AKSI NAGA
Ini bukan aksi yang pertama, kedua ketiga atau keempat. Sudah banyak kali. Untuk kembali di pertemuan pertama sila klik hyperlink ini.
Sesiapa sahaja yang menegurnya, akan kuizinkan untuk mencicip buahnya jika benar ianya sudah boleh dipetik. Bila aku dipanggil, aku tidak dapat menahan rasa untuk merakam aksi-aksi yang diperagakan.
Benarlah seperti apa yang didoakan oleh sahabat blogger ini:
Terima kasih Abang Temuk.
17 comments:
Assalamu'alaikum.
Salam 10 Syawal. :)
Tiada ruginya berbudi kepada tanah, kan?
Melenggang lenggok si bunga beraksi mesra dengan tuannya.
Saya ternganga, teruja! Bahasa Melayu lama Tok Temuk mengusik jiwa. Ahhh! Fikiran saya asyik bersenggama pada setiap perkataannya! Terima kasih!
w/salam kakcik,
Boleh jadi kaya dibuatnya...kalau betul caranya berbudi pada tanah.
Fara,
Orang lama.....banyak pengalaman, serta pakar dalam bidang tanaman dan tumbuhan - saya turut teruja bila banyak perkataan baru yang saya temui di lamannya.
cantik bunga tu ;)
Maiyah,
tiada celanya kejadian makhluk Allah!
Ceria selalu!!!
baru ni zue dpt nengok bunga buah naga..cantik..warna putih lak tu. brbunga waktu malam je pelikkan.
Zue,
Benar....banyak yang pelik di dunia ini yang perlukan penerokaan...Allah maha pencipta!
salam AH ..
aby tk pandai berbahasa ..
tp makan buah naga ni pandai la ..
kt umah kampong aby pun ada beberapa pokok buah naga di tanam abang ..
semoga AH sihat ..dan salam Merdeka ..
w/salam aby,
Salam merdeka kembali.
Mungkin kucing-kucing aby beraksi patriotik sempena merdeka kali ini.
Kalau benar, nanti boleh publishkan meow-meow aby itu berksi!
Saya sudah tanam duja keratan dua tahun dahulu. Dulu tingginya dua kaki sekarang pun masih dua kaki! Mati tidak hidup pun tidak (ada kata bahasa yang indah - mati segan?) Rasa rasa macam hendak campak saja.
Al Manar,
Bumi kita amat subur. Campakkan sahaja benih - pasti tumbuh atas izin Allah jua.
Dua keratan itu, dua tahun yang lalu....ermmmm...masih begitu jua. Pasti ianya masih hidup. Hidup segan, mati tak mahu. Mungkinkah keratan itu di tanam terbalik? Saya mengagak sahaja. (Pastikan durinya menghadap ke atas (lawan graviti bumi).
Bajai ia dengan baja cecair. Pasti ia akan segar semula serta mengeluarkan pucuk-pucuk yang baharu, insyaAllah.
Assalamualaikum Cikgu,
Selamat Hari Raya!
Garang nampak naga tuh!
Assalamu'alaikum, Cikgu Humairi
Cerita silam bila diulang, hati suram bertukar girang!
Bang Temuk sedang mengira-ngira ni... Ramai yang menegur bunga-bunga cantik tu. Berapa kuntumlah semua agaknya. Sebab bila menjadi buah nanti, bimbang pula kalau-kalau Cikgu terpaksa ke pasar mencari tambahan. Pasalnya, panjang benar barisan 'penegur bunga-penagih janji', berkunjung membawa bakul tanpa henti-henti!
w/salam yong mohkembara,
Ini naga jinak,
Tak garang mane dia ni....manja dia dengan saya.
Selamat Raya nam!
Maaf zahir dan batin nam!!!
w/salam Abang Temuk,
Macam cerita-cerita sekuel filem tulah...sekarang dah sampai spider-man 3...dan mungkin ada lagi 4, 5, 6 dan seterusnya. Ni kiranya Naga II lah gamaknya.....mengembalikan kegemilangan lalu...moga berterusanlah girangnya, insyaAllah.
Tak perlu ke pasar mencari tambahan. Ini buah terus dari pokok di laman sendiri dan perkiraannya berdasarkan siapa yang bertuah....datang terlihat sendiri ketika warna buahnya bertukar merah....dan silakanlah memetiknya.
Harap-harapnya burung-burung serta mergastua lain tidak mendahuluinya.
salam,
tak keluar api?
KLIK objektif PPSMI untuk kuasai sains matematik bukan komunikasi BI
Post a Comment