MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, November 25, 2012

Tripod Stand


Kalau zaman saya dulu,
dawai direntang dari dinding ke dinding.
Sebaris dengan abang,
lalu benang diikat
dari dawai ke kain.

Kini,
zaman berubah.
Lebih mudah dan selesa.
Portable.
Santai sambil menonton TV...

Musim cuti ni kannnn
Ramai yang menjemput kenduri kahwin.
Tidak kurang juga
jemputan kenduri berkhatan anak-anak.

7 comments:

aby November 25, 2012 at 8:33 AM  

salam AH ..
baru sudah mengemas sbb buat kenduri sedari lps dzohor td ..
satu idea bagus tripod tu sbb urusan mengerat anu anak aby pd hari selasa ni ...
he..he...

ahmad humairi November 25, 2012 at 6:25 PM  

ibuintan,

bukan, bukan anak saya....anak murid saya.....hehe.

ahmad humairi November 25, 2012 at 6:27 PM  

w/salam aby,

Selamat mengerat...
Gitaw anak aby....cam gigit semut je...guna teknik Tara Clamp...pas kerat boleh terus berlari!!!

Al-Manar November 27, 2012 at 5:29 AM  

Memang jauhnya perbizaan dalam dua zaman. Masihkah ada kegunaan 'sudu' yang dibuat dari rotan untuk menahan kain pelikat dari tersentuh tempat luka bila berjalan?

ahmad humairi December 6, 2012 at 1:17 AM  

Al Manar,

Benar.
Teringat bila nak mandi masatu kena guna gelas menutup khatan....pedihla jugak!

'Sudu' tu.....rasanye dah tak ada lagi....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP