MUTIARA KATA HARI INI

Monday, April 23, 2012

Mengingatkan Diri Sendiri

Aku kurang memahaminya. Maklum dah ketinggalan. Blogger.com dah ada gaya baru. Patutla kebanyakkan blog sudah berubah wajah.Salah aku jugak. Haiiihh. Bila aku rasa ok, aku tenang. Rileks. Tak peduli pada blog. Tidak endah pada perubahan semasa. Terlepas pada banyak perkara. Mengucapkan syukur pada tuhan, terkadang terlepas jua. Sembahyang. Tapi selalu terlepas maknanya. Aku salahkan syaitan. Tapi hakikatnya, salah aku juga. Hanya kembali berdoa pada tuhan bila rasa tak ok. Aku kembali berblog. Bertemu kawan-kawan maya. Agak jarang mengupdate. Tapi terasa ingin berkongsi sesuatu. Ahhh... Aku tinggalkan kerja yang sepatutnya dibereskan terlebih dahulu. Ini semua salah blog. Salah entri yang dikongsi. Salah komputer...... Salahkah mereka? Ermmmmm.....jangan bersikap suka menyalahkan orang lain... Salah diri sendiri, salah kamu humairi.

20 comments:

Temuk April 23, 2012 at 6:15 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi
Dah tak muda ni, rasanya lebih mudah pula lihat kesalahan pada diri sendiri. Pastilah kalau asyik tengok salah orang, susah kita nak perbaiki diri sendiri. Gitu kan, Cikgu?

ahmad humairi April 23, 2012 at 6:24 PM  

w/salam Abang Temuk,

Betul tu.
Apa pun halnya, ianya berbalik pada diri saya sendiri jugak. Saya dah tua. Saya sedo diri saya....huuuuu

Ceria selalu!

Kakzakie April 23, 2012 at 7:00 PM  

Tak mahu salah-menyalah cikgu. Yg penting sekarang bersama meriahkan blog kembali... tak mahu kata tua-mudalah tapi kita kata matang hahaha....

ahmad humairi April 23, 2012 at 7:07 PM  

Kakzakie,

Yang salah takkan nak kata betul kakzakie...tapi kakzakie memang betul....kakzakie memang hebat!

kakcik April 23, 2012 at 7:55 PM  

Seboleh mungkin salah kita hendak kita sembunyikan, salah orang tak segan kita tonjolkan...

Pok Amai-Amai April 23, 2012 at 8:01 PM  

Baiklah. Sy cuba utk tidak menuding jari pd sesiapa. Tapi bila dlm keadaan mrh, sy selalu nak kaitkan org yg dkt dgn diri nie. Bila mrh dah reda, baru terhegeh2 nak rs menyesal. Sy nak salahkan siapa dlm hal nie? Arghhh!

Betul cikgu. Salahkan diri sendiri.

aby April 23, 2012 at 8:35 PM  

salam cikgu ..
aby sendiri pun masih pening dengan format baru blog ni ..
tk pandai nak ubah image ..
tk salahkan blog atau pc ..
tp diri sendiri kerana kurang bijak ..
harap allah swt permudahkan urusan2 AH ..

ahmad humairi April 23, 2012 at 9:00 PM  

Kakcik,

Mengaku pada salah sendiri adalah sesuatu yang betul, salah pada salah orang lain salah jugak kerana kita juga bersalah sama.

ahmad humairi April 23, 2012 at 9:02 PM  

Pok Amai-Amai,

Kekalahan di Palestine.......salah kita jugak.....(?)

ahmad humairi April 23, 2012 at 9:04 PM  

w/salam aby,

saya sedang merangkak-rangkak menyesuaikan diri, insyaAllah, Alla berikan kekuatan menghadapinya.

atuk April 24, 2012 at 12:13 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

1 jari menunjuk kpd orang lain
perlu ingat
ada 4 jari lagi menunjuk kearah diri sendiri

Zulkbo zulkboCom April 24, 2012 at 10:32 AM  

salam..
selamat kembali ke dunia Blog
Cikgu..sesekali rindu juga kan..?
berapa ramai rakan pembaca di alam
maya ni :)

ahmad humairi April 24, 2012 at 5:18 PM  

w/salam atuk,

Kalau menunjuk dengan jari telunjuk, ada 3 jari menunjuk ke arah diri, Kalau menunjuk dengan jari ibu, ada 4 jari lagi menunjuk ke arah diri sendiri.....sudahnya tunjuk dengan muncung....sepuluh-sepuluh jari menunjuk ke arah diri seniri!

ahmad humairi April 24, 2012 at 5:20 PM  

w/salam zulkbo,

benar, rindu.
Kotak emel saya penuh dengan makluman enrti terkini dari saudara, terima kasih atas perkongsian maklumat yang tidak putus-putus itu.

ibuintan April 26, 2012 at 8:43 AM  

Assalamualaikum Cikgu... saya pun menyalahkan blogspot juga awalnya sbb dah terkial2 dgn stailnya yg baru ni

ahmad humairi April 26, 2012 at 4:47 PM  

w/salam ibuintan,

tule....dah tua-tua begini...nampaknya semangat berbelog semakin menurun...tambahan dengan gaya terbaharu yang belum difahami sepenubnya.

ALIAAZUAN April 26, 2012 at 10:19 PM  

Salam.
Ana pun byk buat salah juga..huuu.. mcm dah nak rayaaaaa jeee.

ahmad humairi April 29, 2012 at 7:27 PM  

w/salam AA,

Tak perlu tunggu raya nak minta maaf... Maafkan saya juga ye...maaf zahir dan batin ..huuu

sahromnasrudin April 29, 2012 at 7:46 PM  

assalamualaikum cikgu...sy ada anta emel ke cikgu...

cuba cikgu check ya?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP