MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, May 2, 2012

MAKHLUK HALUS

Makhluk halus. Jahatkah ia. Tidak dinafikan kejahatannya. Namun diperakukan juga kebaikannya. Sama juga pada manusia. Sempurna pada setiap penciptaan. Makhluk Allah yang baharu. Anakku diganggu oleh makhluk halus. Semester ini. Sibuk pula dia dengan berurusan dengan mereka. Diberinya ayam golek dan pulut kuning. Kerana dia membelanya. Makan dan minum secukupnya.

Kesiannya. Tiada masa cuti. Belajar mikrobiologi. ......uuuuuhhhh halusnya makhluk. Terpaksa dilihat dengan bantuan mikroskop! ....belajar rajin-rajin ye! Moga berjaya dengan cemerlang.

18 comments:

faraherda.razalan May 2, 2012 at 9:37 PM  

Err...cikgu. Sy suke pulut kuning. Makan lak dgn ayam golek. Wow! Hidangan mewah tu cikgu. Heheheheh...

Semoga berjaya dlm mengkaji mahkluk halus ya? Jgn nanti mata sepet sebelah sbb terlalu mengecilkan mata utk pandangan yg lebih bsr.

aby May 2, 2012 at 10:01 PM  

salam AH ..
tu baru pengkaji makhluk halus ..
memang perlukan tools yg berbeza dalam mengkaji makhluk halus fisikal dan spritual ...
semoga anak AH sukses dalam usha mencari ilmu ..

Kakcik Seroja May 2, 2012 at 10:06 PM  

Hahaha.. makhluk halus yang perlu dibelai ya... :)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE May 2, 2012 at 11:20 PM  

Salam.
Mungkin KUMAN adalah mkhluk Allah yg paling halus..kena pakai mikroskop.

ahmad humairi May 3, 2012 at 5:18 PM  

Pok Amai-Amai,

ermmmm....suka ek, nanti saya googlekan resepi istimewa serta gambar-gambar meliurkan ayam golek dan pulut kuning tu....hehe

ahmad humairi May 3, 2012 at 5:20 PM  

w/salam aby,

Terima kasih atas doa..pengkhususan dia dalam bidang kesihatan haiwan....nanti kalau kucing-kucing aby sakit, leh hantar kat dia, insyaAllah.

ahmad humairi May 3, 2012 at 5:21 PM  

Kakcik,

Begitulah adanya. Jangan nanti makan tuan dahla erak...

ahmad humairi May 3, 2012 at 5:25 PM  

w/salam AA,

KUMAN dah meninggal - al-fatihah buatnya.

BAKTERIA makhluk halus yang perlu di belai juga.

HANTU buat manusia waspada.

...ermmmm....pakai mikroskop boleh tengok makhluk halus ek?

Temuk May 4, 2012 at 9:30 AM  

As-salam Cikgu Humairi
Semoga si anak berjaya dengan cemerlang dalam pengajian dan kajian-kajiannya yang berkaitan.

Nampaknya ada 2 kumpulan makhluk halus, ya Cikgu? Yang pertama boleh dilihat dengan mikroskop. Yang satu lagi nampaknya terlalu halus dan halimunan. Cabaran besar untuk para saintis membuat mikroskop bagi melihat kumpulan ke 2 itu?

sahromnasrudin May 7, 2012 at 12:35 AM  

assalamualaikum cikgu..

sy doakan semoga pengkajian ini akan menghasilkan sesuatu yang amat bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara

MOH KEMBARA May 7, 2012 at 1:17 AM  

Salam Cikgu,

Semoga berjaya dlm studies yaa.

ahmad humairi May 7, 2012 at 5:15 AM  

w/salam Abang Temuk,

Tak perlu mikroskop kot untuk melihat makhluk halus tu. Boleh aje apply kan kaedah sebagaimana dalam sketsa "cobaannnn" P.Ramlee tu...hehe

Terima kasih atas doa.

ahmad humairi May 7, 2012 at 5:17 AM  

w/salam sahrom,

Terima kasih atas doa.

Tahniah sebab menang ipad tu....mahal tu!

Dah terima ole-ole dari saya....murah jer. harap sudi menerimanya.

ahmad humairi May 7, 2012 at 5:18 AM  

w/salam Yong Moh Kembara,

Terima kasih yong.

Takde ke buah hazelnut untuk kume?

sahromnasrudin May 8, 2012 at 2:01 AM  

assalamualaikum cikgu..

saya dah terima ole2 dr cikgu..sy sgt terharu, gembira dan menghargai ole2 tersebut..ia bermanfaat utk sy gunakan

terima kasih cikgu

ibuintan May 8, 2012 at 4:32 AM  

nasib baik anak cikgu bermain dgn makhluk halus yg berguna, moga dia berjaya dgn kajiannya

ahmad humairi May 13, 2012 at 6:14 PM  

w/salam sahrom,

alhamdulillah, dah selamat diterima, sampailah sudah hajat saya, terima kasih.

ahmad humairi May 13, 2012 at 6:16 PM  

ibuintan,

biarlah, moga dia tidak main-main dengan makhluk halus itu...bahaya!

Terima kasih atas doa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP