MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, February 28, 2012

MANISNYA SEBUAH KEMENANGAN


SK Chenderong Kelubi (SKCK) telah melakar sejarah gemilang apabila muncul sebagai JUARA KESELURUHAN dalam Kejohanan Olahraga dan Balapan Zon PKG Kampong Gajah yang telah berlangsung pada 25 Februari 2012, Sabtu yang lalu di padang SK Sungai Galah.

Image

Tuan Guru Besar SK Chenderong Kelubi, Encik Mohammad Aimaduddin telah menerima secara rasmi trofi Kejohanan di Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah. Beliau yang amat bangga dengan pencapaian sekolah telah mengadakan Majlis Kesyukuran bersama para atlet di kantin sekolah sejajar dengan aspirasi Guru Penyayang.

Image

Image

Apa yang sangat membanggakan sekolah ialah, walau hanya menghantar kontigen yang kecil, sekolah berjaya muncul sebagai juara keseluruhan menewaskan sepuluh buah sekolah dalan Zon dengan pungutan 8 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa. Atlet lelaki dan perempuan dari sekolah ini turut dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Kejohanan.

Lebih manis, SKCK berjaya menewaskan sekolah yang lebih besar di Zon ini. Syabas dan tahniah SKCK! Terus mengorak langkah ke arah kecemerlangan!!!

15 comments:

yangbaik February 28, 2012 at 5:19 AM  

Tahniah! tapi kan mengapa la bergambor kat terik mentari... kesian kat bebudak tu...

MOH KEMBARA February 28, 2012 at 6:06 AM  

Salam Cikgu Humairi,

Tahniah utk sekolah cikgu. Lama tak bersiaran?

ahmad humairi February 28, 2012 at 4:01 PM  

YB,

Terima kasih.
Daorang kan ori....
...walau terik mentari...senyum senang!

ahmad humairi February 28, 2012 at 4:04 PM  

w/salam yong mohkembara,

Terima kasih.

yokan...
penyakit maleh melande,
tu yang dok bekawan ngan sepital tuuu.

- GC - February 28, 2012 at 6:05 PM  

pelapis atlet negara pada masa akan datang.

Amy Syaquena February 28, 2012 at 6:07 PM  

tahniah untuk sekolah cikgu, lame naw bertapanya..sunyi sepi je rumah..

ahmad humairi February 28, 2012 at 6:31 PM  

GC,

Terima kasih.

Mudah-mudahan....hari ini gigit emas pelastik...esok gigit emas sebenar, insyaAllah.

ahmad humairi February 28, 2012 at 6:34 PM  

Amy,

Terima kasih.

Bertapa,
tidak mengapa,
asal sering di sapa...

sahromnasrudin February 28, 2012 at 7:37 PM  

tahniah!!! semoga usaha yang baik ini akan berterusan..

cikgu, sy baru balik dr kuala kangsar g attend kursus team bulding

ahmad humairi February 28, 2012 at 7:48 PM  

Sahrom,

Terima kasih.

wah, berkursus lagi....mesti ada ole-ole dari kuala kangsar yang di bawa bersama.

Kakzakie February 28, 2012 at 9:51 PM  

Itu dia cikgu... baru cikgu masuk sekolah ini dah ada lakaran sejarah tercatat. Tahniah buat warga sekolah semuanya.

Budak-budak tu memang nampak cergas cikgu...

zue March 1, 2012 at 2:00 AM  

tahniah buat sek cikgu.

zue March 1, 2012 at 2:00 AM  

tahniah buat sek cikgu.

ahmad humairi March 4, 2012 at 5:17 PM  

Kakzakie,

Memang mereka semua berbakat....cuma gilap lebih sket jer...insyaAllah mereka boleh!

ahmad humairi March 4, 2012 at 5:18 PM  

Zue,

Terima kasih....moga ceria selalu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP