MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, October 21, 2010

DUNIA BARU HELICONIA

Keindahanmu kuabadikan. Walau sudah kering tak bercahya. Dan sementara, kubiarkan kau terus benar-benar kering agar spora-spora nakal tak mampu mencengkam kulitmu.

Tiada idea baru. Hanya meniru gaya sebenarmu. Kulahirkan kau semula. Dengan sentuhan semula Cat Pelaka. Di dunia baru. Di celahan tanduk sang rusa.


39 comments:

sahromnasrudin October 21, 2010 at 6:49 PM  

kau masih baik...kenapa harus kubuang..
kau masih jelita..kenapa harus stor tempatmu..
kau masih comel..kenapa lori sampah mengangkutmu..
lebih baik kau kusimpan dan kudamba..
kerana jasamu amat bernilai..
ketika kususah mahupun senang...

ahmad humairi October 21, 2010 at 6:50 PM  

Kakcik,

erm...rasa sayang untuk membuangnya begitu sahaja.

ahmad humairi October 21, 2010 at 6:51 PM  

sahrom,

pun begitu,
salah juga di sesetengah mata yang memandang,
Biarlah salah di mata mereka...

Abd Razak October 21, 2010 at 6:54 PM  

Salam...

Kita tidak mendengar tangisannya..

yangbaik October 21, 2010 at 7:00 PM  

sejak bila pula heliconia hidup menumpang
kasihan padamu wahai heliconia

ahmad humairi October 21, 2010 at 7:18 PM  

w/salam Abd Razak,

Dengar-dengarkanlah....pasti boleh!

ahmad humairi October 21, 2010 at 7:20 PM  

YB,

Sejak merahnya bertukar cokelat, sejak kuningnya bertukar cokelat,
sejak hijaunya bertukar cokelat....
dan berpindahlah ia dari tempat asalnya.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE October 21, 2010 at 8:35 PM  

salam..

menumpang pun menumpang lah ye, jnji ada yg simpati & tak nyusahkan tuan rmh...dduk elok2 takpa, nnti tuan rmh pun makin syg.heee..

zulkbo October 21, 2010 at 9:03 PM  

salam cikgu..
kreatif pada perbuatan seperti
indahnya puisi yang di luahkan..


New Entry "Hikmah Dalam Wuduk"

white rose October 21, 2010 at 11:09 PM  

salam...
fuyoooh...

rajin wooo ngecat pasu...

nak mujuk di pokok supaya segar bugar laaa ye...

kalo gitu, tolong ngecatkan umah sy pulak...

yeeeeeehaaaaaaaaaa...

ahmad humairi October 22, 2010 at 2:38 AM  

w/salam aa,

menumpang dan tidak merosakkan yang ditumpang...tidaklah mengapa.

ahmad humairi October 22, 2010 at 2:41 AM  

w/salam zulkbo,

segalanya sudah berada didepan mata, saya cuma 'touch' sikit-sikit je...membuang yang tidak perlu serta menokok tambah sikit-sikit lagi supaya saya rasa syok sendiri!

ahmad humairi October 22, 2010 at 2:45 AM  

w/salam white rose,

harap ko pun syok jugak,

syyyhhhh!!!!!
janganle kabo aku ngecat pasu...kang x pasai-pasai sumenye nak khidmat aku, matile aku!!!

cat umah ko....boleh je...aku simbah-simbah...cepat je siapnye hehe..jangan mara.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o October 22, 2010 at 4:06 AM  

BANYAK IDEA ... KALAU AKU SAH SAH MASUK STORE

atuk October 22, 2010 at 5:37 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

bersyukurnya helicinia
kerana perkhidmatannya masih diperlukan

Wassalam

kiwi October 22, 2010 at 7:11 AM  

salam cikgu
cntik..pokok tnduk rusa kn..?

aby October 22, 2010 at 8:57 AM  

adus ,,
bunge lg ..
depavali ni aby nak balik keumah aby kt utara nuh .. nak trim bonsai2 yg pasti dah merimba kt taman umah tuh .. bonsai yg perdunye 2 kali peha aby aby .. peminat bonsai ..

hentian October 22, 2010 at 8:59 AM  

ibu_suri satu ketika suka beli pokok tanduk rusa ni dan gantung di depan rumah.

tak lama.... hilang!

ahmad humairi October 22, 2010 at 5:56 PM  

brutalsolo,

tiada idea baru, cuma olahan semula dari alami.

ahmad humairi October 22, 2010 at 5:57 PM  

w/salam Rozali,

...bersyukur atas segalanya.

ahmad humairi October 22, 2010 at 5:58 PM  

kiwi,

anda mendapat markah penuh - jawapan anda tepat!, tahniah!!!

ahmad humairi October 22, 2010 at 5:59 PM  

aby,

kemahiran berbonzai anda yangtida ada pada saya...ayuh kongsikan bersama....saya nak belajar dari anda.

ahmad humairi October 22, 2010 at 6:01 PM  

IM,

Si pencuri pasti akan dihukum, bolehkan ibu_suri memaafkannya?

ummu October 22, 2010 at 11:25 PM  

kreatif
unik
tersendiri
syabas cikgu

Admin P@P October 23, 2010 at 1:20 AM  

Salam.
Cikgu yang kreatif dan innovatif.
TQ

piewahid October 23, 2010 at 3:22 AM  

sgt kreatif dan tahu menghargai...

Maiyah October 23, 2010 at 4:34 AM  

mak sy suka tanam bunga ni, sy lak suka tengok heheh:D

ahmad humairi October 23, 2010 at 5:49 AM  

ummu,

ummu pun boleh, tahniah juga buat ummu.

ahmad humairi October 23, 2010 at 5:51 AM  

w/salam Admin P@P,

Anda juga tidak kurang hebatnya.

ahmad humairi October 23, 2010 at 5:53 AM  

piewahid,

Jaga kesihatan....jangan jalan jauh-jauh.

ahmad humairi October 23, 2010 at 5:55 AM  

maiyah,

tengok, pastu sudi-sudikanlah, makasih.

Unknown October 23, 2010 at 9:44 AM  

SALAM CIKGU HUMAIRI,
POKOK INI CANTIK.INSYAALLAH, POKOK YANG BERAPA SIHAT BOLEH JADI SIHAT BILA DISAYANGI ! RASANYA POKOK JENIS INI PERLUKAN TEMPAT YANG TEDUH (TIDAK TERLALU TERDEDAH KPD CAHAYA MATAHARI) DAN KELEMBAPAN (SELALU DISIRAM AIR). KALAU TAK SILAP, NAMA POKOK INI TANDUK RUSA.

ustaz eds October 23, 2010 at 8:53 PM  

salam cikgu

kreatif dan kemahiran satu anugerah...tahniah, cantik... memang cantik..

ahmad humairi October 23, 2010 at 10:15 PM  

w/salam LF,

Pokok Tanduk Rusa - nama botaninya ialah Platycerium spp. Belum lagi mengeluarkan bunga dan saya tumpangkan bunga pisang lipan kering (helicinia) untuk lebih sedap mata memandang.

Pokok ini tidak boleh menerima kelembapan berlebihan. Tampuknya akan menjadi kehitaman dan membusuk jika terlebih disiram.

Ayuh sayangi pokok!

ahmad humairi October 23, 2010 at 10:17 PM  

w/salam,

Betul tu ustaz. Ukurang cantik sebenarnya agak subjektif. Cantik dimata kita, mungkin salah di mata mereka..

Anonymous,  October 24, 2010 at 10:47 AM  

Aslmkm Cikgu.
Hmmm ... ya memang kreatif! Kak G suker!
Cuma tak gemor sangat pokok si tanduk rusa tu ... rasa macam lambang tempat bergayut makhluk dihutan belantara! Terlebih imaginasi! :)
Tapi rumah Cikgu, suka hati Cikgu ler kan? :)

ahmad humairi October 24, 2010 at 4:41 PM  

waalaikumsalam Kak G,

ermmm...yalah Kak G.

Memang saya dah dengar..."buat apalah suasana macam ni...macam hutan, bela nyamuk je..."

Sekali lagi - biarlah salah di mata mereka kerana hakikat sebenar, kita yang rasainya - bukan mereka!

Admin P@P October 25, 2010 at 5:47 PM  

Assalamualaikm.
Semoga ceria dalam tugas seharian.
Sekadar ziarah.
TQ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP