MUTIARA KATA HARI INI

Monday, December 6, 2010

MASEH YANG MERANGKAK

Pascal kata, kita jangan terlalu memikirkan masa lampau atau masa akan datang. Dia kata lagi, tawanlah detik sekarang dan manfaatkannya

Saya pernah kata kita kena kira terbalik untuk bergerak ke hadapan. Sila undur ke belakang. Klik balik countdown ni, Pasti berwarna warni.

ok start kira......24,23,22,21,20......

maju ke belakang,
undur ke hadapan.

salam maal hijrah
selamat tahun baru
happy new year

hijrah gagah melangkah
maseh masih merangkak mengira

22 comments:

white rose December 6, 2010 at 4:41 AM  

biar belajar meniarap, menyulur, merangkak dan seterusnya...

jangan terus berlari,
nanti sakit kaki...

jangan terus ke tinggi,
nanti susah nak turun kembali...

biar susah diri,
baru senang hati...


AS' SALAM MAAL HIJRAH...

Abd Razak December 6, 2010 at 5:18 AM  

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah..

sahromnasrudin December 6, 2010 at 5:33 AM  

as salam cikgu..

apabila hijrah datang..
kita pun bicara..
kita mahu berhijrah..
tetapi kemana???

apabila hijrah datang..
berbondong-bondong ceramah tiba..
adakah kita ambil iktibar..

apabila hijrah datang..
kita pun mahu menukar..
tetapi adakah lagu yang sama kita alunkan..

salam maal hijrah 1432..

atuk December 6, 2010 at 5:41 AM  

Salam Maal Hijrah Cikgu Humairi

umur kita dikira terbalik drp bertambah

Wassalam

Irtiyah December 6, 2010 at 6:31 AM  

Salam

Selamat Menyambut Tahun Baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu.

zulkbo December 6, 2010 at 9:19 AM  

Cikgu..
Salam maal hijrah 1432H..
harapan semoga hijrah tahun
ini lebih bermakna dari tahun
tahun sebelumnya..

aby December 6, 2010 at 4:03 PM  

salam AH ...
memang di dalam islam, klu nak maju kite kene kebelakang ..
mencontohi care hidup rasul saw,sahabat, tabiin , tabiin2, anbiyak ..
baru dapat memajukan rohani kite ..
klu kite ambik yg sekarang ...AF, Mari berdansa, mentor, jgn lupe lirik ....
boleh bikin serabut,
he..he..
apepun selamat menymbut maal hijrah ...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE December 6, 2010 at 6:54 PM  

Salam,

salam Hijrah cikgu..
Doakan kesejahteraan utk seluruh ummat, khususnya ana yg masih merangkak ini...

ahmad humairi December 7, 2010 at 12:33 AM  

white rose,

....terus berlari
dan berperi-peri...terima kasih.

ahmad humairi December 7, 2010 at 12:34 AM  

w/salam abd razak,

terima kasih,
salam maal-hijrah kembali.

ahmad humairi December 7, 2010 at 12:37 AM  

salam maal-hijrah sahrom,

hijrah,
sama ada pergi atau datang,
membawa maksud yang sama,
berubah kepada yang lebih baik,
atau sebaliknya...

ahmad humairi December 7, 2010 at 12:38 AM  

salam maal-hijrah kembali rozali,

hari ini,
umur kita di dunia ini,
telah dikurangkan sehari lagi!

ahmad humairi December 7, 2010 at 12:39 AM  

salam maal-hijrah naman,

semoga panjang umur, murah rezeki...

ahmad humairi December 7, 2010 at 12:41 AM  

w/salam irtiyah,

...begitulah hendaknya. Kita makhluk yang lemah sentiasa berharap kepada Allah.

ahmad humairi December 7, 2010 at 12:43 AM  

w/salam zulkbo,

insyaAllah,
moga bertambah baik hendaknya..

ahmad humairi December 7, 2010 at 12:44 AM  

w/salam aby,

....back to the future...
moga bertambah maju dan makmur.

ahmad humairi December 7, 2010 at 12:51 AM  

w/salam aa,

ya Allah!
sejahterakanlah seluruh umat islam di maal hijrah ini khusus buat insan yan bernama akiaazuan.....amin

ibuintan December 7, 2010 at 1:07 AM  

salam maal hijrah cikgu.. semoga terus diberi kesihatan yang baik olehNya

ahmad humairi December 7, 2010 at 3:00 AM  

w/salam ibuintan,

insyaAllah, terima kasih

Temuk December 9, 2010 at 2:06 AM  

Salam Cikgu Humairi
Sama-sama kita melalui hari-hari 1432H, dan hari-hari seterusnya yang diizinkan oleh-Nya. Pilunya hati, apabila muncul 1 Muharam tahun baru, bererti semakin dekatlah hari penghijrahan ke alam sana.

ahmad humairi December 9, 2010 at 8:17 PM  

w/salam Temuk,

memang memilukan, namun keyakinan kepada keadilan rabbuljalil dapat mengubat hati nan sayu...salam maal-hijrah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP