MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, October 23, 2012

AES


Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya,

akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu..

ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga
RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.

semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan
lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat
menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya.
- Best Of Me 321


12 comments:

Kakcik Seroja October 23, 2012 at 8:06 AM  

Pembaziran biasanya tidak memberikan kesan kepada yang melakukannya...

Temuk October 24, 2012 at 2:23 AM  

Tak banyak barang yang mahal akhirnya tetap punyai nilai mahal, kecuali barang itu boleh memperolehi status "antik". Yang murah dijaga rapi, sampai bila-bila bernilai tinggi.

Semoga anak cemerlang dalam PMRnya. Insya-Allah, kita mengajar anak orang dengan baik, orang mengajar anak kita dengan baik juga.

zulkbo October 24, 2012 at 5:45 AM  

salam..
nampak gaya kena saman 2 kali
la mamat tu:
1-langgar lampu merah
2-langgar tiang AES

adehhh...

Al-Manar October 24, 2012 at 7:03 PM  

Saya selalu dengar rungutan cikgu sekolah kerana terlampau banyak masa habis mengisi pelbagai borang yang dikehendaki pejabat pendidikan. Komputer pun dikemaskini juga. Masa mengajarpun tidak mencukupi.

Saya rasa AES ini pun akan memberi beribu butir maklumat kepejabat. Siapakah yang akan menilai semua ini. Berpuluh ribu surat saman akan dihantar. Munkin kita semua yang mempunyai lesen memandu satu hari akan diwajibkan mempunyai komputer untuk kemudahan saman dihantar secara automatic dari AES! Tak munkin cukup kakitangan dipejabat meneliti hasil maklumat AES dan mengisi surat saman.

aby October 25, 2012 at 8:47 AM  

salam AH,
elok juga tiang AES tu tumbang ..
selamat poket pengguna jalan raya dari membayar saman yg tidak sepatutnya .. untung pekerja lori sampah tu, dapat dijual sebagai besi buruk ..

























ibuintan October 26, 2012 at 9:56 PM  

slamat hari raya Cikgu... tu baru satu tumbang, rasanya lepas ni banyak lagi tu,, jual kat kedai besi buruk je

ahmad humairi October 28, 2012 at 6:04 AM  

Kakcik,

Agaknya deme dapat untungtu....mane taknye....samannnnn manjang!

ahmad humairi October 28, 2012 at 6:08 AM  

Abang Temuk,

Terima kasih atas doa Abang Temuk.

Agaknya, kamera tu dah balik modal kot menyaman aje kerojenye....

ahmad humairi October 28, 2012 at 6:10 AM  

w/salam zulkbo,

Saman berganda untuk kali yang ke sembilan puluk kot??? hehe

ahmad humairi October 28, 2012 at 6:12 AM  

Tuan Al Manar,

Begitulah kemajuan teknologi terkini. Sesak bagaimana sekalipun, pasti ada jalan penyelesaian....walau akhirnya diambil alih oleh Majlis Bandaran!

ahmad humairi October 28, 2012 at 6:14 AM  

w/salam aby,

Tule....

ramai jugak yang sokong...
malah ajak lagi lori-lori pi langgar lagi AES tu....hehe

ahmad humairi October 28, 2012 at 6:15 AM  

ibuintan,

selamat hari raya jua buat ibuintan.

kita yang canggih manggih ni gitule...bila dah tumbang....buruk aje yang dilihat...haaaaiiiihhhh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP