BN
BARISAN NYALAAN - demikian maksudnya.
'Deepa' dalam bahasa sanskrit bermaksud nyalaan pelita-pelita kecil.
Terdapat banyak versi kisah silam mengenai Deepavali - Perayaan Cahaya, tetapi semua catatan itu membawa tema asas yang sama - bertujuan memperingati kemenangan unsur kebaikan terhadap kejahatan.
Dari suatu segi, pemimpin kita yang terdahulu juga telah membina dan menyinari 'cahaya' persefahaman untuk kita bebas mengamalkan agama di samping mengekalkan keamanan dan keharmonian.
Kita amat bertuah kerana dianugerahi sebuah negara yang
penuh dengan kepelbagaian,
sehingga rasa ikhlas dalam menghormati
dan menerima perbezaan ras dan kepercayaan, sudah menjadi sebati dalam budaya hidup kita.
Marilah kita meneruskan usaha membina kejayaan dan
membangun bersama sebagai anak Malaysia,
berpedomankan Prinsip-Prinsip Rukunegara.
SELAMAT HARI DEEPAVALI KEPADA
SEMUA PENGANUT
AGAMA HINDU DI MALAYSIA
7 comments:
Assalamualaikum Cikgu Humairi
barisan misti lurus
kalau benkuk...misti selari
(bersama Islam)
suka barisan yg guna lambang dacing .. mengingatkan ketika timbangan al mizan ..biarlah berat tang pahala ..
W/SALAM ATUK,
Barisan bengkok berseni membawa jalan nan 'lurus'...perlu laluan berliku untuk mencapai jalan nan lurus itu.
w/salam aby,
....posting belum lengkap tadi....terpublish lak...xpelah aby memahaminya terlebih dahulu.
Maha Adil pertimbangan Allah buat makhluknya!
Satu amalan saya dimasa kanak kanak sekolah ialah mrnyenaraikan 'New year's resolutions' diawal buku harian. Setiap tahun hambir sama sahaja azamnya. Sayangnya azam tinggal azam. Yang baiknya ialah memberi ingat kepada diri sendiri - satu kesedaran.
Waya hairan mengapa sanskrit mrenjadi satu bahasa rojokan penting kepada perkembangan bahasa Melayu. Tolong lah cikgu buat satu penulisan tentang perkembangan bahasa Melayu semasa datuk moyang kita dan apa yang berlaku sekarang. Saya amat kagum pengambilan bahasa Arab yang banyak yang tidak disedari menjadi kita lebih rapat dengan bahasa Al Quran. Apatah lagu kita mengagungkan Jawi. Bukan secara tulisan Jawi baru (ejaan baku?). Saya guna Jawi sebagai 'short-hand'- cepat. Kepada saya kita sudah hilang pedoman.
Tuan Al Manar,
Tahniah kerana masih patriotik pada Bahasa Melayu dan tulisan jawi. Tulisan jawi saya pun macam cacing kepanasan.....
Ketika di Maktab Perguruan Sultan Idris dahulu kami belajar jawi ala Pak Matlob....saya juga sudah 'keliru' dengan ideanya, namum tetap digagahkan mempelajarinya.
Kita masih ada pedoman dari bukunya (Pak Matlob) dan bahasa Melayu dari Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sentiasalah merujuk daripada mereka. Saya sudah sediakan pautan untuk memudahkan rujukan kita kepada Bahasa Melayu jika menghadapi 'kesukaran'memahami makna perkataan dalam Bahasa Melayu. Hanya klik pada logo DPP dan taipkan sebarang perkataan yang diinginkan ...dan klik 'cari'....pasti tidak menghampakan
Selamat merujuk!
**DBP - untuk Dewan Bahasa Dan Pustaka, bukan DPP. Harap maaf...buat Tuan Al Manar.
Post a Comment