MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, October 17, 2010

MENARA 100 TINGKAT


"Satu lagi projek bersepadu yang dijangka akan menelan RM5 billion bakal siap pada tahun 2020. Menara 100 tingkat itu dikenali sebagai Warisan Merdeka yang dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd akan menjadi mercu tanda negara Malaysia.

Pencakar langit itu bakal menjadi menara tertinggi di negara ini dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015."

Bangganya aku.

Bah di bumi. Sebu di udara. Warga asing membanjir. Bukan semuanya mahu bekerja. Ramai yang nak survive untuk kelangsungan hidup. Itu yang merompak, menyamun, membunuh. Bukan datang nak bina menara tu je.

Apa kata tukar je bajet tu bagi bonus lebat sket? Atau kedua-duanya sekali?

26 comments:

yangbaik October 17, 2010 at 8:09 PM  

salam,
bukan menolak kemajuan, sekadar menulis juga bukan kerana nama, untuk apa menara beratus tingkat andai adat dan budaya dipinggirkan, tercampak jauh nun dalam tong sampah atau lombong tinggalan... sekian dari aku yang menulis...

ahmad humairi October 17, 2010 at 8:12 PM  

w/salam YB,

ini polis kena kerja lebih sikit. Tangkap. Pastu leh kata Malaysia negara selamat...

ainhany October 17, 2010 at 8:32 PM  

salam cikgu,

Tahniah...Malaysia setapak lagi di puncak dunia..!! Gah dgn yang ter....(yg sengaja direka/cipta)

Sejauhmana pembangunan material seimbang dgn pembangunan rohani?? Duhai guru..peranan mu makin mncabar dlm mendidik ..
Muga MALYSIAku selamat rakyatnya bahagia..Amin

ahmad humairi October 17, 2010 at 8:40 PM  

w/salam ainhany,

FPN (Falsafah Pendidikan Negara) jelas menyatakan keseimbangan itu.

Kakcik Seroja October 17, 2010 at 8:47 PM  

Salam Myri...

Teman nengok kat Kelumpo ni banyok lagi bangunan2 tinggi yang masih kosong :(

ahmad humairi October 17, 2010 at 8:51 PM  

w/salam Kakcik,

tu yang teman heran sket tu. Yo le penuh dulu erak? baru buat yang len pulak....ntahla.

MOH KEMBARA October 17, 2010 at 8:56 PM  

Salam Cikgu, pe kabor? Teman jumpa blog ni melalui blog KakCik glamer. Nak komen sikit buleh? Hmmm buat projek mega kan banyak masyuuuk. Kalau 5bil tu, koman2 buleh dpt ratusan ribu Rm kalau tak juta-jutaan pun. Sudi ziarah blog saya. Terima kasih.

ahmad humairi October 17, 2010 at 9:01 PM  

w/salam moh kembara,

Otak bisness memang nampak bilion-bilion tuu....saya tumpang bahagia mengutip keladak-keladak rahmat tu.

Saya ke sana. Terima kasih sudi singgah.

Abd Razak October 17, 2010 at 9:18 PM  

Salam...

Membina akhlak manusia lebih baik daripada membina bangunan mencakar langit yang tidak mendatangkan apa-apa makna...

sahromnasrudin October 17, 2010 at 9:18 PM  

sungguh dikau amat tinggi..
silau panahan mataku memandang..
tetapi, kau dibina untuk tatapan orang asing..
bukan untuk aku yang membeli tiketnya pun tak mampu...
apatah lagi menyewa sebuah bilik hotel disebelahmu..
jauh sekali menikmati makanan di restoran putaranmu..huhuhuh

ahmad humairi October 17, 2010 at 9:22 PM  

w/salam Abd Razak,

Setuju. Jangan gadaikan akhlak demi pembangunan. Bangunkan keduanya secara seimbang.

ahmad humairi October 17, 2010 at 9:25 PM  

sahrom,

setinggi manapun,
engkau tetap dipandang,
walau belum terhidang.

Unknown October 17, 2010 at 10:36 PM  

SALAM,
TAK MAHU KOMEN TAPI NAK TANYA : PERLU KE PROJEK MEGA SEPERTI INI? PERLU KE MERCU TANDA BARU UNTUK NEGARA INI ?

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE October 17, 2010 at 10:52 PM  

Salam.

MasyaAllah, byknya projek bangunan tnggi2 kat negara kita ni.Tak tau nak komen mcmna, cuma ana rasa ia sgt membazir.

Smoga pembangunan agama, akhlak serta rohani kita dibina lebih tggi drp pembinaan bngunan2 yg sdia ada.

اللّهُمَّ لا عِيْشَ إلاّ عِيْشَ الآخِرَة

Ya Allah, tidak ada kehidupan yg sebenar/lebih baik, melainkan kehidupan di akhirat.

(doa ni dibaca ketika melihat apa2 shj yg dirasakan (pada mata kasar & hati kita) hebat @ mewah dgn perkara2 di dunia supaya kita tak terkesan dgn kehebatan2 tersebut, insyaAllah).

sitinaminah02 October 17, 2010 at 11:06 PM  

guna duit tu untuk benda lain. dah cukup dgn mercu tanda yang sedia ada.

ahmad humairi October 18, 2010 at 3:31 AM  

w/salam LF,

laksanakannya dengan mengambilkira keseimbangan dari segi rohani dan jasmani, pasti BOLEH!

ahmad humairi October 18, 2010 at 3:37 AM  

w/salam aa,

Terima kasih atas titipan doa itu. Ayuh kita doa bersama :


اللّهُمَّ لا عِيْشَ إلاّ عِيْشَ الآخِرَة


...mudah-mudahan apa yang kita laksanakan di dunia menjurus kepada kebaikan hidup di akhirat, insyaAllah.

ahmad humairi October 18, 2010 at 3:38 AM  

gadis comel,

...ada lagi duitnya...kita mintak lagi dan lagiiii.

white rose October 18, 2010 at 3:46 AM  

salam...

lagi banyak bangunan, lagi banyak masalah...

lagi tggi bangunan, lagi tinggi masalah...

sape jadi mangsa???

cikgu humairi? atau saya? atau ANDA...


balik tido, bangun pastu baru jawab soalan tu...

hahaha...

kiwi October 18, 2010 at 5:24 AM  

salam..
npe nk bgunan tggi2..
huhu...x phm..

ahmad humairi October 18, 2010 at 6:57 AM  

w/salam white rose,

banyak....masalah,
sikit.....masalah,
tinggi....masalah,
rendah....masalah,

...nak makanpun, masalah!!!
sebab kita fikirkan masalah.

fikirkan penyelesaiam masalah itu..

ahmad humairi October 18, 2010 at 6:58 AM  

w/salam kiwi,

bila tinggi - jau pandangan..

aby October 18, 2010 at 9:21 AM  

malaysia boleh ..

agak nye bangunan tu berbentuk 1 kot,
utk 1 malaysia.

tk pun berbentuk R sebagai mane menara kembar Petronas tu berbentuk H ( hasmah ) he..he..

ahmad humairi October 18, 2010 at 4:50 PM  

aby,

..pasti BOLEH!

Pandai anda mengagak. Boleh teruskan aje pandangan itu ke pihak PM...semua pandangan dipertimbangkan sebaiknya.

zulkbo October 18, 2010 at 6:58 PM  

salam cikgu..
pada saya perbaiki
prasarana yang sedia
ada lagi baik dengan
duit yang ada..


New Entry at www.zulkbo.com
cara-upload-gambar-guna-hosting-selain-blogger

ahmad humairi October 18, 2010 at 7:22 PM  

w/salam zulkbo,

betul, betul...kita perbaiki dulu...Ada lebih kita buat!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP