MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, November 13, 2012

BA

BARISAN AZAM - maksud saya kali ini

Bersempena Maal Hijrah 1434, marilah kita memperbaharui azam memohon
kekuatan dan keredhaan Allah SWT
melayari kehidupan dengan ibadah.


Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari).

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434

10 comments:

Rashid November 16, 2012 at 6:05 AM  

assalam

Yup!!Moga hari esok lebih baik dari hari semalam. Moga hati juga semakin sinar dengan keimanan ..

aby November 16, 2012 at 6:39 AM  

salam AH ..
selamat menyambut Maal Hijrah ..

ahmad humairi November 16, 2012 at 6:42 AM  

w/salam Rashid,

InsyaAllah. Terima kasih atas doa.

ahmad humairi November 16, 2012 at 6:43 AM  

w/salam aby,

Selamat jua buat aby...salam maal hijrah.

Anonymous,  November 19, 2012 at 11:40 PM  

Slmkum
Terima Kaseh brkongsi maklumat.Cantik sungguh orkid yg d paparkn.Tringin nk p ambil benih.

wawa

Mohamadazhan.com November 19, 2012 at 11:42 PM  

salam cikgu, harap sihat2 di tahun baru dengan azamn baru =)

tahun depan kerajaan yang baru.hehe. =)

ahmad humairi November 20, 2012 at 5:43 AM  

w/salam wawa,

Kalo betui gaye ngendennye...dapat!, atuk boleh bagi pnye!

ahmad humairi November 20, 2012 at 5:46 AM  

Mohamadazahan,

Kerajaan baru, semangat pun baru...macam berazam tiap tahun tu....berkobar-kobar!...Satu kepastian...kerana kita adalah makhluk yang baharu - lemahnya makhluk Allah yang baharu!

Temuk November 23, 2012 at 1:29 AM  

As-salam
Tak semua "barisan" itu cantik, kan Cikgu Humairi? Termasuklah juga barisan pencadang dengan barisan pembangkang, hehehe. Tapi kalau "barisan azam" saya rasa memang pasti cantiknya, sebab tak biasa orang buat azam yang tak cantik. Semoga semua yang berbaris dalam barisan azam kita berdiri tegak dan berjalan lurus sampai ke destinasinya.

ahmad humairi November 25, 2012 at 4:35 AM  

w/salam Abang Temuk,

Ramai orang yang memilih jalan nan lurus dan luas dan terbentang. Sangat sedikit orang yang memilih jalan sempit dan berliku...

Jalan nan luas terbentang yang membawa kepada kehancuran!
Jalan sempit dan berliku bersinonim "ihdinassiratalmustaqim" perlukan pengertian.

Moga selamat serta bahagia sampai ke destinasinya...insyaAllah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP