45 PM  

dah smpai hr rya hji.. alhamdulillah.. moga sy akan mnjd tetamu Allah juga.. insyaAllah

ahmad humairi October 10, 2010 at 3:48 AM  

maiyah,

jomla pegi. dah daftar ke?

Temuk October 10, 2010 at 8:38 AM  

Cikgu HUMAIRI
Di kawasan kami, surau adakan majlis doa selamat & raikan para bakal haji. Beri mereka cenderahati & jamuan. Lepas tu, ada beberapa orang bakal haji tu pula yg adakan majlis doa selamat di surau + jamuan. Alhamdulillah, Syawal dgn Zulkaedah ni bawa banyak rezeki perut. Belum lagi cerita kenduri korban di surau nanti ni...

Salam bahagia.

ahmad humairi October 10, 2010 at 6:15 PM  

w/salam Abang Temuk,

Begitulah keseronokan hidup dalam masyarakat kita....hidup sandar menyandar bagai aur dengan tebing.

....bile buat keghoje nyembelih nanti...jangan ade yang tekentut...nganggu oghang yang tengah megang kaki keghobo tu...kang telepaih lagi...

Labbaikallah humma labbaik....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP