DAGANG LALU
Dagang lalu ditanakkan, suami pulang kelaparan.
Samalah maksudnya dengan wild monkeys are been milked whilst own babies die of starvation (Klik untuk lebih memahaminya di Blog Al Manar).
Begitulah antara kata-kata isteri kepada saya :
"Abang nie betullah, anak orang abang ajar, anak sendiri abang biarkan......kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan!"
Hari ini anak saya sedang berperang di Dewan Peperiksaan menghadapi PMR. Buat habis baik anakku, moga berjaya dengan cemerlang. Good luck!
Abah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak abah, juga keluarga kita di dunia dan akhirat, serta muslimin dan muslimat seluruhnya.
11 comments:
Cikgu memang ramai 'anak'. Kakak rasa dah beribu anak didik yg telah berjaya dan pastinya masih mengingatinya macam kita jugakan cikgu ingat siapa cikgu-cikgu kita sampai sekarang.. jgn takutlah puan (isteri cikgu) insya-allah anak kandung cikgu pun boleh berjaya.
Kakzakie,
Kalau anak murid, betullah tu. Ramai yang masih ingat, dan tidak kurang juga yang dah lupa. Tidak mengapa. Moga mereka semuanya berjaya dalam bidang masing-masing.
salam cikgu,
Mudahan anak cikgu beroleh kejayaan yag mmbanggakan dalm PMR 2012 kali ni..InsyaALLAH kemana tumpahnya kuah...Anak2 guru pasti beroleh kejayaan ...jasamu guru dikenang sepanjang hayat...Amin
salam AH ...
semoga anak AH dapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan PMR ni ..
bukan mudah nak membina pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara ..
Puluhan tahun dahulu semasa saya bertugas dinegeri Mat Saleh saya diminta menyelia budak budak yang dibawah tajaan sebuah Syarikat antarabangsa, dan juga menemuduga calun2 yang yang meminta kerja.
Satu pandangan yang menakjubkan saya ia lah latar ibubapa mereka yang cemerlang. Ramainya datang dari keluarga pendidik. Sama ada ayah atau ibu seorang guru atau pensyarah. Bukan semua anak2 guru pandai tetapi ramai yang pandai mempunyai ibubapa guru. Kita faham mengapa, kan?
Saya percaya dan berdoa anak2 didikan kita dan yang bertalian darah dengan kita akan berjaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa kita yang bertambah mundur. Tidak semestinya mereka memasuki menara gading.
sy doakan beroleh
kecemerlangan yg tnggi ;)
ainhany,
InsyaAllah...terima kasih atas doa. Hari ini hari terakhir dia berperang di dewan peperiksaan....moga sukses dalam peperiksaan!
w/salam aby,
Berbagai cabaran untuk membina pemuda dan pemudi harapan negara ni....apatah lagi membina harapan anak sendiri.....moga sukses jua adanya, insyallah.
Al Manar,
Benar, bukan semua anak guru pandai, termasuklah anak saya yang sedang berjuang pada hari terakhir ini dengan subjek matematik dan kemahiran hidup.....
Terima kasih atas doa anda juga.
Moga dia berjaya menceburi bidang yang diminatinya....amin!
maiyah,
...terima kasih maiyah.
Sy terlambat komen! Semoga berjaya!! Heeee!
Post a Comment