SELAMAT BERKUNJUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

Friday, November 6, 2009

KITA PEMUSNAH ALAM


Mengikut kajian Bank Dunia, bencana alam meningkat kepada 30 peratus sejak 1990. Peningkatan ini berpunca daripada perubahan cuaca akibat dari tindakan manusia yang menipiskan lapisan ozon. Negara-negara sedang membangun dikatakan sangat terdedah kepada kesan negatif perubahan cuaca, dengan kenaikan suhu sebanyak 2 darjah celcius dijangka berlaku tahun depan dan kejadian bencana diramalkan sebanyak 75 hingga 80 peratus. Proses industri yang meningkatkan tahap karbon dalam udara, kesan rumah kaca menaikkan suhu dunia dan pembakaran hutan adalah antara punca kerosakan alam. Begitu juga tindakan manusia yang menggunakan sumber alam secara boros dan berlebihan. Semuanya menyumbang ke arah kejadian bencana yang mengerikan. Kecut perut dibuatnya apabila membaca laporan demi laporan mengenai kemerosotan alam dalam Blog Woldbank. Setiap kali membaca kisah sedih mangsa bencana alam di negara jiran baru-baru ini, kita pasti teringat lagu Berita Kepada Kawan nyanyian Ebiet G Ade. Rangkap terakhir lirik lagu itu sangat mengesankan.


Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita,
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa,
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita,

Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang...



Kita menuju kehancuran. Dunia makhluk tidak kekal...

Read more...

Tuesday, November 3, 2009

TIGA ABDUL



Al kisah ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mentua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mentua atau cuma anaknya sahaja.

Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu yang pertama naik perahu bermotor ke tengah laut.

Di sana, dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu, tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mentuanya.

Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Grand Livina diletakkan di hadapan rumah dan sehelai kertas bertulis : "Dari ibu mentuamu".

Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mentua berpura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun menyelamatkan mentua tercinta.

Esoknya di depan rumah, menantu kedua melihat Toyota Alphard dengan sehelai kertas tercatat tulisan : "dari ibu mentuamu".

Kini giliran menantu ketiga (agak cerdik orangnya dan selalu mengambil tindakan lain dari orang lain) diajak ke tengah laut. Si mentua kembali mengambil tindakan terjun ke laut. Tetapi malang, kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mentuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Dia berkata, "Rasakan!!!", sambil memusingkan perahunya ke daratan.

Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di hadapan rumahnya kelihatan Mercedes S-Class terbaru bersama sekeping nota tertulis : "Daripada ayah mentuamu".

Read more...

Friday, October 30, 2009

HARI ANUGERAH DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEDAP



Persembahan Kebudayaan Tradisional

KEDAP bermaksud Kelas Dewasa Orang Asli Pribumi. Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Hari Anugerah dan Penyampaian sijil kepada 25 orang muridnya Di Sekolah Kebangsaan Sungai Galah.

Sekolah ini mempunyai 52 buah keluarga orang asli yang anak-anaknya bersekolah di sini. Ibu bapa serta penjaga yang tidak mempunyai kemahiran membaca, menulis dan mengira telah dipilih mengikuti kelas ini. Kelas di tamatkan dan mereka diberi sijil dan berbagai anugerah tamat latihan.


Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Perak, En. Abdul Majid bin Yusuf menyampaikan ucap utama.


Guru Besar SK Sungai Galah - En. Abdul Razak bin Hj. Adam menyampaikan ucapan alu-aluan.


Tok Batin - En. Panjang bin Ngah Lebor - turut menyampaikan ucapan.



Suasana majlis




Read more...

Monday, October 26, 2009

KHABAR DARI POHON



Dia kembali! Berdecit riang. Sibuk ke hulu ke hilir, membina kembali syurga yang ke sekian lama ditinggalkan. Wah...!, masih teguh tergantung....aku masih lagi diterima di sini....bisiknya.


Terbang pergi dan terbang datang lagi. Renovate....menambah sebuah bilik lagi dan berkongsi dinding ala semi-D. Sambil membina, sambil menyanyi. Aeyman datang pun dia tak peduli. Dia tak kesah....bukan Aeyman yang tak kesah.


Sisa-sisa bahan binaannya berserakan. Aku memijaknya terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Isyyhh..., bersepah. Takpe la...itu rezeki... sahut isteriku.


Rezeki??? Biarlah, sampah itu merupakan harta...debu mungkin jadi permata. Siapa sangka?.


Aku mengadakan rumah terbuka untuknya. Kusediakan aneka selera buat perut dan ginjalnya. Namun senjata tetap ku hala tanda siap siaga. Bimbang kelicap jadi garuda.



Baca permulaan cerita ini..klik perkataan berwarna biru

Read more...

Thursday, October 22, 2009

TETEGO


Pada minggu lepas, teman tak berapa ada di sekolah sebab membereskan hal-hal peperiksaan UPSR 2009. Balik ke sekolah, pada hari Isnin teman dapat cerita bahawa salah seorang murid sekolah teman 'tetego' (kena tegur dek makhluk halus). Makhluk halus tersebut dikhabarkan menumpang ditubuh murid berkenaan. Dia kelihatan lemah. Ditanya, dia hanya mengangguk-angguk tanda faham dan mengisyaratkan sesuatu :

- Adake 'orang' tu?
Mengangguk.
- Mana dia?
Menunjuk ke suatu arah.
- Siapa 'dia'?
- Orang tua perempuan dengan dua orang cucunya...(bersuara lemah)

...dan beberapa orang murid menceritakan pengalaman mereka terserempak dengan beberapa 'orang' lagi makhluk halus lagi di sekitar sekolah. Gambarannya menegakkan 'bulu tengkuk"

......kini pihak sekolah cuba memulihkan semangatnya dengan mengadakan majlis membaca surah Yaasin dan solat hajat. Majlis baru sahaja selesai sebentar tadi. Mudah-mudahan syaitan tidak lagi mengganggu anak-anak murid di sekolah ini belajar dan menuntut ilmu.




Soalat Hajat dan Bacaan Yaasin di ketuai oleh ayahanda Imam Taib bin Ngah Satin.




Read more...

Wednesday, October 21, 2009

IMEJAN


umur setua ini,
sudah kucundangi segala,
pada aurora merah muda,
bersentuhan kecundang.

aura auroranya,
bawaan ion positif,
terkesan peningkatan prestij,

.....
tua-tua penyakit,
muda ubat,
sudah tersepit,
baru tahu akan sifat.

.....
sudah kalah,
baru berkubu(?)

Read more...

Entri Terkini

About This Blog

My Blog List

KEKERAPAN PENGUNJUNG

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP