MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, July 29, 2012

ALUNAN MELODI JANJI

Janji Di Tepati. Itulah temanya. Tiada logo khas. Hanya recycle. Tiada salahnya.

Aku masih menari berpusing-pusing. Pusing kanan. Pusing kiri sambil menatap akhbar. Ahhh....tiada cerita lain. Semua tentang pertelagahan pemimpin. Cakap dia sahaja yang betul. Orang lain salah.

Kucampak akhbar. Terapung ditarik graviti mentari. Melayang. Hangus. Terbakar. Hilang.

Kusumbatkan pembesar suara bersaiz telinga ke dalam telinga. Kedua-dua sudah kusumbatkan. Lagu beralun kupasang. Tenang dan melapangkan. Kubiarkan melodi itu menyeret aku ke alam lain. Alam yang jauh berlapis-lapis.

Sisa akhbar yang terbakar kuambil. Kuletakkan lidi dua batang. Bersilang. Buat layang-layang. Ada gambar Kapal Layar. Bahtera Merdeka Tunku. Mungkin. Ada juga gambar roket. Gambar Kulit Kerang. Tiada kelihatan Gambar Bulan. Kesemua layang-layang sungguh harmoni berlenggang di angkasa raya. Sesekali tali bersilang. Mencetus konfrontasi. Tali yang bersalut kaca!

Penat menari berpusing-pusing. Akhirnya kapal layar jatuh di padang ragut. Malang. Jatuhnya di longgokan berseni. Berputar-putar. Di atas tahi lembu!. Aku kembali ke Darjah 3!!

Lenaku diganggu. Dek kerana asyik menangkap buih-buih pelbagai saiz. Dari yang sangat kecil, kecil, besar dan sangat besar. Bergelembung bulat. Cantik berkilat. Kukurungi ia di dalam kotak bersegi "Post". Kotak kecil yang boleh memuatkan dunia realiti. Hari-hari yang mendatang, kesemuanya perlu dituruti dan difahami. Kerana ada disebaliknya, keabsurdan dalam realiti. Absurd sekali.

18 comments:

Kakzakie Purvit July 29, 2012 at 8:07 PM  

Akan tiba juga bulan mengambang bila putaran alam tiba masanya... ada masa matahari yg gah pun kena gerhana..

faraherda.razalan July 29, 2012 at 8:11 PM  

Saya kira, 1Malaysia tu penuh dgn inovasi.

=(

Kakcik Seroja July 29, 2012 at 9:11 PM  

tarian layang2 tak akan pernah sama rentaknya dengan tarian kita...

ahmad humairi July 29, 2012 at 9:12 PM  

Kakzakie,

Bulan jatuh ke riba.....itu yang PM Najib pernah kata....haaaiiihhhh, terperasan pulak blog ini!

ahmad humairi July 29, 2012 at 9:13 PM  

Mommy Fara,

Saya setuju, penuh inovasi serta imaginasi...

ahmad humairi July 29, 2012 at 9:22 PM  

Kakcik,

Bagusnya kalau sama rentak tarinya dengan kita yetak??

atuk July 29, 2012 at 11:12 PM  

salam Ramadhan Cikgu Humairi

Kita boleh lihat layang layang menari dengan cantiknya, tapi jangan lupa kita kena lihat rentak si pemegang talinya...

Selamat menjalani ibadah puasa

zue July 29, 2012 at 11:44 PM  

assalamualaikum cikgu,
lama sy tidak singgah sini..harap cikgu sihat slalu disamping menjalani ibadah puasa.

Maiyah July 30, 2012 at 3:11 AM  

salam..

berita kat paper
byk tul pasal rompakan
dan bagai lagi.. mengeleng je
maleh nk bca

ahmad humairi July 30, 2012 at 5:19 PM  

w/salam atuk,

Begitulah. Sukarnya memahami hati manusia. Bila tengok "Bulan Jatuh Ke Riba" (Blog ini), deme dah cop 'bulan' yang itu....haiiish...saya memang suka pada bulan....

ermmm....bilele nak bukak meja kat kedai kinin tu gamaknye...hehe.

Selamat berpuasa. Maaf zahir dan batin.

ahmad humairi July 30, 2012 at 5:20 PM  

w/salam zue,

Alhamdulillah, saya sihat jua adanya. Dah buat kuih raya?????

ahmad humairi July 30, 2012 at 5:22 PM  

w/salam maiyah,

Memang pun!
Kanke kita mace arah kiri ke kanan....memang menggeleng dibuatnya.

Selamat berpuasa, maaf zahir dan batin.

aby July 31, 2012 at 9:17 PM  

salam AH ..
anak bulan akan kelihatan sebelum datangnya syawal nanti ..
kena sabor sikit utk nampak ...

tulisan yg tk terjangkau dengan fikiran aby ...

apapun tingkatkan amal bersama kehujungnya ramadan

Temuk August 1, 2012 at 7:53 PM  

السلم عليكم ورحمة الله
Dalam lenaku, aku berbisik, usah waukan bulan. Ia sediakala di awan. Biarkan ia menghilal, membesar, menyorok, menjenguk, pun menyuluhi wau-wau yang jatuh.....

Dalam jagaku, aku berkata kuat, "Bulan jatuh ke riba!", ketika mana PM1M senyum berkata, "Yang pilih KWSP pun boleh di"bayar khas"! Hehehe.

ahmad humairi August 1, 2012 at 9:14 PM  

w/salam aby,

Benarlah, kepastian itu merupakan penawar, namun penantian menjadikannya suatu seksaan yang tidak tertanggung!

ahmad humairi August 1, 2012 at 9:25 PM  

وعليكم السلام ورحة الله

Abang Temuk,
Demikianlah. Bagai di kata Fara di atas PM1M penuh inovasi!

Bulan jatuh ke riba, bonus bakal diterima....semua bergumbira!

Tapi.....aku miskin hina,
Berselubung duka....a...a...a (Lagu Manusia Miskin Kaya)

Al-Manar August 8, 2012 at 8:23 AM  

Mengapa susah sangat saya hendak memahami apa yang tersirat disini padahal yang lain boleh? Saya akan terus cuba. Munkin umur menjadi penghalang.

Al-Manar August 8, 2012 at 8:23 AM  

Mengapa susah sangat saya hendak memahami apa yang tersirat disini padahal yang lain boleh? Saya akan terus cuba. Munkin umur menjadi penghalang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP