HIJAU WARNA ALAM
Acummm!
Aaaaaacumm!!
Selamat pagi. Hijau warna alam. Hijau juga cairan yang terleleh. Ceria. Namun tak bermaya.
Lip lap batang lilin menyerakkan cahaya. Cahaya yang tidak pernah bersentuhan. Fizikalinya. Cahaya yang bergerak lurus. Kata cikgu sambil membuktikan dengan eksperimen. Konfius bila ada cahaya yang bersilang. Melintang. Owh...dari dua sumber rupanya! Patutla.
Menjelang tengah hari, saya di ajar menembak. Sikit je. Selebihnya saya belajar dengan sendiri. Saya dilarang membedil sebenarnya. Tetapi saya masih tidak reti membuat penyelarasan sebenar antara sasaran dan orang awam.
Ingatkan panas sampai ke petang. Cahaya yang tidak pernah bersentuhan, dari lilin lip lap terus menerangi petang. Telalu banyak telah dilalui. Banyak lagi yang perlu dihadapi. Saya buat kira-kira.
Maghrib telan petang yang gelap. Mulanya maghrib telan orang yang main bola di padang. Lepas itu kereta di parking. Lepas tu dengan saya sekali maghrib telan. Gelap sekali. Namun masih boleh nampak cahaya yang tidak pernah bersentuhan itu.
Esok start boxing. Glove masih tiada.
44 comments:
Assalamualaikum Cikgu Humairi
saya sekarang ni tengah duk bersin selalu
suara pun dah macam ramli shariff
he he
Wassalam
w/salam rozali,
bersin selalu - bagus tu. syaitan keluar dari badan, tahniah.
السلم عليكم ورحمة الله
Sesungguhnya Allah SWT amat senang dan suka orang yang bersin.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang itu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana perbuatan itu daripada syaitan yang mentertawakan kamu. (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)
w/salam Abd Razak,
Terima kasih atas perkongsian tazkirah...bila menguap, tutup mulut...tak gitu?
assalamualaikum cikgu...
esok start boxing..glove masih tiada..
tetapi, lawan dah merengek nak bertumbuk..
gelanggang dah digosok nak bergasak..
penonton dah beli tiket nak berteriak..
pengadil dah cukup korumnya..
mana glovenya...rupanya ada...
disebalik cairan hijau yang sedang meleleh...
Assalamu'alaikum cikgu,
Walau ditelan gelap malam, mata tetap mahu beradu. Biarkanlah seketika ujian melanda, esok-lusa pergilah dia.
Makan ubat cikgu, itu usaha juga...
w/salam sahrom,
boleh tak tak pakai glove?
...bungkus-bungkus tangan ngan tuala good-morning?
w/salam Kakzakie,
bersin je..
tanda badan sihat tuu.
belajar menembak? ok, sy belajar melastik. hihi
GC,
melastik?...pun bahaya tuu...hati-hati.
assalamualaikum cikgu,
samalah kita... tisu dan tuala jadi penemannya
menembak biar tepat sasarnya, peluru jangan dibuang jika tiada hasilnya
Assalam..
boleh agaknya bungkus dengan tuala good morning..tapi kena sediakan juga plaster..air batu dan minyak gamat...persediaan awl utk kemungkinan yang tidak dijangka..
salam ziarah.. :)
As salam..
Mesti ada sebab kena pakai 'glove'...ek
salam...
alahai, domam ek...
kesian...
kekekeke...
aterrr...
suka lagu xpdc hijau bumi tuhan...layan...
Aslmkm Cikgu.
Hijau isyarat hidup,
Cahaya melambangkan sinar harapan,
Peredaran waktu bererti perjalanan,
Gelap menandakan hadirnya pengakhiran.
Selagi ada isyarat hidup & sinar harapan dalam sebuah perjalanan, pengakhiran mampu dibaiki walaupun terpaksa meraba-raba.
Yang kurang dipenuhkan; yang cacat disempurnakan.
Insya Allah aman, damai, ceria & bahagia.
w/salam ibuintan,
salesman gak ek? hijau muda atau hijau tua?
w/salam azza_irah,
hadapilah apa juga perkara, walau tidak dijangkakan...setuju, persiapan itu perlu.
w/salam sha,
...juga mesti ada sebab mengapa kengkawan xleh 'komen' entri shah?
sham,
seronokla xpdc...ko layan dia...
w/salam Kak G,
Setiap yang hidup, berakhir dengan kematian. Setiap yang berakhir, bermula kejadian baru.
Kita mati, dan dilahirkan semula di alam yang lain pula.
Moga kesyukuran mengecap aman, damai, ceria & bahagia. InsyaAllah.
w/salam white rose,
mana ade?
Dua tahun sudah saya pernah jadik guru kadet polis..hurm, best menembak,,sekarang dah bersara
Salam.
Hak sesorg muslim kpd saudaranya yg lain ada 5. Dalam riwayat yg lain , dikatakan ada 6. Salah satunya ialah, mndoakan rahmat utk saudara kita yg bersin.
....yarhamukallah....
IMANSHAH,
Menembak, biar tepat sasaran....jangan nanti ada yang teraniaya.
w/salam AA,
Bila bersin, kita rasa lega...alhamdulillah.
kengkawan yang mendengarnya pun mendoakan rahmat untuk kita...syukran.
salam AH,
kurang plak cairan dan lelehan hijau .. kemana plak hilangnya ..
ohh... rupanya tergantung gantung di Merlimau dan Kerdau ..
masuk magrib,
bersegerala solat ...
perbuatan yg membezakan antara kite dgn depa2 tu ...
amy setiap pagi mesti bersin dua tiga kali naik rimas pun ada.
bab2 bersih dan selsema ni dah sebati dlm keluarga zue ni...almaklumlah suami dan anak penghidap asma.
asal bangun pagi...bunyi acumm dan sok sek dah lalai.
assalam..
nmpknya penyakit dah mnyerang smula.. hrp cikgu dah sembuh ye ;)
w/salam aby,
nak tanya aby (pakar kucing kan) - kembang saya asyik bersin plak, bolehke saya sapukan vicks kat hidung kembang tu?
Amy Syaquena,
Makan ubat yek...moga cepat sembuh.
zue pun selesema gak? musim cuaca tak menentu ni gamaknye...sabau jelaa.
terima kasih maiyah....sebenonya kucing saya nie....asyik bersin je.
Hijau alam ditelan gelap malam.
Mahu bertinju glove amat diperlukan.
(jadi pantun 2 keratlah pulak)
salam kembali AH,
psl sapu Vick kt kucing bersin tu,
tk pernah aby buat la. klu takat bersin tu selalu aby biarkan jer,
akan baik sendiri.. tp kene monitor la, jgn sampai panas badan ..
kene pergi vet klu sampai mcm tu ...
Hijau warna alam .. penuh kedamaian ..
diajar menembak? tak paham le . hehe Menembak apa tu?
w/salam shameel,
hijau jadi hitam,
hitam bertukar merah,
warna jangan main hentam,
nanti ada yang marah,
haiiiihhh....aparahhhh?
rashid,
ya....sekarang dah tembak tepat?
tembak apa?
tu yang dema suka tembak tuuu...
tu yang saya blajo tu.
w/salam kembali aby,
kembang dah beranak....dah kurang bersin dah. Terima kasih atas nasihat.
assalamualaikum cikgu,
apa khabar cikgu? semoga sihat sejahtera hendaknya.
hijau, warna alam, simfoni yang indah anugerah Allah buat kita.
erm, kalau orang yg sdg tak berapa sihat, pun elok menikmati kehijauan alam.
assalamualaikum cikgu,
apa khabar cikgu? semoga sihat sejahtera hendaknya.
hijau, warna alam, simfoni yang indah anugerah Allah buat kita.
erm, kalau orang yg sdg tak berapa sihat, pun elok menikmati kehijauan alam.
assalamualaikum cikgu,
apa khabar cikgu? semoga sihat sejahtera hendaknya.
hijau, warna alam, simfoni yang indah anugerah Allah buat kita.
erm, kalau orang yg sdg tak berapa sihat, pun elok menikmati kehijauan alam.
assalamualaikum cikgu,
apa khabar cikgu? semoga sihat sejahtera hendaknya.
hijau, warna alam, simfoni yang indah anugerah Allah buat kita.
erm, kalau orang yg sdg tak berapa sihat, pun elok menikmati kehijauan alam.
Post a Comment