MUTIARA KATA HARI INI

Monday, August 23, 2010

MENYAHUT SERUAN


AL FATIHAH

BELANGSUNGKAWA
MOHD TERMIZI TAHIR
RAKAN SEPASUKAN YANG KINI TELAH KEMBALI MENYAHUT SERUAN ILAHI.
KAMI AKAN MENYUSULIMU

24 comments:

yangbaik August 23, 2010 at 6:18 PM  

salam takziah.... kami juga pasti menyusul..

aliaazuan August 23, 2010 at 6:54 PM  

Salam.

Kita semua juga akan menyusul. Salam takziah & al-Fatihah utk arwah.

sahromnasrudin August 23, 2010 at 7:02 PM  

al-fatihah utk arwah..semoga ditempatkan di kalangan golongan yg beriman...

kakcik August 23, 2010 at 7:06 PM  

Innalillahhiwainnailaihirojiun. semoga rohnya aman di sana.

ahmad humairi August 23, 2010 at 7:20 PM  

yang baik,

Kalau pasang air di laut,
Mahukah kita kail gelama? Sampai hukum ajal dan maut,
Masih kuingat tika bersama?

ahmad humairi August 23, 2010 at 7:22 PM  

aa,

Kapal belayar kemudi dipaut,
Angin datang dari hutan; Walaupun datang ajal dan maut,
Pengalaman bersama tidak lupakan.

ahmad humairi August 23, 2010 at 7:23 PM  

sahrom,

Si kuyong burung pipit,
Terbang anak tiung lampai; Mentelah lama menaruh sakit,
Tegal dek ajal belum sampai.

ahmad humairi August 23, 2010 at 7:26 PM  

kakcik,

Ramai orang pergi mengaji,
Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya ada memungkiri janji,
Tanda ajal menjemput dulu.

Abd Razak August 23, 2010 at 8:10 PM  

Salam...

Semoga dia tenang di sana dalam rahmat Allah..

Kita bakal menyusulinya..

ahmad humairi August 23, 2010 at 9:22 PM  

w/salam Abd Razak,

Anak Yu mati terlentang,
Mati tertikan duri semilang,
Pilu hati bukan kepalang,
Satu, satu kawan mula menghilang.

ustaz eds August 24, 2010 at 12:45 AM  

saalam cikgu myri

al-fatihah...kita pun dalam penantian, bilakah agaknya...
hanya amalan yang menjadi persedian untuk menyahut seruanNYA itu..

penjejak maya August 24, 2010 at 1:05 AM  

salam,

yang hidup pasti akan kembali kepada Penciptanya..

al-fatihah utk allahyarham Mohd Termizi Tahir..

maiyah August 24, 2010 at 4:01 AM  

Al fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat..

ahmad humairi August 24, 2010 at 4:10 AM  

ustaz,

Bunga melati di tengah padang,
Mari dikutip si anak cina,
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.

ahmad humairi August 24, 2010 at 4:13 AM  

PM,

Burung tiung beranak tunggal,
Hinggap mari di atas bumbung,
Bila bapa sudah meninggal,
Di manalah tempat hendak bergantung.

ahmad humairi August 24, 2010 at 4:15 AM  

Maiyah,

Telur merpati telur tunggal,
Menetas anak turun ke paya,
Bila bapa sudah meninggal,
Di manalah tempat hendak bermanja.

piewahid August 24, 2010 at 6:04 PM  

innalillahi wainna ilahi rooji'uun.

semoga arwah ditempatkan di sisi orang2 yg beriman.

dlm usia usia sekarang, sebenarnya dh makn ramai kengkawan yg 'pergi' dulu. kita cuma menunggu panggilan masing2 dgn bekalan diri yg serba kekurangan.

ahmad humairi August 25, 2010 at 5:39 PM  

piewahid,

kengkawan yang telah pernah,
bagai amaran siap siaga,
putih tulang dikandung tanah,
budi baik dikenang juga.

Temuk August 26, 2010 at 7:14 AM  

Salam Cikgu Humairi
Turut bersedih di atas kembalinya ke rahmatullah rakan cikgu itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Bila lihat ramai rakan seangkatan, malah yg lebih muda, telah dijemput-Nya, insya Allah akan lebih redhalah kita bila jemputan itu tiba utk kita. Sementara itu, sama-samalah kita meneruskan perjuangan, demi DIA yang kita sanjung.

ahmad humairi August 27, 2010 at 5:09 PM  

salam kembali Abang Temuk,

budak-budak di atas jambatan,
buang batu di dalam kolah,
terima kasih atas ingatan,
tiada yang kekal melainkan Allah.

luahfikiran August 28, 2010 at 5:32 PM  

Salam,
Kita semua kan kembali kepadaNYA. Sahabat kita ini mendahului kita. Bacaan Al Fatihah untuk beliau. Semoga Allah swt meletakkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

ahmad humairi August 28, 2010 at 6:58 PM  

salam,

berakit-rakit ke hulu lata,
berenang, berengang ke tepian
sahabat ini mendahului kita,
kita pula kan menyusul kemudian,

MiaZarra July 22, 2012 at 10:09 PM  

Ya allah.bru jmp blog
ni. innalillahi wainna ilahi rooji'uun.arwah pnh mgajar sy tahun 1986 di sarawak.baru igt nak jejak kasih.takziah utk keluarga arwah.

MiaZarra July 22, 2012 at 10:15 PM  

Ya allah.bru jmp blog
ni. innalillahi wainna ilahi rooji'uun.arwah pnh mgajar sy tahun 1986 di sarawak.baru igt nak jejak kasih.takziah utk keluarga arwah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP