Aminkan Amin
Amin buka lipatan. Lembaran di telapak tangannya. Selembar demi selembar. Amin belek. Banyak sudah Amin sentuh. Dalam sejarah di lipatan itu, Amin pernah sentuh rama-rama. Rama-rama jadi burung. Amin sentuh kertas, kertas jadi kipas. Amin sentuh itu ini, itu ini jadi apa-apa.
Hari ini, mulai malam ini Amin nak sentuh hati, biar hati jadi sakti. Hati boleh lihat. Hati boleh fikir juga serta boleh berkata-kata. Mata boleh lihat bersama hati. Otak boleh fikir dengan hati. Juga hati berkongsi berkata-kata bagaikan lidah di mulut.
Biar hati tidak mati. Biar esok pagi lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Amin mahu hati tenang di sepanjang ramadan. Amin nak hati berbakti dengan kesaktian sejati.
Amin nak kabulkan amin. Minta pada Tuhan aminkan amin.