DENGARKAN
Harum nian baumu anggerik merah. Wangian apa kau pakai?
Aku? Kau apa kurangnya. Tak pernah kualaminya.
Bukan aku. Agaknya si kuning gadis menari di atas tu???
Bukan aku la..., pantas 'lady dancing' membalas. Agaknya datang dari kolam tu?
Kami pun tak pakai wangian ini....semerbak sungguh!!!!
*********************
Mendengarkan perbualan mereka, aku senyum. Aku terus menggambar aksi mereka. Mentari makin tergelincir di ufuk barat. Haruman yang ku pakai, mampu memalukan flora-flora di laman.
36 comments:
salam..cikgu..rjinnye..pgi2 dh update blog..hehe
w/salam kiwi,
...dah ada dalam draf semalam....pagini masih free...next period baru ada kelas...so, update dulu.
salam cikgu,bunga indah dan harum
pasti semua suka
begitulah jua kelakuan yang baik,kan cikgu
w/salam CikguMa,
xbaik xsuka pada yang baik.
terima kasih.
hampir2 nak kena histeria tadi
pabila sang bunya menuturkan bicara
membuatku malu sendirian
hanya kerna memakai wangian
yang dikutip dari kelopaknya
yang hampir layu
sesudah mentari merah di ufuk timur melabuhkan tirainya....
entah lah...
YB,
tahla...
hanya satu titik jer..
salam...
fuyyooohhh...
banyaknye oreked...
hahaha...
bak sepokok...wat kawan tuk teman...
w/salam white rose,
kini baru ku tahu,
kuntum orkid yang hilang...gerangan siapakah yang memetiknya...hehe..
...xla..bukan ko yang ambik, aku tahu!!
sungguh...
sang bunga pandai memikat..
bisa meruntun hati sesiapa yang melangkauinya..
tetapi, ingatlah..adakah dgn pikatan itu..
membuktikan dia yg terbaik????
sahrom,
sungguh,
bunga sungguh memikat,
merayu kumbang,
sambail menyatakan,
akulah yang terbaik.
...awas sang kumbang terhadap kembang!
salam cikgu,
sy ni pun jenis org yg suka wangi2an tapi syg umah x ada pokok anggerik.
Salam cikgu...
Wangian itu zikir dari mereka..
Wangian boleh mempengaruhi mood kita dan org sekeliing..kan!!
w/salam zue,
ada banyak dalam botol tu...pilih je.
w/salam Abd Razak,
pokok sekeliling kita yang kita usahakan berzikir untuk kita lalu mencurahkan pahala....
....kita sepatutnya tak lupa berzikir juga..
Moga Allah merahmati kita semua.
sha,
sure one!
keep on wangi.
minyak wangi apa yg awk pakai minggu ni..
ooo.. sy x pakai minyak wangi sy guna downy hehe :D
Assalamualaikum Cikgu Humairi
Cikgu berwagi2an, ikut sunah
Wassalam
maiyah,
downy?...wangi tu..
...ada lagi yang wangi :
"...sape kent_ _ ni...wanginya..."
hehe..
w/salam rozali,
kat Lang kawi banyak minyak wangi...beli borong ye!
kalau mengembara dalam hutan jangan pakai wangi-wangi.
dan kalau kalau tercium wangi-wangi... oeerr...
IM,
kalau terbau wangi dihutan, serta seiring berdirinya bulu-bulu di tengkok...adala 'puteri bunian' yang mengintai...
....ucapkan salam,
kalau salam bersambut...bolehla kita berkawan dengannya...
salam cik gu ..
hero bunge juge hang ni no ..
he..he..
w/salam aby,
ya hero, yang sentiasa ngikut heroinnya (isteri sayalah) yang minat ngan bunga...bukannya hero sangat tapi bila berbunga je...aku tangkap gambo agar sentiasa segar di ni.
salam cikgu.
Cantik gambar yg cikgu rakam tu. Setiap gambar mesti ada ceritanya.
SALAM,
JENIS HARUMAN APA YANG CIKGU PAKAI TU ? MAMPU MEMALUKAN FLORA DI TAMAN !
Aslmkm Cikgu.
Orkid dihutan, orkid dilaman
Tak sama melur, kenanga & cempaka
Anggerik amat jarang ada wangian
Namun menggoda cantik2 belaka.
Kak G memang suka dengan keindahan pokok & bunga.
w/salam shameel,
yang cantik, tetaplah cantik, namun kecantikan ada yang tersembunyi dalam sesuatu yang 'hodoh'.
...dalam gambar ada beribu perkataan.
w/salam LF,
wangian yang dipakai tu tanpa rasa was-was dan flora-flora tu pantas rasa malu kerana mereka sendiri tak mampu mengharum namun tetap bangga mewarna ceriakan laman.
salam cikgu,
Wanginyaaaa dtg blog cikgu ari ni. Tak payah letak minyak wangi lg.
'akhlak yg mulia hiasan diri'.
Wassalam.
w/salam Kak G,
Saya dah tengok orkid-orkid di laman Kak G, memang menakjubkan!
Wangi tidak hanya pada deria hidung, bahkan di mata, di hati :
...wangi fikiran,
...wangi perkataan,
...wangi perbuatan,
...wangi penampilan,
dan wangi patut pada segalanya jua.
waalaikum salam aa,
sihat sejahtera semuanya?, Alhamdulillah, syukran.
Assalamualaikum.
Bunga yang cantik dapat menyeri laman dan sebagai pengubat stress, tika banyak hal berkecamuk dalam fikiran.
Salam ziarah.
TQ
w/salam P@P,
Terima kasih sudi singgah di taman hamba melepas stress..
Cikgu Humairi
Anggerik tak sepatutnya malu, sebab telah ada spesisnya yang harum. Teratai, belum pernah hidu pula. Namun, apa juga darjah wanginya, pasti itu wangi asli. Pemakai wangian mungkin terlupa, wangiannya dipinjam dari tumbuhan. Malahan mungkin cuma sintesis bahan-bahan di makmal.
Walau apa pun, gambar-gambarnya itu memang ayu dan wangi di dalam hati! Salam bahagia.
w/salam Abang Temuk,
Wangian asli, dari sumber alami. Pastinya mesra alam. Tidak mengundang was-was pemakainya.
Anggerik merpati, berbunga putih memang harum. Telepok (teratai kecil) juga mengeluarkan bau tersendiri yang juga ada penggemarnya.
Apapun pengertian 'wangi' boleh diperluaskan. Salam wangi selalu!
Post a Comment