MUTIARA KATA HARI INI

Monday, October 11, 2010

Bulan Belum Jatuh Ke Riba Tapi Buah Sudah Gugur...

Sudah hampir dua minggu. Seperti bintang. Ia mengeliling kepalaku. Walau bukan kilauan emas. Aku tangkap. Masukkan ke dalam kocek. Benarlah. Penantian itu suatu siksa bisa. Namun bintang belum tersua.

Kepastian tiba sebagai penawar. Kita di temukan. Dalam keadaan aku separuh bogel. Bertowel paras pusat dan lutut. Menyahut panggilan Abang Posmen. Satu yang aku tunggu. Tiga yang sampai.

Sekeping replika cek untuk Ahmad Khir (Jom lawat blog anak saya). Parcel untuk Ahmad Khir. Dan bungkusan untukku. Berkotakkan xerox phaser 3117, 3112 print cartridge. Terima kasih Shahromnasrudin (Blog yang dah femes di kalangan kita). Persahabatan yang tak ternilai dek harta setinggi menara berkembar petronas.


replika cek untuk Ahmad Khir


hadiah yang dimenangi Ahmad Khir



dan....terima kasih sahrom hadiah yang amat bermakna

27 comments:

sahromnasrudin October 11, 2010 at 6:41 PM  

alhamdulillah..syukur sgt2..akhirnya adiah saya sampai jua kepada tuan yang berhak menerimanya..saya harap ia dalam keadaan seperti yang saya poskan..jika ada kecacatan, mohon maaf dipinta...semoga persahabatan di alam maya ini akan meningkatkan lagi ukhwah islamiyyah kita

ahmad humairi October 11, 2010 at 7:13 PM  

terima kasih sahrom,
terima kasih daun keladi...

...sumenya ok.

Kakcik Seroja October 11, 2010 at 7:30 PM  

Alhamdulillah.. nilai sebuah persahabatan yang tulus itu yang lebih penting. Semoga jalinan ukhuwah itu akan berpanjangan ke akhir hayat. :)

ahmad humairi October 11, 2010 at 7:34 PM  

Alhamdulillah Kak Cik,

Bersahabat biar berjuta,
bermusuh biar tiada.

sitinaminah02 October 11, 2010 at 9:29 PM  

alhamdulillah. rezeki selepas raya. hehe.

ahmad humairi October 11, 2010 at 9:36 PM  

gadis comel,

...ya razaq, ya rahman, ya rahim....dizikirkan buat Allah dengan asmaul husnanya....syukran.

white rose October 11, 2010 at 10:54 PM  

wow...besar menara tuh...
ade 2 cabang...tandanye..................................................

hahahaha...

pokcik sahrom vs pokcik humairi...

aby October 11, 2010 at 11:52 PM  

boleh d jadikan pamiran tambahan kt almari hadiah tuh...

he..he..

Abd Razak October 12, 2010 at 12:11 AM  

Salam...

Sahabat sejati..:)

ainhany October 12, 2010 at 2:14 AM  

salam cikgu,

tahniah...tinggi menara tu..garapan yng telah dimiliki..milik mu jua!!

sharom...bila nak buat contest lagi??? nak jugak laa hadiah tuuuu....

kiwi October 12, 2010 at 4:09 AM  

salam..thniah...hehe..sy ni x reti nk bersajak..tp bile dgr org bersajak 2 suke jgk

pecinta_Islam October 12, 2010 at 7:28 AM  

tahniah tuk cikgu dan ank cikgu..itu lah orng kata kn..anak akan ikut jgk cr bapanya walaupun tidak seratus peratus..satu naluri yg bercamtum di dlm 2 jiwa yg sedarah dan sedaging..

izakhairi October 12, 2010 at 7:53 AM  

Salam Cikgu Myri,

Itulah tandanya persahabatan yang tiada batasan...

tahniah buat anak juga...
mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....

ahmad humairi October 12, 2010 at 5:27 PM  

white rose,

pakcik tengok beso lagi bunge roih tu...xde plak ros putih. Ko boleh bagi kat pakcik sekuntum dua buat koleksi...

ahmad humairi October 12, 2010 at 5:28 PM  

aby,

saya dah letakkannya di hati...

ahmad humairi October 12, 2010 at 5:30 PM  

w/salam Abd Razak,

begitulah hendaknya....saya hanya mampu berdoa agar kesemua sahabat saya kan menjadi sahabat sejati.

Allah selamatkan kita semua..

ahmad humairi October 12, 2010 at 5:32 PM  

w/salam ainhany,

makasih. Ko kena rajin mintak kat sahrom....dia leh bagi punya...

ahmad humairi October 12, 2010 at 5:34 PM  

w/salam kiwi,

ko tulis je apa yang berterbangan kat kepala...tangkap dan coretkan di kertas....lenggok-lenggok sket, pasti boleh!

Moga sukses selalu.

ahmad humairi October 12, 2010 at 5:36 PM  

terima kasih syahbandar87,

saya ikut anak saya kot....

ahmad humairi October 12, 2010 at 5:39 PM  

w/salam izakhairi,

moga persahabatan yang terjalin antara kita semua kan berterusan hingga ke akhir hayat.

Hjh Noralenna Abbas October 12, 2010 at 10:14 PM  

Tahniah ayah dan anak. Sukanye dia dapat hadiah!!

Anonymous,  October 12, 2010 at 10:18 PM  

Aslmkm.
Hmmm anak & bapa bukan sedarah saja tapi sealiran minat juga.
Mungkin benarlah suasana mempengaruhi kita.
Agaknya kalau dulu Kak G ambil aliran sastera or terus duduk sekelompok dgn Zurinah Hassan, Kak G masih ikut2an juga. :)

Anonymous,  October 12, 2010 at 10:20 PM  

Salam again.
Lupa pulak ... Kak G ikut gembira tengok hadiah yg di terima tu.
Agaknya, sekarang trend memberi hadiah & cenderahati ya?

ahmad humairi October 13, 2010 at 5:16 AM  

terima kasih Kak Nora,

hadiah amat bermakna dan dihargai walau hanya sebatang pensel.

ahmad humairi October 13, 2010 at 5:20 AM  

w/salam Kak G,

hanya untuk suka-suka dan mengisi masa lapang sahaja.

Kak G pun dapat hadiah jugak kan? Saya turut bangga..Tahniah Kak G.

ZaridaIshak October 14, 2010 at 6:59 PM  

hiasi taman bahasamu dengan alunan irama yang merdu
pasti kan singgan murai yang berkicau...huhuhuhu

ahmad humairi October 15, 2010 at 11:03 PM  

salam,

terima kasih kepada murai yang sentiasa menghibur tamanku nan sunyi...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP