MALAM SENTIASA DITEMANI BULAN
Malam ini aku seorang sendiri. Kaki menemani kaki. Bersilang seperti mengaji, dan badan menemani badan. Aku mencari bulan - hadiah khas dari isteri yang setia menemani malam-malamku. Kuletakkannya di riba sambil menekan suis laptop. Bulan dah jatuh ke riba . Atas bulan ada laptop. Lalu 2 jari telunjuk kanan dan kiri berlari-lari di atas papan kekunci. Mengorbit tanpa perlanggaran. Sepertinya mempunyai 11 jari. Terlebih satu. Biasa sepuluh.
Malam ini, sebetulnya setiap malam, menjelang subuh, kau datang tanpa mengetuk pintu atau menekan butang loceng. Walaupun di situ terang terang ada punat loceng dan siap diletakkan gambar loceng. Besarlah juga logonya. Tanpa dipedulikan. Datang tiada dijemput. Aku mengeluh senafas dua. Haiiihh.
Banyak juga perkara baru yang telah dilakukan. Satu, berjaya. Selebihnya gagal. Pujangga kata orang yang tidak pernah gagal sebenarnya tidak pernah melakukan sesuatu yang baru. Bila gagal, aku kecewa dan ada kalanya meradang. Makanya banyaklah dosa yang datang dari kegagalan itu. Haaaiiihhh. Lagi sekali.
Aku ke tepikan bulan dan tika lima anggota semakin kering dek basahan dari muka ke kaki, aku merapatkankan dahi ke lantai. Kau yang datang menambah bilangan helaian rambut yang putih di kepala. Moga helaian putih terus memutih noda yang tiba tiba dan terus tiba.
Sementelahkan tidak mahu lena, aku terus meneroka. Sesuatu yang baru yang sebenarnya lama yang ingin kulaksanakan.
Selamat lena untuk kau yang sebenarnya sempurna, tak pernah alpa bertandang dan mengundang dan selamat pagi untuk aku. Meraikan hari yang baru.
28 comments:
SALAM,
SEMOGA CIKGU SIHAT. SEMOGA MALAM INI DAN MALAM2 SETERUSNYA KITA SAMA2 ISIKAN DENGAN AMALAN2 SEBAGAI BEKALAN KITA DI HARI PENGADILAN NANTI. KITA SAMA2 CUBA, CIKGU
w/salam LF,
InsyaAllah, seruan saudara akan kusambut....kita sama-sama memohon RAHMANIRRAHIM Allah.
as salam cikgu,
datang hari baru bererti makin dekat kita kepadaNya
Assalamualaikum Cikgu Humairi
moga mlm ini lena juga tidur
Wassalam
assalamualaikum...
SELAMAT HARI JADI,
SELAMAT HARI JADII...
SELAMAT HARI JADIII...
ate, udah semakin rapat usia tu...
marilah kita bersama2 terus beribadah kdpNYA...
semoga dipanjangkan usia...
selamat melayari dunia tanpa sempadan.
kita hanya insan..
w/salam ibuintan,
...hilang kabus nampaklah ia, semakin dekat, sepatutnya semakin jelas!
w/salam rozali,
insyaAllah, tidur yang berkualiti, tak perlukan masa yang panjang.
w/salam white rose,
hadiah dan hari hadi...agak sionim. terima kasih atas ucapan. hari lahir saya dah berlalu, saya meraikannya 2 kali tahun ini untuk tahun masehi dan tahun hijrah...harap tak jeles ek...hehe..
IM,
Kita melayarinya penuh warna-warni dikala ramai yang melayarinya juga di layaran hitam dan putih.
puitis dan mendamaikan...
Salam cikgu,
Biar uban memutih di atas kepala namun kehadirannya membuat kita makin mendekatkan diri kepadaNya dan bisa membuat kita tidak lena sentiasa...
piewahid,
saya yang sentiasa mengharap damai...
moga ketemu.
w/salam kakzakie,
biarkan uban...boleh aje diwarnakan, jangan berwarna blonde, udah!
Dua jari telunjuk saya, kanan dan kiri, juga menari-nari atas papan kekunci, lapan lain rihat.
Assalamualaikum...
Sepertiga malam tu untuk kita bermunajat kepada~Nya, meminta ampun segala dosa dan mohon mati dalam Islam dan beriman...
Kak Nora,
jari-jari yang sama menari di papan yang sama, pada irama yang berbeza.
w/salam Abd Razak,
Benar sekali.
Andai hidup - hidupkan kami di bawah Rahman dan Rahim Mu.
Andai mati - matikanlah kami dalam iman.
.....tak putus mengharap.
as salam ziarah cikgu..semoga cikgu dan keluarga terus dirahmati Allah SWT..kat tempat saya bulan mcm tak nampak he..maklumla, hujan memanjang hehehehe
kemudian... lihat bulan kembali.. ;)
w/salam sahrom,
tak nampak bukan bermakna tidak ada.
maiyah,
ulang-ulang...bagi mendapatkan kesan yang lebih mendalam..
Semoga dipanjangkan umur, mudah-mudahan kita berpeluang memperbaiki diri untuk menghadap kepadaNya. Amin.
Salam Cikgu
Sudah bertahta bulan di riba, kemudian diketepikan mengapalah agaknya.
Assalamualaikum.
Cikgu, mengingati maut & bermuhasabah diri sblm tidur itu adalah sunnah nabi.Tahniah kerana cikgu dapat mengamalkannya.
w/salam Temuk,
Ada tikanya, yang di pangku akan dilepaskan jua..
w/salam aa,
Saya berdoa agar Allah matikan saya...andai itu yang lebih baik buat saya...moga dimatikan dalam iman....insyaAllah.
akira,
maaf terlepas pandang...sebab tak nampak gambo avatar mike...
terima kasih atas doa anda....amin!
Post a Comment