MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, May 26, 2011

KEMBANG


kembang
dia datang
tak mahu pulang
walau tak diundang
berbulu hitam tanpa belang
laksana harimau kumbang
buat nen terbang
melayang
hilang




terkadang
kaki bersilang
bila mula meradang
sambil pandang-pandang
marah anak di padang
dirayu pulang
pulanglah sayang


terkadang
waktu petang
tidur terlentang
siling dipandang
fikiran melayang
menerawang


anak dibelai sayang
membersihkan sesawang
dibawa dari bendang
yang ditandang
di kandang

hati jadi senang
walau berang
keletah kembang
buat jiwa tenang

selamat bercuti. cuti-cuti ni mengupdate blog jadi jarang-jarang

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, May 24, 2011

SAYONARA

Tirai MSSM 2011 telah berlabuh dengan rasminya semalam. Olahragawan dan olahragawati kejohanan telah dinobatkan kepada :




Pungutan pingat adalah seperti berikut :

Tahniah kepada semua pemenang.

Jumpa lagi pada Tahun 2012.

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, May 20, 2011

MISI BERJAYA DILAKSANAKAN

10 ribu cahaya perpaduan 1Malaysia beransur-ansur menerangi Stadium Perak.



Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Atas Ucapan



Moga aku kan lebih tabah, insyaAllah.

Klik pautan ini jika ingin turut merasakan kemeriahannya.



atau kat sini : facebook sksg

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, May 11, 2011

10 RIBU CAHAYA PERPADUAN 1MALAYSIA







KEDAP SK Sungai Galah komited untuk menjayakan acara Perasmian MSSM pada 20 Mei 2011 dalam 10 RIBU 'CAHAYA PERPADUAN 1MALAYSIA', yang bakal menerangi Stadium Perak serta mencatat sejarah dalam THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS.

"PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN"

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, May 9, 2011

Lagu Thema Hari Guru 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia... Satu Malaysia

Lagu & Lirik : Rosman Adam

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, May 6, 2011

Sabtu


Malam ini malam Sabtu,
Malam besok malam Ahad;
Rupa yang tujuh menjadi satu,
Inilah jalan jalan makrifat.


Hari ini hari Sabtu,
Besok hari Ahad;
Pergi sembahyang lima waktu,

Baharu nabi mengaku umat.



jangan berbelog sampai lalai
selamat hari ibu buat ibuku
juga buat ibu anak-anakku

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, May 3, 2011

Rumahku Syurgaku

Biarlah salah di mata mereka
Rumah saya
Suka hati sayalah

Saya pernah dengar
Orang kata
Rumah saya macam hutan
Terpaksalah saya kurangkan hutannya

Orang kata rumah saya macam zoo
banyak binatang
Maksud mereka saya bela nyamuk
Ermmm.....biar nyamuk gigit mereka.



Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk.

Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah.

Hendak berumah berumah pula, Rumah saya di tengah huma; Hendak bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua.

Kudedikasikan alunan bangsi ini untuk Shahromnasrudin sempena kembalinya beliau melayang minda.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, May 1, 2011

Rambut Bapa Saya


Boss saya bapa saya cikgu saya
kawan-kawan kata mirip saya
rindu pada bapa..dah 21 tahun pemergiannya, namun sentiasa bersama


Rambut bapa saya sudah berpindah ke kepala saya sendiri.

Wajah terkini saya. Ermmm...nak luruh rupanya hari. Tidak pernah bergelombang tujuh. Inilah tua rupanya saya. Tidak pernah mumbang tumbuh.

Saya naik kuda yang talinya di buat dari sabut. Berkedekuk-kedekuk jauhnya sampailah ke bendang. Dulu, masa saya muda semua berebut. Kini saya dah tua hanya pandang-pandang, rasanya tak pandang.

Kata bidalan, dari cempedak baik lagi nangka. Katanya lagi, nangka tu panjang tangkainya. Hmmmmph.....dari budak baikle lagi orang tua. Orang tua (kebanyakannya) panjang akalnya.

Terima kasih cikgu. Sentiasa kukirim pahala buatmu.

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP