MUTIARA KATA HARI INI

Monday, May 20, 2013

TABIK


Cik Bibik mengarang bunga, 
Mari karang tali rotan; 
Minta tabik pada semua, 
Saya tak karang hikayat syaitan.


Perang tamat. Kesan tinggalannya masih terlihat. Yang menang pastinya bergembira. Yang kalah terluka.Namun adat dalam berperang, pasti ada menang dan kalah. Menang bermaruah. Kalah pun bermaruah. Usahlah menyanggah.

Maruah dibaratkan segendong tabik yang kita pikul di belakang atau di pinggang kita. Jika gendongan ini tiris, maka tabiknya mengurang. Jatuh satu satu ibarat tinggalan perang pilihan raya yang baru berlalu -  sepertinya bendera parti di tepi jalan yang tidak diangkut, jatuh satu persatu. Hayut lalu di air tenang. Atau tenggelam ke dasar samudera. Jika gendongan ini diikat kemas, dan sentiasa dipikul gagah, maka tabiknya tetap padat. Inilah maruah.

Akal berkait maruah. Haiwan tiada akal walau terdapat otaknya. Andai saya seekor lembu jantan dewasa. Tidak berjanggut seperti kambing. Meragut rumput. Saya membesar. Saya juga belajar membaca mengikut cara saya. Saya juga berzikir dengan cara saya. Saya mandi walau jarang. Saya bertarung sesama jantan lain bagi menunjuk lagak kepada bakal isteri. Saya juga bertanggungjawab sebagai suami (kerana sudah punya isteri atau lembu betina) dan bertanggungjawab sekali gus sebagai bapak.

Kita serupa. Tidak jauh beza kalau ikutkan semua itu. Saya lembu. Kau lembu (Betul cow lembu).

Bodoh. Tak berakal. Gila. Insane. Nonsense. Entah apa-apa lagi....

Benar. Kita makhluk Allah. Tepat. Tidak terpesong  walau sedikit nanometer. Tetapi hujah sebegini perlukan diplomasi bagi mengurangkan rasa kecil hati saya seekor lembu. Makhluk Allah yang akan menempuh frasa hidup yang sama. Berakhiran yang sama.

Menang dengan maruah. Kalah juga biarlah bermaruah. Tabik spring. Kuat tapi lembut! Jangan berdemonstrasi tak tentu hala.





Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, May 7, 2013

PAS BERGABUNG DENGAN BN - CANTEK


Kiak punya kiak, dalam stor umah mak, terjumpe benda ini.



Kami menyebutnya geselin. DBP kata gasolin. Tempat lain tak tahulah saya.

Geselin juga di sebut lampu gas (lampu pam) yang menggunakan tekanan udara (angin) untuk menaikkan minyak. Kali terakhir keluarga saya menggunakannya ialah pada tahun 1972. Berpindah dari kuaters MMC Sg Galah ke Kampong Makmur, Sungai Galah.



Rumah sendiri. Tiada bekalan elektrik lagi. Kami adik beradik ditugaskan secara bergilir untuk menyalakan geselin ni. Terkuat hentaknya, mentol pecah (mentol abu - yang telah terbakar). Mula-mula masukkan minyak tanah (minyak gas) ke dalam tangki. Kemudian masukkan minyak spirit dalam mangkuk yang disediakan. Nyalakan. Pamkan angin dan meter tekanan angin akan naik. Pastu pulas jarum minyak ketika minyak spirit masih menyala. Minyak akan naik dan mentol akan menyala. Terang benderang. Bolehle mengulangkaji pelajaran.

Bila bekalan elektrik disalurkan, geselin ini tersimpan dalam stor.

Tengokje geselin ni, saya ambik. Pasangkan mentol elektrik. Sambungkan wayar.....menyale weh! Menjadi hiasan mengalu-alukan tetamu di pintu masuk rumah saya..........antikke???? kat kedai ade jual lagi kot????...tahla.



Gabung dan jalin. Memang cantik. Sulam menyulam. Membujur. Melintang. Menghasilkan corak yang amat indah. Alangkah indahnya jika PAS bergabung dalam BN. Namun bukannya mudah. Tak semudah cerita geselin ni....

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP