MUTIARA KATA HARI INI

Monday, May 21, 2012

JALAN PILIHAN

Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok. Begitu sulitnya meneruskan kehidupan. Nafas terus dihela. Degup jantung terus dirasa. Terasa perkasa di ajar alami. Tidak sedar sebenarnya yang bahawa aku telah menulis banyak perkara. Tiada cela sedari mula aku merengek hingga kini mata kabur, kulit kendur, uban bertabur, gigi gugur dan menghampiri kubur. Apakah buku yang kunukilkan ini akan diserahkan dengan tangan yang kanan ketika ceremony penyerahan buku karangan sendiri nanti.

Hari ini bukan semalam. Sehari lagi umur meningkat. Masih terasa legit sakar. Semalam adalah hari yang penuh dengan sebab musabab yang mengundang kecewa. Hari ini bukan semalam. Ya. Kalau hari ini aku berjanji untuk menyudukan sup ke mulutmu, jangan kau kata esok, tetap akan kusuapkannya ke mulutmu. Aku tidak berjanji untuk itu. Terkadang aku terlepas kata. Hari ini 1 Rejab. Maha kasih Tuhan yang menciptakan alam, diberikanya aku pilihan. Aku masih berpeluang.
"Ihdinassiratalmustaqim". Tuhan binakan satu lebuhraya untuk kita dan sudah siapkan sekali bersama had lajunya, kawasan angin lintangnya, kawasan tanah runtuhnya, kawasan cerunnya, kawasan gajah lembu melintasnya. Dan berjuta lagi papan tanda biru, hijau, kuning telah Tuhan sediakan. Begitu kasihnya Tuhan. Apa kau suka? Lautan atau daratan? Pohonan atau tanah galian? Angin atau api? Kiri atau kanan? Utara atau selatan? Yang kau suka, kau pilihlah. Tetapi jangan sesekali abai papan tanda Tuhan. Ahlan wasahlan wamarhaban.....aluanku buatmu Rejab 1433 Hijriah yang mulia. Masihkah berkesempatan bagi kita mengimarahkan ramadan yang bakal tiba.

24 comments:

faraherda.razalan May 21, 2012 at 8:37 PM  

Suka baca setiap bait kata-kata cikgu tu. Tapi napelah jarang sgt update entri. Mmmm...menunggu je sy.

Kakzakie Purvit May 21, 2012 at 8:42 PM  

Walau apa pun warna terlorek dan garapan dari yang dilakukan itulah perjalanan - merangkak/bertongkat/berlari tetap menuju destinasi sama akhirnya. Hanya bekalan yg dibawa hasil carian ketika di 'sini' untuk di 'sana' itulah yg membezakan kita... Selamat menyambut bulan-bulan penuh barokah cikgu..

ummu May 22, 2012 at 12:28 AM  

salam Cikgu Humairi
Hidup adalah pilihan
tetapi hanya satu pilihan
yang perlu kita lakukan
kan tuan?

salam ziarah daripada
terima kasih tinggalkan ucapan hari cikgu utk saya di blog rasmi saya.

MOH KEMBARA May 22, 2012 at 8:13 AM  

Salam Cikgu Humairi, semoga kita berkesempatan menyambut Ramadhan Al-Mubaraq lagi!

aby May 22, 2012 at 9:09 AM  

salam AH ..
lebuhraya yg umpama ilmu tesauf ..
manakala susur keluar tollnya adalah umpama tareqat yg dapat membuat kita lebih dekat dgn allah swt ...
sebagaimana banyak nya susur keluar, begitu juga banyaknya ajaran tareqat .. selamat menyambut ketibaan rejab dan semoga kita dapat berjumpa dgn ramadhan ...

atuk May 23, 2012 at 8:32 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

umur semakin kurang
putih dikepala sudah bertambah
gigi yg dijaga setiap hari,bilangannya dah berkurangan
mata yg dahulunya terang benderang, tapi sekarang perlukan bantuan

mohan Allah perkukuhkan Iman kita

Temuk May 26, 2012 at 9:33 AM  

As-salam
Cantik nukilan itu Cikgu. Amat mengajar!

Bolehkah kita katakan, pilihan hidup hanya satu, menuju (mendapatkan) keredhaan-Nya. Namun mujurnya Dia mengizinkan jalan yang berbagai dan banyak untuk itu, untuk kita lalui mengikut kemampuan, mengikut kesempatan. Amat bimbang rasa di benak, sebab kemampuannya minimum, kesempatannya terkekang. Ampuni aku ya Allah!

sahromnasrudin May 27, 2012 at 7:27 PM  

assalamualaikum cikgu...

cantiknya nukilan cikgu..terkesima saya membacanya..

terima kasih atas santapan rohani ini..semoga terus berkarya lagi...

ahmad humairi June 17, 2012 at 6:21 PM  

Pok Amai-Amai,

Terima kasih kerana suka....moga terus menunggu, insyaAllah ada lagi.

ahmad humairi June 17, 2012 at 6:24 PM  

Kakzakie,

Kita sudah di pengakhiran rejab 1433H, insyaAllah, kita tempuhi bulan-bulan barokah nini dengan amal ibadah.

ahmad humairi June 17, 2012 at 6:25 PM  

w/salam ummu,

Moga kita tidak tersalah pilih....selamat menjalani bulan-bulan barokah!

ahmad humairi June 17, 2012 at 6:27 PM  

w/salam Yong Moh Kembara,

Kita hanya mampu berdoa agar panjang umur, dimurahkan rezeki.....insyaAllah diizinkan.

ahmad humairi June 17, 2012 at 6:29 PM  

w/salam aby,

Ilmu aby lebih banyak berbanding saya, saya mohon tunjuk ajar dari aby, harap aby sudi menegur kesalahan saya.

ahmad humairi June 17, 2012 at 6:33 PM  

w/salam atuk,


Moga segala kekurangan dan kekenduran pada kulit, gigi, mata dan anggota dapat mempertingkatkan prestij iman kita, insyaAllah.

ahmad humairi June 17, 2012 at 6:42 PM  

w/salam Abang Temuk,

Ya, itulah doa yang sering kita pinta...ampunkan aku!

Andai mahu ke Kuala Lumpur - pilih sahaja sama ada mahu ke kiri, ke kanan, terus ke hadapan atau ke belakang.....pasti ada papan-papan tanda yang menunjukkan arah....ikut arah yang ditunjukkan, pasti tidakkan sesat, insyaAllah.

ahmad humairi June 17, 2012 at 6:45 PM  

w/salam sahrom,

Terima kasih atas galakan yang diberikan. Tidak pasti, apakah saya masih mampu.

Ya Allah, ampunkanlah aku!!

ZaridaIshak June 23, 2012 at 7:03 PM  

as salam,
semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga esok juga yang terbaik serta disudahi dengan perkara yang baik-baik dan dikelilingi orang baik-baik.

Puan Ummi June 25, 2012 at 8:45 PM  

salam cikgu humairi
hidup adalah satu perjuangan
sehingga mata terlelap buat selamnya
hidup adlaaah pilihan
ke neraka atau ke syurga
memang banyak persimpangan
namun hanya satu jalan

syukur alhamdulillah hari ni dpaat jengah via blog educational saya dan tinggalkan komen di blog cikgu.

Al-Manar June 29, 2012 at 6:00 PM  

Saya singgah dirumah Temuk dan ternampak nama Cikgu. Terasa ingin kemari memberi salam dan menikmati apa yang tersaji. Indah. Sungguh indah sajian ini. Saya terpegun. Maalumlah bila umur sudah menigkat sebegitu jauh terasa lah kata kata yang seperti Cikgu luah kan. Apatah lagi keluar dari orang yang pandai bahasa, kelemahan saya.

Terasa benar dalam hati bila membaca susunan yang sungguh imdah ini:
" .... kini mata kabur, kulit kendur, uban bertabur, gigi gugur dan menghampiri kubur ..."

Saya rasa bershukur dianugerahkan umur bersama pasangan yang memahami dan berdiri disamping apa yang saya buat.

Salam hormat Cikgu. Insya Allah akan datang lagi.

ahmad humairi July 1, 2012 at 8:05 PM  

w/salam YB,

demikian lah adanya bila berkawan dengan Yang Baik!

ahmad humairi July 1, 2012 at 8:07 PM  

w/salam cikgu Ma,

Jangan susahkan diri....
Terima kasih berkunjung.
Moga kita terus dipermudahkan oleh Allah menguruskan hal-hal duniawi dan ukhrawi.

ahmad humairi July 1, 2012 at 8:10 PM  

Tuan Al Manar,

Kita sering bertemu di Laman Abang Temuk dan saya juga selalu berkunjung ke laman Tuan. Namun apakan daya, saya lemah dalam Bahasa Inggeris.

InsyaAllah saya akan selalu berkunjung ke laman Tuan untuk memperbaiki penguasaan saya dalam Bahasa Inggeris pula!

Al-Manar July 1, 2012 at 11:03 PM  

Saya ingin melawat blog yang bermutu, bahasa penulisan dan isinya. Saya pun takut menunjukkan kekurangan yang ada pada seorang yang umurnya sudah lanjut! Sama sama kita mempelajari dan memperbaiki.

ahmad humairi July 2, 2012 at 6:13 PM  

Al Manar,

Nilai hidup harus diukur dari garis yang lebih mulia, iaitu kerja, bukannya usia.

Moga kerja yang kita lakukan diterima Allah sebagai ibadah, insyaAllah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP