MUTIARA KATA HARI INI

Friday, October 30, 2009

HARI ANUGERAH DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEDAP



Persembahan Kebudayaan Tradisional

KEDAP bermaksud Kelas Dewasa Orang Asli Pribumi. Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Hari Anugerah dan Penyampaian sijil kepada 25 orang muridnya Di Sekolah Kebangsaan Sungai Galah.

Sekolah ini mempunyai 52 buah keluarga orang asli yang anak-anaknya bersekolah di sini. Ibu bapa serta penjaga yang tidak mempunyai kemahiran membaca, menulis dan mengira telah dipilih mengikuti kelas ini. Kelas di tamatkan dan mereka diberi sijil dan berbagai anugerah tamat latihan.


Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Perak, En. Abdul Majid bin Yusuf menyampaikan ucap utama.


Guru Besar SK Sungai Galah - En. Abdul Razak bin Hj. Adam menyampaikan ucapan alu-aluan.


Tok Batin - En. Panjang bin Ngah Lebor - turut menyampaikan ucapan.



Suasana majlis




Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, October 26, 2009

KHABAR DARI POHON



Dia kembali! Berdecit riang. Sibuk ke hulu ke hilir, membina kembali syurga yang ke sekian lama ditinggalkan. Wah...!, masih teguh tergantung....aku masih lagi diterima di sini....bisiknya.


Terbang pergi dan terbang datang lagi. Renovate....menambah sebuah bilik lagi dan berkongsi dinding ala semi-D. Sambil membina, sambil menyanyi. Aeyman datang pun dia tak peduli. Dia tak kesah....bukan Aeyman yang tak kesah.


Sisa-sisa bahan binaannya berserakan. Aku memijaknya terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Isyyhh..., bersepah. Takpe la...itu rezeki... sahut isteriku.


Rezeki??? Biarlah, sampah itu merupakan harta...debu mungkin jadi permata. Siapa sangka?.


Aku mengadakan rumah terbuka untuknya. Kusediakan aneka selera buat perut dan ginjalnya. Namun senjata tetap ku hala tanda siap siaga. Bimbang kelicap jadi garuda.



Baca permulaan cerita ini..klik perkataan berwarna biru

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, October 22, 2009

TETEGO


Pada minggu lepas, teman tak berapa ada di sekolah sebab membereskan hal-hal peperiksaan UPSR 2009. Balik ke sekolah, pada hari Isnin teman dapat cerita bahawa salah seorang murid sekolah teman 'tetego' (kena tegur dek makhluk halus). Makhluk halus tersebut dikhabarkan menumpang ditubuh murid berkenaan. Dia kelihatan lemah. Ditanya, dia hanya mengangguk-angguk tanda faham dan mengisyaratkan sesuatu :

- Adake 'orang' tu?
Mengangguk.
- Mana dia?
Menunjuk ke suatu arah.
- Siapa 'dia'?
- Orang tua perempuan dengan dua orang cucunya...(bersuara lemah)

...dan beberapa orang murid menceritakan pengalaman mereka terserempak dengan beberapa 'orang' lagi makhluk halus lagi di sekitar sekolah. Gambarannya menegakkan 'bulu tengkuk"

......kini pihak sekolah cuba memulihkan semangatnya dengan mengadakan majlis membaca surah Yaasin dan solat hajat. Majlis baru sahaja selesai sebentar tadi. Mudah-mudahan syaitan tidak lagi mengganggu anak-anak murid di sekolah ini belajar dan menuntut ilmu.




Soalat Hajat dan Bacaan Yaasin di ketuai oleh ayahanda Imam Taib bin Ngah Satin.




Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, October 21, 2009

IMEJAN


umur setua ini,
sudah kucundangi segala,
pada aurora merah muda,
bersentuhan kecundang.

aura auroranya,
bawaan ion positif,
terkesan peningkatan prestij,

.....
tua-tua penyakit,
muda ubat,
sudah tersepit,
baru tahu akan sifat.

.....
sudah kalah,
baru berkubu(?)

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, October 20, 2009

SUATU KETIKA, SATU CERITA (2)


Aku masuk ke kelas sebagaimana yang dijadualkan.

Tarikh : Dah tak ingat dah, tapi dalam tahun 2003.
Masa : 10.45 - 11.45 pagi.
Kelas : Tahun 1.
Subjek : Science.
Topik : Parts of the body.

(Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan dalam Bahasa Inggeris - dah di translatekan ke Bahasa Melayu)

Set Induksi :
- Siapa pernah tengok hantu?, atau raksasa?, atau makhluk asing?
- Saya pernah cikgu, makhluk asing - matanya ada tiga.
- Saya pernah terserempak dengan hantu mata satu cikgu.
- Saya pernah tengok raksasa lawan Ultraman, raksasa tu ada 10 biji mata!

- Baiklah, katakanlah kamu dianugerahkan sebiji mata lagi, mana kamu nak letakkan?

- Saya nak letakkan kat dahi cikgu, macam makhluk asing tu.
- Saya nak letak kat belakang kepala - boleh nampak kat belakang.
- Saya nak letak kat atas kepala, kalau cicak berak, saya boleh elak!
- Saya nak letak kat lutut - senang nak kawal bola...
- Saya nak letak kat pipi - bukan sebarang orang boleh cium saya...
- Kat leher..
- Kat dada..

Majoriti murid nak letak kat belakang kepala atas alasan yang berbagai.

- Kalau cikgu, cikgu nak letakkan dihujung jari telunjuk yang kanan, sebab kalau cikgu nak tengok, cikgu halakan sahaja ke arah mana yang cikgu suka. Nak tengok apa murid buat dalam tandas, cikgu letak tangan cikgu kat atas pintu tandas. Nak tengok gigi berlubang - ha, masukkan aje kat dalam mulut. Nak tengok atas, bawah, kiri, kanan atau dalam poket, dalam seluar...ha...tunjuk je dan tengok, mesti nampak punya...

P&P diteruskan dengan jayanya.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, October 19, 2009

HURUF SAKSI


Slm..
Abh, minx tlg tpapkn clcm 10.

Tgh x de wit.

Ptt x leh bg no 2 kat sape2.

Clap tdi...

Mama chat?

kt cni x rmai kwn.

Klah, nk msk klas ni..


Demikian
beberapa sms yang sering kita terima
Bolehkah anda membacanya?

Kadang-kadang kita tak berapa faham

Tapi ia terus membudayakan hidup kita

Huruf-huruf saksi a,e,i,o,u

terpaksa ditinggalkan

bagi menjimatkan aksara...


Boleh anda terjemahkan SMS di atas?

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, October 18, 2009

SELAMAT TINGGAL SYAWAL 1430

SEKITAR JAMUAN AIDILFITRI TAMAN MURNI PADA 17 OKTOBER 2009 SEMPENA 28 SYAWAL 1430

ADAKAH KITA BERKESEMPATAN LAGI DI MAJLIS SERUPA DI TAHUN HADAPAN ??? MUDAH-MUDAHAN.....









Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, October 12, 2009

RANTAI TERLEPAS



Huh...lega
habis memeriksa

boleh aktif balik berbelog (?)

malam tuh
mata mengantuk
tangan masih bergerak

tak lalu...
terus tinggalkan dan tidur

esoknya
cek balik..
ya Allah!!!
tanda rait macam cacing!

aku kene periksa semula... ..
kan dah kene keje dua kali....

..dah 12 tahun
aku nak berehat la plak
tahun depan nak bersara
jadi orang lembaga...

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, October 9, 2009

Kepada semua pengunjung...tak lupa diucapkan selamat menyambut Deepavali. 17 haribulan Oktober (Sabtu) ni...taman tempat perumahan aku (Taman Murni, Kg Gajah, Perak) ada buat jamuan aidilfitri ...sempena hari deepavali jugak... jemput semuanya datang...

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, October 5, 2009

SEKEPING NOTA LUSUH


..nie dwet raya dari Daddy Cool..pemurah betul sbb dia yang jadik gabenor bank...

sekeping nota...kujumpainya tertonggok - dikesani retina mataku di suatu sudut yang tak dipedulikan orang - besebelahan antara tandas murid lelaki dan perempuan. entah mengapa hatiku terdetik menghampirinya. tangan pula gatal mengambilnya dan membawanya bersama, tapi tak jadi sebab ada warna dan bau yang agak kurang menyenangkan. ku tandai tempat itu agar bolehku lewatinya semula bila perlu. ku tinggalkan objek berkenaan insitu. murid-muridku, mereka semuanya berkumpulan. sudah berkumpul sebaik selesai solat isyak mengikut sebagaimana yang dijadualkan. ini malam kedua perkhemahan mereka. tengah hari esok mereka semua akan bersurai. malam ini penentu kumpulan mana yang akan menjadi juara mengikut pelbagai kategori yang berterma dan bersyarat. sebenarnya itu urusan mereka. aku sepatutnya tiada kaitan. Sebab objek itu, dan dek kerana rasa bertanggungjawab, aku berjalan perlahan. hati berkata-kata - mengapa ini boleh berlaku? aku terus merampas mikrofon...

apa ni haa??? tadi cikgu pergi ke tandas. cikgu terjumpa suatu benda. siapa punya ni???? baik mengaku kalau tidak....???

amendenye cikgu?

bende wana ungu, biruke entahle.. kuning pun ade. budak lelakike perempuan yang punye entahle sebab cikgu jumpe di antara tandas lelaki dan perempuan.....baauunye....hish. kok ye pun tak sempat...janganle tinggalkannye kat situ...!!!!????

selua kecik sape tu agaknye...terdengar murid-murid berbisik.

bukan seluar dalam....ada yang tak sempat terus melepas kat situ...

hish... ada yang menutup hidung.

tapi cikgu tahu. ini budak perempuan yang punya....

hoooo... budak lelaki bersorak kerana terlepas dari tuduhan.

...tapi budak lelaki pun...jangat ingat tak de... cikgu mesti cari siapa punya angkara ni....

tuduh menuduh, tunjuk menunjuk berlaku. ada beberapa nama disebut. yang dituduh malu, tak mengaku..menuduh pula orang lain...riuh, gawat...

kalau tak ngaku takpelah, biar cikgu ambil bende itu dan bawak sini. semua boleh tengok... nanti kita tahu siapa yang punya...

iee...jangan cikgu!!!! tidakkk!!!

aku ditemani beberapa orang guru dan dua orang murid sebagai saksi menghampiri tempat yang telah aku tanda.

sekeping not lima puluh ringgit....masuk dalam tabung kebajikan..

hmm... janganle harap bebudak nak mengaku.... sumpah kerat dua pun mereka tak mengaku. di sekolah kalau terjumpa seluarke, bajuke, setokinke....alamat reputle dia kat situ....

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP