MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, March 10, 2012

JELAGA


Jelaga.

Juga sinonim kepada MB Perak.
Jelaga dan jegela. Dua-dua ada. Namun janganlah membuat perbandingan secara total.

Sepertinya perbandingan ini.
Lembu makan. Kita pun makan.
Jadi. Kita samalah seperti lembu.

Dalam jegela ada jelaga.
Tanpaku duga lilin menjadi bara.
Gurauanku menjadi dilema prasangka.

21 comments:

ZaridaIshak March 10, 2012 at 4:49 AM  

jelaga !!! biarkan jangan panjang berjela udah... nanti jemu :)

sonata anak kancil March 10, 2012 at 4:04 PM  

saya tahu makna jelaga je...jegela tak tau...lama tak bersua...selamat bercuti - cuti2 pun sibuk jugak!

ahmad humairi March 10, 2012 at 5:03 PM  

YB,

Jelaga panjang berjela? Camne tu??
Jegela kot???

ahmad humairi March 10, 2012 at 5:05 PM  

Sonata,

Selamat bercuti-cuti Malaysia...
Kamus Dewan ada...rajin-rajinlah klik kat pautan yang saya sediakan kat sebelah tuuu..

atuk March 10, 2012 at 8:30 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

masa kecik2 dulu
selalu hidung kena jelaga
sebab pakai pelita minyak gas

ahmad humairi March 10, 2012 at 8:57 PM  

w/salam atuk PHD,

aje yang ye.....itam lubang idung!, sesawang kat siling tu pun abih berjelaga!!!

ibuintan March 11, 2012 at 6:12 AM  

slamat bercuti cikgu..

ada yg terasa ke!

Temuk March 11, 2012 at 7:15 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi
Elok kita bersempadan, dalam membuat perbandingan, atau pun persamaan. Bimbangkan, mengata dulang paku serpih. Entah-entah kokok saja berderai-derai, ekor bergelumang baja, hehehe.

sahromnasrudin March 13, 2012 at 6:39 PM  

assalamualaikum cikgu...

selamat bercuti ya...rehatkan minda tenangkan fikiran

ahmad humairi March 14, 2012 at 3:36 AM  

Ibuintan,

Selamat bercuti jua.....tapi x cuti sebenarnya....stop sementara jadual waktu tu...jadual lain menunggu..huuu

ahmad humairi March 14, 2012 at 3:43 AM  

w/salam Abang Temuk,

Sempadan memang diperlukan. Begitu juga yang pada yang 'tak elok' sebenarnya mendatangkan manfaat buat yang lain...baja itu umpamanya.

Biarlah kita berkokok :

Ada satu anak Limbungan,
Hari-hari main perahu,
Sungguhpun Jalak ayam sabungan,
Kokok Si Jalak serba tahu.

ahmad humairi March 14, 2012 at 3:44 AM  

w/salam Sahrom,

Rehat saya bila tidur je.....
Alhamdulillah, saya tidak payah tidur.

MOH KEMBARA March 14, 2012 at 7:13 AM  

Assalamualaikum Cikgu,

Bior jelage, jangan melaga-laga. Ater udah soyat ke ujan sana Cikgu, sampa banjir teman dengor!

Mak Wardah March 15, 2012 at 8:57 PM  

n3 bermakna yang amat mendalam maksudnya

ahmad humairi March 17, 2012 at 11:20 PM  

w/salam yong mohkembara,

ujan kejap-kejap,
banjir kilat jer....

...uihhh, penohle kilat kat atah jalan tuh! hehe

Kak Amy March 19, 2012 at 7:38 PM  

perghhh!! maksud mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat yang sangat mendalam...

Mak Wardah March 20, 2012 at 2:26 AM  

Cikgu, salam. Saya tak mampu mebuat puisi, kalau saya buat nanti lain jadinya.

ahmad humairi April 4, 2012 at 8:45 PM  

Maaf kerana lama tak menyapa...

Amy,
xdelah...mudah aje memahaminya.

Mak wadah,
buatje.....bila dah jadi lain, jadi lebih seronok, x caya buatlah!

mohamadazahan,
sajeje cikgu ni buat-buat x tahu...hehe

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE April 5, 2012 at 1:09 AM  

Salam, kalau takmau kena jelaga kena la duduk jauh2. Tp kita perlukn cahaya. Cmne tu ye?

ahmad humairi April 5, 2012 at 8:23 PM  

Aliaazuan,

Macam bulan tu....mengongsi cahaya matahari untuk menerangi malam nan gelita.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP