MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, November 1, 2012

NAGA ATAU HARIMAU?

Raya Haji lepas aku ke rumah atuk (adik atuk yang bongsu sebelah mak) di Kg Pebayan, Mukim Bandar, Teluk Intan. Ziarah kali pertama, raya aidilfitri tahun lepas, tak pula dia tunjuk pokok ni.Ini pokok orkid naga kataku bila tengokkan batangnya. Orkid Harimau nie...sampuk atuk sambil dia tunjukkan bintik-bintik pada bunganya seperti harimau bintang. Mungkin kawan-kawan boleh bagi tahu nama sebenar anggerik hutan ni. Kata atuk ada orang datang nak beli, tapi atuk masih belum mahu menjualnya. 




Pandangan sekumtum dari sejambak - aku 'kutei' dan letak kat tempat lain agar lebih jelas.

8 comments:

aby November 1, 2012 at 8:17 AM  

hanya jauhari yg kenal maknikam ..
tu yg atuk tak nak jual ..
psti ada keistemewaannya yg hanya dia tau..

ibuintan November 1, 2012 at 8:56 AM  

Salam cikgu.... cantiknya!


cikgu tolonglah cakap kat atuk tu, beri la saya beli sebatang dua... tolong cikgu ye...sy takde lagi okid camtu yg ada jenis lain

ustaz eds November 1, 2012 at 8:42 PM  

salam cikgu...

cantik orkid tuuu...bagi jaa nama orkid GAMAU...takyah gaduh2 nama naga atau harimau..hentam dua2 sekali..boleh ke cikgu?...hehehe

faraherda.razalan November 2, 2012 at 2:00 AM  

Uish! Orkid? Rare ni cikgu! Tumbuh liar ke tu?

ahmad humairi November 2, 2012 at 3:39 AM  

aby,

Mungkin tak kena harganya kot????
.....dia nak bagi cucu cicitnya tengok.....

ahmad humairi November 2, 2012 at 3:41 AM  

ibuintan,

saya mintak benihnya....atuk kata kamu tanam dulu pokok kelapa...udah tumbuh beso ni batangnya...baru atuk bagi kamu....haaaiiihhhh...dia nak bagi, tapi macam tak bagi je!!

ahmad humairi November 2, 2012 at 3:43 AM  

w/salam ustaz eds,

bagus nama tu. Abang Temuk pasti setuju....dia pakar mengakronimkan perkataan....dan dia pakar tumbuhan juga. Kita tunggu komen beliau.

ahmad humairi November 2, 2012 at 3:45 AM  

fara,

ye, orkid liar....dia ikat kat pokok kelapa....bawah teduh pokok-pokok lain....sesuailah kot...makanya ia berbunga!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP