Seawal 9.00 pagi, 1 Mei 2010, aku dan keluarga dah sampai di Resort Air Panas, Sg. Klah, Sungkai, Perak. Yelah. Cuti Hari Pekerja. Tiada cuti tambahan sebab 1 Mei jatuh pada hujung minggu.. Parking banyak lagi yang kosong.
Kalau dulu mesti kena bawak radio transistor bergaya dengan saiz kecil kalau nak keluar bersantai. Mini Compo, walkman atau discman dah tak pandang dah. Kini mp3, mp4 dikompakkan dalam telefon bimbit menjadi pilihan. Bawa komputer riba dan broadband. Sambil santai, boleh juga bertandang ke rumah kengkawan.
Aku mencari pokok. Kusandarkan badan pada batang pokok berdaun rimbun. Spesis daun hijau kemerahan. Anak-anak dan isteri dahpun terjun ke dalam kolam air panas. Pembesar suara bersaiz telinga kusumbatkan ke telinga. Lagu beralun membawa aku ke alam lain.
20 biji telur ayam memang kubawa dari rumah. Kurendamkannya selama 4 - 5 minit di kolam itu. Tik! pecah telur sebiji-sebiji. Enak dicicah kicap dan sos cili. Perut pun lapar. Bertambah sedap jadinya.
Puas berendam air gunung - sejuk dan panas silih berganti, air sejuk dari langit pula turun. Lebat. Seronok bermain hujan pula.
Pukul 2 petang. Dah rasa nak balik. Aku ajak anak-anak dan isteri solat dulu sebelum pulang di surau resort. Pak Aji 2/3 umur mengimamkan aku dan anak-anak. Kemudian datang anak muda, juga mahu sembahyang. Gelagatnya menarik perhatian kami.
Ketika berdiri qiam, pemuda itu berhayun ke kiri dan ke kanan umpama lalang ditiup angin. Selesai sembahyang, Pak Aji bertanya kepada pemuda;
Kenapa anak sembahyang macam tu?
Oh...dah 2 tahun saya kerja kat kapal (navy)..terasa macam dipukul ombak!
Isyyhh anak ni. Pakcik dah 50 tahun kahwin ngan makcik kamu...takde pun sembahyang macam ni (sambil berdiri qiam, pakcik tu menghayun pinggangnya ke hadapan dan ke belakang. Kalo ada orang di depan, sure kena punya...)
Pakcik ni...memang banyak pengalaman. Tabik kat Pak Aji.
Baca selanjutnya Kisahku...