JULAI - Bulan Menggambar Semula.
Langit tidak pernah menyimpan rahsia. Apa yang nampak itulah juga yang mahu langit beri. Ketika itu langit sepertinya mahu memberi hujan. Ia kelihatan hitam. Berarak lalu. Aku membuang pandang menerusi jendela. Dalam kotak tempat berlindung. Yang sering disinggahi kucing-kucing kencing.
Julai datang lagi. Bulan menggambar semula. Peristiwa silam. Terasa segar bugar dipeluk utusan doa di celahan awan. Awan-awan perak berarak seragam. Tidak sia-sia mereka berlatih. Melintas harmoni seiring alunan bayu mesra. Awan hitam yang turut serta dalam perarakan berarak perlahan. Tetap tidak mahu ketinggalan mewarnakan langit. Gerimis. Kini sudah menjadi rintik-rintik. Sempat menjentik rasa gusar di hati. Risau yang dia akan jatuh demam, dengan segera dia mandi. Dia tidak pasti sumber dan alasan saintifik apa sekiranya sudah terkena hujan, perlu segera mandi. Dia kembali ke arena. Kain baju yang dicuci berkali-kali dibilas. Laluan air terakhir diwajibkan ke atas semua pakaian yang dicucinya. Kini bergerak ke ampaian. Setiap garisan ampaian dibilasnya juga. Ahhhh....ada tahi burung bentaknya apabila disedari ada mata kehairanan memerhatikan tingkahnya. Memang aku pelik. Teramat pelik kerana tiada kotoran yang terlihat di situ. Rupanya aku ditarbiah bab-bab kebersihan. Aku dididik sedemikian rupa walau aku tidak dipaksa melakukan sepertinya. La, la, la, la, la....bergetar peti suara. Merayakan hari ini. Hm, hm, hm....sambil berharap agar hari-hari yang ditempuh dapat menangkis pintasan awan hitam. Pelukan doa tiada noktah. Sunyi, penuh bermakna. Doa dirungkai atas nama Tuhan yang mencipta awan. Noktah itu semakin menjelma.
24 comments:
Setiap awal, ada akhirnya...
Benar Kakcik....dan setiap yang berakhir, kan bermula episod baru!
Cikgu, sbnrnya sy rindu dgn tulisan cikgu yg puitis ni. Heee~ Ingatkan dah lupa kami...
Inilah satu satunya penulisan yang saya risau. Dibaca sedap. Bunyi pun beralunalun. Tapi tak faham sepenuhnya! Agaknya sudah terlambat.
dah lama tak menyinggah ke sini membaca tulisan puitis cikgu humairi ;)
Fara,
Kalau rindu....,
pandang saja di awan petang...
aksara asmara terpintal di sana...hehe
Al Manar,
Ikut sahaja kefahaman sendiri. Pasti enjoy! Penulisan saya bukanlah kitab untuk berguru.
Ini adalah sebahagian kenangan saya bersama arwah ayah.
Naman,
Saya hanya berkesempatan dan masih menjenguk laman naman sekali sekala dan tidak dapat meninggalkan komen pada posting naman...maafkan saya.
Terima kasih masih sudi berkunjung.
Cuba meyelongkar dibalik N3 namun lain diberi lain kakak mengerti...
pertama kali liya baca tulisan cikgu.. hati dah terusik dgn penulisan cikgu. will follow yr blog. thanks
Salam Cikgu,
amat nostalgik bunyinya...hmmmmm!
salam AH ..
selamat kembali dari penyepian ...
mcm biasa, berkerut aby nak memahami maksud yg tersirat
hanya mencari jawapan pada post reply rakan2 lain ...
harap AH sihat seadanya
Cg, apa khabar?
Kakzakie,
Tiada salahnya kefahaman sendiri itu...mungkin boleh dikongsikan bersama. Pasti lebih menarik jadinya nanti.
Liya Hanif,
Terima kasih sudi mampir. Moga dengan sokongan Liya..saya bertambat bersemangat lagi, tq.
Yong Moh Kembara,
Memang begitu adanya. Terasa arwah ayah masih bersaya saya ketika ini.
w/salam aby,
Mungkin agak susah memahaminya kerana saya tulis ikut apa yang saya tangkap ketika itu....ntahlaa, bila pandang ke awan, nostalgia bersama arwah ayah sering tergambar di sana.....alfatihah!
mysoalan,
Saya akan ke sana, insyaAllah!
Kak Nora,
La...la...la...Kak Nora datang! (Nostalgia bersama Kak Nora)
Saya baik aja.....maklum baik orang tua.....sakit-sakit pun kena teruskan rutin harian. Moga Kak Nora sihat jua adanya.
Assalamu'alaikum Cikgu
Selamat menyambut Ramadhan mulia dan menjalani segala ibadah berkaitan dengan sabar & ikhlas sepanjang bulan yang penuh keberkatan itu.
Sedihnya bila mengenang orang yang disayang, apatah lagi apabila dia telah tiada, kita terasa sangat akan saat-saat kita mengabaikannya... Tentu kita merasakan kita sepatutnya boleh melakukan sesuatu yang lebih baik. Kini, yang termampu, kita doakan dia tanpa noktah, hatta kita dinoktahkan.
w/salam Abang Temuk,
Marhaban ya Ramadhan!
Selamat jua buat Abang Temuk.
Memang sedih bila teringat saat-saat kita mengabaikannya....kini saat mengabadikannya di maya ini.
Moga kita diberikan kekuatan untuk terus menimba dan mencurah pahala buat yang tersayang.
Selamat berpuasa.
subhanallah..
betapa lamanya mutiara tak jenguk cikgu.
jujur, rindu sangat nak baca untaian puitis dr cikgu. damai dan lembut je susunan bahasa :) memang cikgu :)
Mutiara Bernilai,
Maha Suci Allah!
Engkau tak kurang hebatnya.
Ungkapan Mutira pada setiap entri amat saya kagumi. Mutiara....anda memang hebat!!!!
......mungkin saya kekurangan masa untuk tinggalkan komen pada entri mutira....maafkan saya!
HanyaMemet,
Thank You.
You too....anda juga hebat!
Post a Comment