Selamat Bersara Tuan Haji Mokhtar bin Mat Dris, AMN, PPD Perak Tengah.
Banyak ubi perkara ubi,
Ubi Daik saya tanamkan,
Banyak budi perkara budi,
Budi baikmu saya kenangkan.
Banyak duri perkara duri,
Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
Tidak sama budimu seorang.
Pulau Daik banyak kelapa,
Pulau Karimon banyak pegaga;
Budi baikmu payah dilupa,
Beribu tahun dikenang juga.
Selamat bersara Tuan Haji Mokhtar bin Mat Dris,
Allah selamatkan Tuan.
Banyak budi perkara budi,
Budi baikmu saya kenangkan.
Banyak duri perkara duri,
Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
Tidak sama budimu seorang.
Pulau Daik banyak kelapa,
Pulau Karimon banyak pegaga;
Budi baikmu payah dilupa,
Beribu tahun dikenang juga.
Selamat bersara Tuan Haji Mokhtar bin Mat Dris,
Allah selamatkan Tuan.
17 comments:
Salam ziarah..selamat bersara utk tuan PPD..semoga penggantinya akan meneruskan legasi yang ditinggalkan serta melakukan beberapa perubahan yang selari dengan tuntutan semasa...
Anak kucing masuk hutan,
Berhenti pula di pokok rotan,
budi tuan sukar dilupakan,
sepanjang hayat jadi kenangan..
w/salam sahrom,
terima kasih atas pantun yang dikirim..
Cik Mamat Mengail Ikan,
Dapat Seekor Ikan Tenggiri,
Selamat Bersara Saya Ucapkan,
Panjang Umur Berjumpa Lagi.
...selamat maju jaya buat Tuan PPD Perak Tengah yang bersara...
dah bersara yer...
sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan saya makan
suruh pencen saya belum mahu
(tak cukup umur lagi... huhuhu)
...
YB,
...xnak pencen yea..
...makan nak yea....
...x cukup umo yea...
Salam cikgu..
Selamat bersara kepada Tuan Haji Mokhtar..
Guru bersara namamu 'guru'
Jasa baktimu tidak pernah diragu
Ketiadaanmu dikenang sedih terharu..
w/salam Abd Razak,
...moga Tuan PPD aman dan dapat berehat dengan tenang...insyaAllah.
ni nak kena pantun jugak ka?
hisshhh..
sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan sy makan,
suruh skolah sy tak mahu.
hehe.
dh pencen dh..sy gk yg x kje2 lg...
salam cikgu...
main2 tepi sawah,
sambil nangkap ikan keli,
tuan PPD berpencen sudah,
cikgu humairi bila lagi???
hahahaha...
bertuah adanya tuan PPD kita ni...
bijaksana & tegas orangnya...
sukar dijumpai...
gadis comel,
pantun femes tu...
kiwi,
tu yang ko tulih-tulih komen tu...
kira keje jugaklaa..
w/salam white rose,
aku dah sign 58 tahun - pencen...kalo ada offer sampai seratus tahun pun aku sign kot umo aku je tak sampai...
SALAM,
SELAMAT BERSARA KEPADA YANG BERKENAAN. TERINGAT SITUASI YANG LEBIH KURANG SAMA 6 TAHUN YG LALU. SAMPAI KETIKANYA, KITA BERUNDUR !
Aslmkm Cikgu.
:) Nostalgia majlis perpisahan!
Kepada tun/toh puan tan sri/puan datuk/datin tuan/paun,
Dalam ucapan penuh pujian & meleret senyuman,
Belakang jer, dah mula umpatan,
Jelas banyak tu hanya sekadar lakonan.
Perbezaannya ketara selepas kuasa tiada lagi di tangan,
Yang benar2 tulus, boleh dihitung jua jari tangan! :)
w/salam LF,
Benar...noktah itu akan sampai jua. Tika itu penuh pujian, penuh cenderamata di meja...serta penuh nostalgia.
w/salam Kak G,
Persaraan itu sungguh penuh nostalgia!
Senyuman nan tulus mulus merupakan doa, pengubat serta sedekah jariah.
Senyuman meleret membawa interpretasi berbeda...lebih kepada 'syok sendiri'.
Senyuman sinis - tentu sekali senyuman paksaan.
Itik Putih Di Padang Basai,
Luruh Bulu Baru Bertelur,
Jangan Tidak Ketahuan Pasai,
Senyum Dulu Baru Tegur.
Senyum sokmo!
Walaupun bersara seorang CIKGU tetap CIKGU
Post a Comment