MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, October 3, 2010

MANA MAU LARI

rasanya aku mahu lari saja.
mencari damai.
dalam belukar.
tepi sungai.
masuk dalam semak.
masuk dalam kotak.
kotak washing machine.
duduk diam-diam.
sambil tebuk lubang pada kotak.
biar cahaya lurus mentari menerangi kotak.

jangan pedulikan hingar kenderaan yang lalu.
bersih atau kotornya sungai.
kucing yang singgah kencing.
bekas sondolan khinzir yang hanyir.

tarik nafas dalam dalam.
satu, dua, tiga, empat.
ikut meter empat-empat.
biar berkala.

kudengar gemersik angin,
debur sungai.
miau kucing.
cicip kelicap.
deram kenderaan.

aku pasti.
tiada mata manusia yang melihat.
aku lari mencari damai.
dalam kotak.
dan kalau mereka nampak.
tentu kata.

bodoh!

gila!!

34 comments:

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE October 3, 2010 at 7:45 PM  

Salam...

Kalu orang ditimpa musibah, (contohnya kebakaran), dia akan lari KELUAR untuk selamatkan diri. Jika kita ditimpa kesulitan/masalah dalam kehidupan, maka kena lari KELUAR juga untuk cari kedamaian...Hanya dalam AGAMA kita akan perolehi kebaikan (dunia akhirat).

Semoga cikgu juga memperolehi kedamaian yg diinginkan, brjaya di dunia & akhirat...amin.

ahmad humairi October 3, 2010 at 7:51 PM  

w/salam aa,

larilah ke mana pun jua...kita akan bertemu di titik asal kerana dunia ini bulat...

ZaridaIshak October 3, 2010 at 8:02 PM  

salam,
larilah ke mana pun... asalkan tinggalkan jejak supaya senang dicari, kalau hilang tak perlu report polis, kalau tidak... kecoh...

ahmad humairi October 3, 2010 at 8:08 PM  

w/salam yangbaik,

...manusia suka buat kecoh!

kalau aku hilang...cari dalam kotak tu!!!

sahromnasrudin October 3, 2010 at 10:03 PM  

salam cikgu..nape diakhiri puisi ini dgn perkataan bodoh???
p/s: cikgu, sy masih lum trime emel cikgu..sila anta ke sahromnasrudin@gmail.com jika arome_9@yahoo.com sy tak trime..nak gune emel rasmi pejabat, sy rase bersalah..klu takpun, cikgu bgtau emel cikgu...

ahmad humairi October 3, 2010 at 10:44 PM  

w/salam rom,

maaf jika mengundang rasa tidak selesa dengan perkataan itu....bukan maksudku.

...nanti saya bagi je alamat saya kat kotak komen sahrom yea..

atuk October 4, 2010 at 12:17 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

moga dipermudahkan segala urusan

kita kena ikut Sunah Nabi..hijrah
Insyaallah akan temui kejayaan

Wassalam

CS October 4, 2010 at 1:04 AM  

salam
CS terfikir,
andai damai itu dalam kotak..pastikan periksa dahulu betul2...takut2 ada semut yg menghuni, ada lipas yang bersembunyi...walau tiada yg menghuni dan bersembunyi, sampai masa mungkin kita akan kepanasan di dalam kotak...lalu di mana letak damai itu sebenarnya???tepuk dada tanya iman. semoga ada sinar hidayah untuk kita semua, InsyaAllah. Amin!

white rose October 4, 2010 at 3:12 AM  

umah sy banyak kotak kasut...
nak ke???

agak agaknye bila nak???

bole sy siap tebukkan...

ate, muat ke pun???

ahmad humairi October 4, 2010 at 4:49 AM  

w/salam Rozali,

hijrah dari keadaan baik...menjadi lebih baik, insyaAllah.

ahmad humairi October 4, 2010 at 4:51 AM  

w/salam CS,

damai bersama semut, bersama lipas, dalam nyaman panas...rasainya...indah sungguh ciptaan Ilahi..

ahmad humairi October 4, 2010 at 4:56 AM  

White Rose,

boleh...tebukkan dua lubang untuk mata kanan dan kiri..pastu serkup kat kepala....

alaa...x muat la

tapi boleh la...

lambakkan kat depan umah, nanti aku ambik...kitar semula!

Maiyah October 4, 2010 at 6:17 AM  

laaa.. wat pe msuk kotak.. msuk dlm lemari lerr :D tak tu dok bwh katil x yah nk wat lobang :)

ahmad humairi October 4, 2010 at 7:13 AM  

maiyah,

lobang tu satu keperluan...kalo x lemaihhh..ngee...

hentian October 4, 2010 at 8:31 AM  

mana mau lari. Tuhan nampak...

ikan emas October 4, 2010 at 11:47 PM  

SALAM,

kau lari aku kejar
kau sorok aku tengok
kau menong aku tenung
kau khalwat aku lawat
kau mana mau pegi
tetap ku cariiiii....

ainhany October 4, 2010 at 11:55 PM  

salam cikgu,

dah temui damai di cari??
carilah dengan mata hati
ade desiran angin tumpang lalu,
ada percikan air jatuh kebumi
ada gemersik minta dilagukan
ada suara tanpa rupa
damai hadir pada jiwa yg tenang
jiwa yg mncari hakikat maknawi..
muga ditemui
damai
yg dicari

ahmad humairi October 5, 2010 at 4:55 AM  

IM,

bila manusia nampak...hanya mengundang padah!

ahmad humairi October 5, 2010 at 5:01 AM  

w/salam ikan emas,

ke mana pun ku tak dapat lari,
hanya terpaksa menyerah diri,
pada Ilahi.

ahmad humairi October 5, 2010 at 5:07 AM  

w/salam ainhany,

bila aku sandarkan badan,
bila kusumbatkan pembesar suara bersaiz telinga,
bila kedua-dua belah telinga telah kusumbatkan,
bila lagu beralun kupasang,
aku hilang di dunia.

Abd Razak October 5, 2010 at 6:10 AM  

Salam...

Penat berlari tu jalan jer..:)

Anonymous,  October 5, 2010 at 11:04 AM  

Aslmkm Cikgu.
Aduhhh! Dah malam2 & ngantuk2 pun Kak G jadi terfikir - naper pulak larinya ke kotak?
Semestinya tiap sesuatu yg dilakukan berteraskan iman:
- Kalau ketenangan jiwa yg dicari, dekatkan diri dengan Illahi.
- Kalau kesucian hati buat penasaran, bawa saja baca Al Quran.
- Kalau sekadar rasa kesunyian, radio & TV boleh menjadi teman.
- Kalau hendak juga duduk di kotak, layari saja ke blog & sesuaikan rentak.
Selepas Form 6 & HSC, Kak G tak ikut lagi berlagu puisi, maka rentaknya selalu lari. Jadi guna bahasa direct saja, senang cerita. :)

ahmad humairi October 6, 2010 at 3:43 AM  

w/salam Abd Razak,

ya..benar pilihan di tangan kita...pilih jalan nan lurus...

ahmad humairi October 6, 2010 at 3:52 AM  

w/salam Kak G,

Begitulah indahnya hidup ini :

ada lagu
ada puisi
ada rentak
ada tari
ada direct
ada yang bersimpang siur

boleh saja kita berlari
atau berjalan

...lepas Form Six, dapat tawaran ke matrix, UPM dan Maktab Perguruan...
ayah paksa aku ke maktab...jadi cikgu!
"dwet aku dah banyak habis nganto kamu belajo..."kata ayah!

aku ikut je kata ayah.

kiwi October 6, 2010 at 4:07 AM  

sy pn skrg rse cm nk lari je..huhu...nk lari drp smua..srbut..x thu ap yg sy bwt skrg ni keputusan yg btol ke x..em..btol kot

ahmad humairi October 6, 2010 at 5:47 AM  

kiwi,

kengkadang betul pada kita...salah pula di mata mereka...nak cari persefahaman susah sket.

izakhairi October 6, 2010 at 8:34 AM  

Salam Cikgu Myri,

saya dah lama berlari,
tak henti-henti,
dan la ni dah tak lagi,
rasa letih lalu berhenti,

aby October 6, 2010 at 8:35 AM  

mana mau lari,

biar pun kite menyorok di dalam bilek konkrit yg tebal, syaitan dan malaikat maut tetap boleh sampai ..

lari la ...
lari la ...
lari la ..

klu boleh jgn solat lg baik ..

lari la jauh ..
tinggal anak, ibu, isteri, suami ... lg bagussss ...

tu dah jd bisikan syaitan ..

catatan merapu dr aby ..
hu..hu

ahmad humairi October 6, 2010 at 7:40 PM  

w/salam izakhairi,

begitu lama kau berlari,
menyepi diri,
x post entri,
kini datang lagi,
selamat kau kembali.

ahmad humairi October 6, 2010 at 7:44 PM  

aby,

frasa kau macam ibu menegur anak :

....ha...buat lagi!
panjat lagi!!!
tinggi-tinggi lagi!!!!!

...insyaAllah kita sama-sama faham.

Anonymous,  October 7, 2010 at 1:51 AM  

Aslmkm Cikgu.
Kak G nak sambung berjalan di kotak ini la. Sajer jer nak berkongsi cerita! :)

Bila tahu Cikgu dijebak menjadi guru, Kak G mengimbau sejarah hidupku:
- Di tingkatan 5 diriku dipinang buat sekelian kali; lalu Ayah bertanya, 'mahu nikah atau nak belajar lagi?'
- Diriku belum pasti apa mahunya; tapi jelas tak mahu terikat di usia muda.
- Lalu aku mengikut arus, belajar selagi lulus.
- Terkandas seketika, pedih pula rasanya.
- Mula saat itu aku tahu, aku harus menentukan jalan hidupku!
- Bukan guru yang baik untukku; namun niat ku nekad mahu panjangkan ilmu.
Apapun cara kita, tentu Allah SWT redha; selagi semunya tulus berlandaskan iman mulia, selari segala seruanNYA.
Ya kan Cikgu?

ahmad humairi October 7, 2010 at 5:40 PM  

Salam kembali Kak G,

Terima kasih sudi masuk dalam kotak saya lagi.

....ya udah.
syukuri aja nikmat kurniaan Tuhan sekarang...sejarah hanya menjadi rencah kehidupan kita...tiada penyesalan...

...kalau Kak G bersetuju atas peminangan itu dulu....Kak G tidak akan menjadi seperti sekarang...ya kan?

Bahagia ceria selalu.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o October 7, 2010 at 8:44 PM  

macam sajak apa ada ngan cunta aje..nice and cool

ahmad humairi October 8, 2010 at 3:01 AM  

brutalsolo,

camane bunyiknye sajak tu...nak gak saya baca...leh gitaw sumbernye?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP