MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, September 23, 2010

MERDEKA


Merdeka!!!!

Itulah laungan yang didengar sebaik meninggalkan dewan peperiksaan (UPSR 2010) jam 3.45 petang tadi sebaik selepas Ujian Aptitud bagi murid Tahun 6.

Apakah adik MOHD DANISH AIMAN (gambar di atas) boleh berjaya dalam peperiksan itu? Beliau terpaksa menggunakan kanta pembesar untuk membaca kertas soalan...

Habis periksa...cikgu-cikgu Tahun Enam dah boleh relax...murid apalah lagi. Jangan bercempera tak tentu pasal sudahla.

24 comments:

sha September 23, 2010 at 5:34 AM  

Salam..

Saya suka dgn gambar nih...its a good shot..ada cerita di dalam nya...

Abd Razak September 23, 2010 at 6:02 AM  

Salam...

Pernah jumpa budak seperti dalam gambar tu, sekarang ni budak tu dah jadi pensyarah di UNIMAS...

penjejak maya September 23, 2010 at 7:55 AM  

salam,

di sebalik kepayahannya itu ada keistimewaan padanya..

Anonymous,  September 23, 2010 at 9:49 AM  

Aslmkm Cikgu

'MERDEKA!3x JOM RAYA!' :)
Nostalgia masa masih seorang murid sekolah. Zaman indah yg tak akan terulang!

Kakcik Seroja September 23, 2010 at 2:35 PM  

Semoga anak2 itu mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Begitu juga dengan guru2 mereka. :)

sahromnasrudin September 23, 2010 at 5:12 PM  

salam..tunggu jawapan cikgu dlm contest saya...takpe, jika cikgu tak dpt join, sy takde mslh tapi jika dpt join sy sgt hargai...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE September 23, 2010 at 5:47 PM  

Salam..

Biasanya budak2 kategori ni pandai2.. ana ada kwn sorang mcm ni, cmerlang habisss...smoga mereka smua beroleh kjyaan dlm UPSR, amin.

ahmad humairi September 23, 2010 at 7:41 PM  

w/salam sha,

...sekeping gambar mengandungi beribu perkataan...banyak tafsirannya.

ahmad humairi September 23, 2010 at 7:42 PM  

w/salam Abd Razak,

....itu budak yang lain kot???

ahmad humairi September 23, 2010 at 7:43 PM  

w/salam PM,

...keistimewaan yang tidak ada pada kita....syukurlah atas kurniaan Tuhan.

ahmad humairi September 23, 2010 at 7:45 PM  

w/salam Kak G,

Saya dah dapat bayangkan bagaimana Kak G melaungkan kemerdekaan itu lepas habis peperiksaan....oh!...maaaanisnya waktu itu!!!

ahmad humairi September 23, 2010 at 7:46 PM  

w/salam Kakcik,

InsyaAllah, moga masin lidah Kakcik.

ahmad humairi September 23, 2010 at 7:47 PM  

w/salam sahrom,


....ni tengah fikir jawapan kontes tu...kalau tiru orang lain punya jawapan boleh tak?

ahmad humairi September 23, 2010 at 7:48 PM  

w/salam aa,

itulah keistimewaan mereka...kita tak leh celen.

sahromnasrudin September 23, 2010 at 7:53 PM  

terpulang..tp cikgu nak tiru jawapan sape??? huhuhuhu

ahmad humairi September 23, 2010 at 8:09 PM  

Ok Rom,

saya dah hantar jawapan saya ke kotak komen entri berkaitan....jawapan ori tak tiru sape-sape punya.

ustaz eds September 24, 2010 at 12:53 AM  

salam cikgu

punya la kuat dengo bebudak tu menjerit sebaik selesai upsr....mak bapak tumpang merdeka....legaaaa.

ahmad humairi September 25, 2010 at 2:39 AM  

w/salam,

mane tak kuatnye...sampai kedengo ke kampo...legala kejap..

Hjh Noralenna Abbas September 25, 2010 at 7:47 AM  

Cg,
UPSR sudah berlalu,
Berdebar pulak tunggu keputusan
Apa pula perancangan terbaru
Supaya pelajar tidak bosan?

ahmad humairi September 25, 2010 at 9:14 PM  

Kak Nora,

UPSR sudah berlalu,
Kini keputusan ditelah,
Banyak perancangan berlaku,
Tengok aje kat blog sekolah.

white rose September 26, 2010 at 6:20 AM  

salam...
sy dengar cikgu marah budak2 sy masa dorang laungkan MERDEKA...

hahaha...
suara cikgu mmg garang...

ahmad humairi September 26, 2010 at 6:05 PM  

w/salam white rose,

eh...x maraaah...nasihat..

sitinaminah02 September 26, 2010 at 7:22 PM  

cikgu dan anak murid boleh rilek2.

ahmad humairi September 26, 2010 at 8:01 PM  

gadis comel,

...kat umah je leh rilek..tupon selalu terganggu dek mimpi indah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP