MUTIARA KATA HARI INI

Friday, March 14, 2014

HIDUP BERJIRAN



Walau api sudahpun terpadam, puntungnya tetaplah berasap.
Hati tetap berperi, walau maaf sudahpun diucap.

Maaf mudah diucap, namun sukar dimengertikan. Kisah jiran saya. Sangat rapat. Sangat akrab. Ya, jiran sebelah kiri dan jiran sebelah kanan saya. Begitu cekap dalam membuat pemerhatian. Tersangat cekap mengalahkan poslaju. Pos hari ini, semalam sudah sampai!. Apa sahaja yang saya fikir, dia sudah tahu. Dia menguasai nawaitu saya. Bila saya buat dia rakamkan semuanya. Ya. Semuanya. Pernah saya fikir nak buat kenduri doa tanda kesyukuran, dia dah catat walau saya belum melaksanakannya. Dia tak pula mendesak. Tapi bila saya fikir nak buat kenduri grand ala-ala tujuh hari tujuh malam...tidak pula dia mencatat item itu......Maafkan aku Raqib dan Atid kerana hanya pantas beranganan.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, March 5, 2014

MASEH

Aku menulis bukan kerana nama
aku menulis bukan kerana warna
aku menulis kerana ada
ya, aku maseh ada
ada perkara
ada kesempatan

masuk hari ini
sudah dua puluh satu hari tidak hujan
tidak berhenti panas berhabuk
berlarutan dan bersambung
menjadikan rumput dan pepohon
separa pening
akibat mentari perang
termasuk aku

lalu cepat-cepat aku menelan kapsul terkandung bintilan puteh
yang berpasak percaya di dalamnya
ada bancuhan seribu penawar

dalam jerebu yang masih muntah-muntah
aku mencari urat-urat darah yang bersimpul
cuba membetulkan
agar tiada terasa sakit pinggang atau kepala.

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, January 24, 2014

KUDA


SELAMAT TAHUN BARU CINA
BUAT RAKAN TAULAN
YANG MENYAMBUTNYA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP