APA ADA PADA ABC
Rakyat Malaysia sukakan ABC.
(Jika anda bukan rakyat Malaysia, atau telah lama berada di luar negara dan tidak mengetahui apa maknanya, ABC adalah Air Batu Campur)
Sekiranya anda suka kacang, ada kacang di dalamnya. Kalau anda sukakan rasa manis, tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana ada sirap, susu cair dan ais krim di bahagian atasnya.
Dan di tengah terik matahari, tiada yang lebih menyamankan daripada semangkuk ais yang diparut.
Isinya yang lain juga menambahkan kelazatan. Jeli yang berwarna-waini, kacang besar dan buah pala, kacang tanah dan jagung penuh berkrim...mmmm....
Isinya yang lain juga menambahkan kelazatan. Jeli yang berwarna-waini, kacang besar dan buah pala, kacang tanah dan jagung penuh berkrim...mmmm....
Setiap satunya sedap, tapi hanya apabila mereka dicampur bersama - menjadikan semangkuk ABC begitu istimewa. Itulah yang kita paling suka tentang ABC. Ia mengingatkan kita tentang sesuatu yang menyeronokkan. Di mana setiap satunya berbeza, namun menjadi yang terbaik apabila bersama.
Kita mungkin tidak bersefahaman tentang sesuatu - seperti kacang manakah yang lebih digemari - tetapi setuju dengan banyak lagi perkara lain. Umpamanya, betapa kita semua sukakan ABC.
DALAM MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 53 SEBAGAI 1 NEGARA, 1 RAKYAT, KEKUATAN KITA YANG PALING UTAMA ADALAH SATU SAMA LAIN. SEMOGA SEMANGAT PERPADUAN YANG DIKONGSI BERSAMA INI AKAN TERUS MENJADIKAN MALAYSIA PALING ISTIMEWA.
....seperti yang diiklankan.
Salam Merdeka!
mohon menyepi seketika
....seperti yang diiklankan.
Salam Merdeka!
mohon menyepi seketika
32 comments:
Salam Myri..
ABC yang cukup rencah dan rasa memang sedap.. tapi ada juga yang tawaq hebiaq.. Rupa cantik tapi rasa tiada!
w/salam Kakcik,
yang cantik sepatutnya bukan pada rupa semata...perlu juga pada rasa dan penghayatan.
salam ramadhan, cikgu..betul tue..kita saling melengkapi..jika satu bahan tiada walaupun air gula, pasti tak dinamakan ia ABC atau namanya mungkin ABC tawar...kesatuan itulah kunci kejayaan negara kita..
ABC merdeka 1!
Assalamualaikum Cikgu Humairi
selamat berpuasa
ABC tetap enak
Wassalam
Salam,
Benda yang campur-campur ni , kalau betul cara campurannya, memang sedap. Petang ini, nampaknya kena beli ABC kat pasar Ramadhan. Orang pencen kena ambil ABC yang kurang manis !
ingatkan ABC lain tadi...
A- alligator
B- buaya
C- crocodile
he3. slmt bbuka dgn ABC kalau larat. teman tak buleh, sakit urat!
sajeeeeeeeeeeee jeeeeeeeeeee tunjuk abcccccccccccc huhuuuuuuuuuuu
salam.
Siang2 td cam terliur gak tengok ABC tu, mlm dh ok dah...alhamdulillah syukur dgn rezeki yg Allah kurniakan. Ari ni buat pengat labu, kira mcm ABC la jgk tu...
Cikgu Humairi
Orang kata, yg terpenting dlm ABC = gula @ manisan. Si gula maniskan benda2 yg tak manis, termasuk air batu sagat. Sebab ada si gula, & dia pula memang buat kerja, sedaplah ABC (tak tawar hebiar!). Peminumnya pun kata, ABC hebat!
Bila order ABC, jgn sampai silap kata ACB. Salam bahagia.
Aslmkm Cikgu.
Pertamanya, TQ 4 ur moral support.
Hmmm ... ABC yg dijual tu banyak yg tak sedap, mengharapkan cantik jer ... tapi ada ler juga yg best ... teringat pulak masa cerita ABC masa sekolah rendah dulu! :)
Salam...
Dulu saya minat juga dengan ABC ni, sekarang ni dah berkurangan. Kalau nak makan pun saya tentukan tiada buah di dalam.
IM kalau berbuka dengan ABC, pedih perut le jawapnya
salam cikgu..
terliuo Teman nengok ABC...
ABC juga singkatan Allah Bagi Cuti (untuk kaum perempuan je...hehehe)
Selamat Berpuasa cikgu...
'ABC, ABC,
mari anak-anak kita pergi sekolah.'
Ingat lagu tu, cikgu?
Awas, cg, ABC yang warna warni banyak pewarna bahaya.
kecur air liur tengok ABC tu
salam,
glamer sebab nama ABC tu budak 2 tahun pun boleh mintak walaupun tak reti baca A,B,C sampai Z..
w/salam rom,
...bersatu teguh, bertelagah runtuh....keharmonian ABC menjadi contoh harmoninya Malaysia yang kita cintai.
yang baik,
merdeka!!!!
1Malaysia!!!!!!
Malaysia Boleh!!!!!!
w/salam Rozali,
...enak pada yang sihat, insyaAllah.
w/salam LF,
campur semuanya secukup rasa...pasti kena pada selera.
piewahid,
boleh gakla ABC lain tu...lawan ngan dia..leh kendurkan urat-urat...hehe..
maiyah,
haah...sengaja...mencabar prestij iman!!!
w/salam AA,
...pengat labu..waaa...nat wat jugakla...pengat pisang, pengat ubi...esh..dap toi!
Salam Bahagia Abang Temuk,
Benarlah seperti kata orang tu....gula memaniskan suasana serta mengharmonikan campurannya.
Namun tidak semua yang manis itu gula. Manis juga pada senyuman, manis budi bahasa, manis akhlak dan sebagainya.
Bila manis menjadi racun,
carikan yang pahit sebagai penawar.
w/salam Kak G,
Masa saya bebudak sekolah dulu, jarang sekali dapat makan ABC...yang dapat..pekena ais kepal (ice ball) 5 sen sekepal (super large size) sebesar saiz bola takraw...letak atas kertas surat khabar je..
srup...sruupp....srrruuuppp, berkongsi plak ngan kengkawan.
w/salam Abd Razak,
pilihan di tangan kita....moga pilihan menepati cita rasa.
IM,
kasihan IM,
...nikmat yang telah ditarik balik...namun pengalaman tetap tak dapat dilupakan...selamat berbuka puasa..
w/salam ustaz,
kena jugak istilah tu yek...
tapi deme tetap tak makan bila Allah Bagi Cuti tu...gitule hebatnya deme..
Kak Nora,
Lagu R.Azmi tu,
...saya tengah nyanyi ni...Kak Nora dengar ek?
ziarah76,
terima kasih sudi ziarah,
sila datang lagi.
w/salam PM,
bebudak...memang camtule..
Post a Comment