MUTIARA KATA HARI INI

Friday, September 17, 2010

SELAMAT MAJU JAYA DALAM UPSR 2010


Sebagai ibubapa, kita juga sama-sama berjihad seiring dengan anak kita ketika menghadapi peperiksaan. Kita sebagai ibubapa juga "tension" dan gemuruh. Sempena menjelang peperiksaan UPSR pada 21, 22 dan 23 September ini izinkan saya berkongsi beberapa "tips" dan panduan yang telah dikumpul dari ceramah dan artikel internet, lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak dapat bersama anak-anak kita semasa mereka bertarung untuk menghadapi peperiksaan.

1. BERTENANG - Jangan biarkan anak-anak melihat betapa risaunya anda. Keadaan ini akan menambahkan tekanan mereka.

2. MAKANAN - Pastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat dan makan vitamin supaya kesihatan mereka dapat dimantapkan. Bekalkan mereka dengan kismis dan kurma apabila pulang ke sekolah. Kismis dan kurma adalah makanan yang sungguh banyak khasiatnya dan merupakan sunnah nabi.

3. MINUMAN - Bekalkan mereka dengan susu dalam kotak apabila pulang ke sekolah. Jika tidak dapat berbuat demikian, cuba berikan mereka wang untuk membelinya di sekolah. Elakkan daripada minum minuman berkarbonat.

4. PERCAKAPAN - Jagalah pertuturan kita dengan mereka. Gunakan ayat-ayat positif dan elakkan ayat-ayat negatif, contohnya, "Jangan buang masa", "Jangan tidur lewat", "Jangan banyak bermain", sebaliknya ucapkanlah "Manfaatkanlah masa kamu dengan baik", Tidurlah secukupnya", Gunakanlah masa untuk berbincang dengan kawan tentang pelajaran".

5. TEKANAN - Kita seharusnya memahami bahawa mereka sedang berasa tertekan. Jangan menambahkan tekanan ini dengan memaksa mereka membuat lebih banyak kerja. Biarlah mereka merehatkan otak mereka seketika. Bawa mereka berjalan, beriadah dan hiburkan hati mereka.

6. BERSUKAN - Mungkin ada di kalangan anak kita yang gemar bersukan. Biarlah mereka bersukan asalkan tidak melampau hinggakan terlalu penat untuk belajar. Keselamatan juga haruslah dijaga.

7. KESIHATAN GIGI DAN MATA - Gunakan masa cuti untuk membuat pemeriksaan gigi agar tiada gangguan seperti sakit gigi ketika menghadapi peperiksaan. Bagi yang memakai cermin mata, pastikan cermin mata mereka dalam keadaan yang baik.

8. KEYAKINAN DIRI - Pastikan anda memantapkan keyakinan diri anak-anak supaya mereka berasa yakin dengan diri sendiri. Jika keyakinan diri mereka goyah, ini akan menjejaskan prestasi mereka.

9. DOA - Sentiasa berdoa untuk anak-anak dan pastikan mereka tahu yang bahawa betapa prihatinnya anda. Kita doakan untuk mereka supaya mereka berasa libih dekat pada kita dan lebih yakin.

10. SOLAT HAJAT - Bagi yang beragama Islam, lakukan solat hajat samada bersama anak atau keluarga ataupun bersendirian. (Sempena Ramadan, ambillah peluang keemasaan).

11. AIR YASSIN - Bagi yang beragama Islam, bekalkan air yaassin yang mana kita telah berdoa untuk anak kita.

BACA YAA-SIN DAN SURAH AL BAQARAH bagi yang beragama Islam. Baca YAASIN dan surah AL BAQARAH ketika kita tahu bahawa anak kita sedang berada di dalam dewan peperiksaan. Sekiranya tidak berpeluang membaca, pasangkan CD atau Kaset.

Semoga berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah.

28 comments:

sonata anak kancil September 17, 2010 at 6:33 AM  

semoga semua anak didik cikgu beroleh kejayaan yang cemerlang

Anonymous,  September 17, 2010 at 9:30 AM  

Aslmkm Cikgu.
Semoga berjaya dengan baik. Amin.
Kak G turut doakan untuk kebaikan anak bangsa.

atuk September 17, 2010 at 9:30 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

terima kasih atas tip2 tu

anak saya akan menduduki PMR tahun ni

Wassalam

Abd Razak September 17, 2010 at 1:58 PM  

Salam...

Pastinya di sekolah cikgu ramai yang akan menduduki peperiksaan ini.

Semoga Allah bekalkan mereka semua kekuatan dan dipermudahkan dalam peperiksaan. Moga mereka semua mendapat kelulusan yang cemerlang.

hentian September 17, 2010 at 2:59 PM  

IM dah jauh tinggalkan musim-musim periksa camni.

cuma menekan gear 6 memacu masa depan anak yang semakin dewasa...

penjejak maya September 17, 2010 at 5:28 PM  

salam,

Bulan syawal bulan raya,
Budak UPSR moga berjaya..

sahromnasrudin September 17, 2010 at 5:55 PM  

salam..semoga anak murid cikgu dpt keputusan cemerlang dlm UPSR dan berjaya memasuki MRSM a.k.a SBP..jgn lupe baca surah al-insyirah di 4 ayat terakhir....

ahmad humairi September 17, 2010 at 6:36 PM  

sonata,

kita sama-sama mengharap kejayaan anak-anak didik kita...insyaAllah.

ahmad humairi September 17, 2010 at 6:37 PM  

w/salam Kak G,

Terima kasih atas doa Kak G itu. Tentu sibuk melayan tetamu hujung minggu ini...open hause?

ahmad humairi September 17, 2010 at 6:38 PM  

w/salam Abd Razak,

Terima kasih atas doamu juga...moga Allah perkenankan.

ahmad humairi September 17, 2010 at 6:40 PM  

w/salam Rozali,

Bacakanlah surah yasin dal Al baqarah itu ketika anak sedang 'bertarung' di dewan peperiksaan...mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita.

ahmad humairi September 17, 2010 at 6:42 PM  

w/salam IM,

walau jauh meninggalkan 'periksa'...kita sering diuji Allah perbagai perkara...moga tabah menghadapinya.

ahmad humairi September 17, 2010 at 6:44 PM  

w/salam PM,

Bulan Syawal bulan mulia,
Budak periksa rasa bahgia,
Sejak awal sudah sedia,
InsyaAllah berjaya.

ahmad humairi September 17, 2010 at 6:45 PM  

w/salam Sahrom,

Terima kasih atas penambahan tip tersebut...mudah-mudahan Allah permudahkan semua urusan kita.

Maiyah September 18, 2010 at 3:26 AM  

trm ksh.. insyaallah yg x betul diperbetulkan

al-lavendari September 18, 2010 at 3:36 AM  

salam.

satu panduan dan pesanan yang sangat baik dan berguna.

tapi saya komen yang no. 5 tu .. saya tengok anak saya tu relaks saja, emak dia pula yang tension lebih2.

ahmad humairi September 18, 2010 at 5:14 AM  

terima kasih maiyah,

...lama lagikot anak masuk pekse..

ahmad humairi September 18, 2010 at 5:17 AM  

w/salam AL,

Begitu jugakla tensionnya kami para guru...tapi anak-anak murid relek semacam je....buat program macam-macam, mereka datang tapi main-main pulak...tensen, tensen...sabojela.

sha September 18, 2010 at 8:18 AM  

salam..

kali pertama saya ke sini...WOW!!...

ustaz eds September 18, 2010 at 4:05 PM  

salam cikgu...
Teman pun turut berdebar ni...moga berjaya la anak Teman dan calon upsr seluruh Malaysia
Terima kasih kerana berkongsi tips yang sangat bermanfaat...

aby September 18, 2010 at 4:29 PM  

salam ziarah cikgu,
di harap adik2 kite akan menjawab dgn baik semasa upsr ni ..
anak saye yg ketiga .. thn dpn baru nk uPSR.
apepun satu tips yg menarik.
boleh diguna pakai utk anak saye yg nk SPM thn ni nanti

ahmad humairi September 18, 2010 at 7:26 PM  

w/salam sha,

moga sentiasa ada masa untuk terus berkunjung ke sini, terima kasih sha.

ahmad humairi September 18, 2010 at 7:27 PM  

w/salam ustaz,

insyaAllah ustaz...anak mike hebat, x perlu tension!!

ahmad humairi September 18, 2010 at 7:28 PM  

w/salam aby,

moga terus dapat dimanfaatkan, terima kasih atas kunjungan.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o September 18, 2010 at 9:16 PM  

jangan risau gagal boleh sambung sekolah gak...salam raya...

ahmad humairi September 18, 2010 at 9:54 PM  

salam raya kembali brutalsolo,


gagal tu taklah dirisaukan sangat....taapi nak mencapai kecemerlangan tu yang tension tuuu...

Hjh Noralenna Abbas September 19, 2010 at 2:20 AM  

Salam CG Ahmad Humairi
Yang pentingnya ada peningkatan keputusan cemerlang, InsyaAllah. Boleh makan besar lagi.

ahmad humairi September 19, 2010 at 8:11 PM  

w/salam Kak Nora,

Benar Kak Nora, peningkatan itulah yang dicari...makan besar...no problem.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP