7 RAMADAN - Hari Ini Dalam Sejarah
Rama-rama berbentuk hati itu terbang. Berlegar mengeliling pintu. Kemudian masuk. Terus hinggap di atas Sony Ericsson, Handset dalam rumah. Di atas meja. Meja kacang. Dari kayu jati.
Lima puluh dua saat dia hinggap.
Dalam mud gegar, ia bergegar. Mengeluarkan cahaya dan memeranjatkan rama-rama berbentuk hati yang leka hinggap. Baru dia tahu. Handset akan bergegar serta mengeluarkan cahaya apabila mesej masuk ke handset.
Rama-rama berbentuk hati terbang dan hinggap pula di atas nokia 3120 disebelahnya. Baru tujuh saat dia hinggap. Kali ini bergegar lagi. Mengeluarkan cahanya dan kali ini diiring ringtone lagu doraemon.
Mesej terpapar.
"SELAMAT HARI LAHIR ABAH UNTUK KALI KEDUA TAHUN INI. SELAMAT PANJANG UMUR SERTA DIMURAHKAN REZEKI"
.....dulutu, opah kata abah dilahirkan seminggu di bulan puasa. Tok takde pada mase tu dan pakcik Zie melaungkan azan ke telinga abah....
Aku check kat sini. Betul. Hari ini memang aku dilahirkan mengikut kalendar hijrah...Rupa-rupanya umurku sudah bertambah 2 tahun lagi berbanding kalendar Masehi.
30 comments:
Salam,
InsyaAllah, smoga Allah beri nikmat yg byk & juga keberkatan dalam hidup ckgu.
Err..apa pulak kaitan rama2 tu dlm citer ni, ckgu?..huhu..tak paam.
salam ramadhan al mubarak AA,
owh...rama-rama tu...
ingatkan orang nak datang pepagi buta tadi....tapi mesej yang datang.
ha..ha.. buat suspen.
kalau nak untung tahun kira dalam ikut tahun hijr.
kalau nak rasa mauda lagi ikut tahun masihi.
gitu ke?
salam IM,
Ko saspen ke?
Maaf aku tak bertujuan mensaspenkan sesiapa...hanya nak berkongsi.
kena ambil kira kedua-duanya sekali.
assalamualaikum Cikgu Mairi
selamat hari lahir hijriah,moga diberkati Allah umur yang bertambah.
anak saya pun lahir dalam bulan ramadhan, cikgu
salam...
rama-rama terus melebarkan sayapnya untuk terbang..kali ini, hinggap di kalendar..hinggap di kotak 7 ramadhan..
rama-rama seakan memberi tanda bahawa ada ulang tahun kelahiran di dalam rumah itu...
kemudian, rama-rama terus melekat di jam dinding..pada jam 7.25..menandakan waktu berbuka puasa serta sambutan hari lahir untuk cikgu...
selamat hari lahir..hehe
pakai henset yang ada sticker rama² ke?
Salam Ramadhan Cikgu Humairi
SELAMAT HARI ULANG TAHUN
moga dipanjangkan umur, murahkan rezeki dan sihat senantiasa, supaya dapat beribadat dengan lebih sempurna, lebih lebih lagi di bulan mulia ini
(ada saya ucapkan dlm N3 saya)
Wassalam
w/salam Cikgu Ma,
Pakai dua-dua sekali..untung...tapi anak x bagi hadiah plak hari jadi bulan ramadan ni.
salam merdeka.
w/salam sahromnasrudin,
Terima kasih rom. Rama-rama bersayap bentuk hati tu...dah terbang keluar. Andai kau datang lagi, waktu berbuka nanti, akan kuraikan dikau dengan ABC bermadu...tak perlu susang mencari kembang.
salam cikgu
hepi besday kali ke2 tahun ni....moga bersempena bulan penuh kerahmatan ini, kita akan sentiasa menggunakan peluang sebaik mungkin untuk meraih keuntungan berganda
naman,
Nset berwarna sama dengan sayap rama-rama...boleh camouflage.
terima kasih naman.
Terima kasih Rozali,
Allah selamatkan saudara juga.
w/salam ustaz,
betul tu...berganda..saya dah dapat gandaan tu. Terima kasih ustaz.
Moga pahala, iman dan amal juga dilipatgandakan, insyaAllah.
salam cikgu..
selamat hari lahir
moga panjang umur
di murahkan rezeki
salam c.humairi
selamat hari lahir...selamat hari2...semoga seluruh umur diberkatiNYA...
Salam...
Moga sihat hendaknya. Moga Allah kurniakan keberkatan pada usia cikgu. Penuhi usia yang mendatang dengan amalan untuk dibawa bersama nanti ke sana..
Selamat hari ulang tahun kelahiran..
Aslmkm Cikgu.
:)Ikut sunnah baik berpuasa sebagai kesyukuran ... dah kebetulan Ramadhan Al Mubarak ... maknanya takder ler puasa sunat untuk hari lahir Cikgu ngikut kalendar Islam!
Semoga sentiasa diberkati, amin.
bertambah ke.. ok le tu, jgn x tmbah2.. pelik bunyi nyer ye tak hehe
Muga dirahmati Allah... Amin.
salam,
tahu tak apa beza antara rama-rama dengan kupu-kupu?
w/salam zulkbo,
Allah murahkan rezeki untukmu juga.
w/salam CS,
Allah memberkati anda juga.
w/salam Abd Razak,
Allah memberkati anda juga.
Moga harta yang ditinggalkan akan sentiasa memberikan pahala dan amalan dan iman kan dibawa sebagai bekalan di sana.
w/salam Kak G,
Allah memberkati Kak G sekeluarga.
Nampak gayanye xde can saya nak mengumpul pahala sunat sebagai bonus sambutan hari lahir. Mungkin ini kekurangan saya dan beruntunglah orang-orang yang hari lahirnya di luar bulan ramadan almubarak.
maiyah,
bertambah...ok.
jangan x tambah....pun ok.
pelik bunyinye.....pun kira ok lah.
...jangan K..O.
Dr.Araz,
Moga Allah merahmati anda juga.
w/ salam Penjejak Maya,
Kupu-kupu terbang ke langit,
Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
Baru saya mencari lain.
Rama-rama kebun Cik Daud,
Hinggap di ranting lalu meniti;
Bila ada pulau di laut,
Senang unggas tumpang berhenti.
....rasanya kefahaman aku tentang kupu-kupu dan rama-rama...ada sikit perbezaan ngan ko..
xde masalah dengan beza itu.
Aslmkm Cikgu.
:) Tiap sesuatu itu mesti dilihat & dinilai dari kebaikannya dulu!
Tak gitu? ...
So bulan Ramadhan Al Mubarak tu adalah sebaik2 bulan dengan begitu banyak rahmat & nikmatnya. Ya kan?
w/salam Kak G,
Benar kak G,
nilaikan kebaikannya,
hargai keujudannya,
appreciate keindahan dan keunikannya,
maka kita akur kepada kelemahan diri...namun kita tetap teguh dan kuat!!
Post a Comment