AMIN DI BULAN PUASA
Kemahuan Amin banyak sangat. Semuanya dia nak. Pantang terdetik.
Terlaksana semuanya.
Amin genggam ular lidi. Ular lidi menjadi naga. Amin hembus naga. Naga ditelan labah-labah. Lenyap.
Tika iftar, Amin jamah tamar. Tersendorong bazar ramadan. Amin beri pada jiran.
Amin, Amin. Boleh jadi apa sahaja. Genggamlah apa-apa. Hembuslah apa-apa. Jamahlah apa-apa. Kesemuanya Ya. Segera atau sebaliknya. Tuhan confirm.
20 comments:
Amin.
Salam Ramadhan.
AMIN...nama yg mmberi byk pengertian..
Salam Ramadhan Cikgu Humairi
salam ziarah
Wassalam
salam cikgu..tersendorong tue maksudnya apa????
kali ini saya tak dapat agak apa maksudnya kerana agak mendalam entri kali ini...:-)
Salam cikgu...
Moga sihat hendaknya..
Selamat berpuasa dan moga beroleh taqwa..
salam,
kehendak tu tiada batasan tapi dunia kita ada sempadan..
Kakcik,
Amin ada adik, namanya Aman.
w/salam aa,
banyaknya pengertian perlukan satu pemahaman.
w/salam rozali,
silakan, nanti amin temankan.
w/salam sahromnasrudin,
isyy...x dalam mananya..takat dada itik je!
w/salam Abd Razak,
Moga saudara juga beroleh kekuatan
dan peningkatan iman.
w/salam PM,
camne plak dunia tanpa sempadan?
salam,
jadi globalisasi..
salam kembali PM,
dunia aititu...
Aslmkm Cikgu.
Amin bersyukur akan lebih dikasihi, nikmatnya tiada henti.
Bila semua kedapatan, jiwa aman!
Cikgu .. Pembelajaran tu tentu lebih mudah jika mudah bahasanya & mudah juga pemahamannya. Tak gitu ke? :)
Kak G suka
doa adalah senjata umat islam..dan Allah memakburkan doa orng2 yg dikehendakiNya..
salam....Amin
selamat menjalani ibadah puasa
w/salam Kak G,
Syukur bila semua hasrat tercapai.
Bila mudah memahami pengertian, syukur juga pada Tuhan. Namun apa yang paling diperlukan - kita berguru agar tidak mendapat rusa yang ada belang-belang di kakinya.
w/salam syah,
ayuh berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
w/salam sonata,
Salam ramadan almubarak juga.
Selamat melakukan perubahan di tempat baru.
Post a Comment