MUTIARA KATA HARI INI
Monday, December 24, 2012
Friday, December 7, 2012
BERSATU
Sunday, November 25, 2012
Tripod Stand
Tuesday, November 13, 2012
BA
Monday, November 12, 2012
BN
Friday, November 2, 2012
TAK DAPAT GAMAU....
(Istilah Ustaz Eds - lihat posting sebelumnya), dia bagi orkid lain
(seperti dalam gambar di bawah)
Thursday, November 1, 2012
NAGA ATAU HARIMAU?
Tuesday, October 30, 2012
KORBAN PERCINTAAN
Tuesday, October 23, 2012
AES
Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya,
akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.
ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu..
ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga
RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.
semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan
lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat
menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya.
ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga
RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.
semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan
lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat
menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya.
Monday, October 8, 2012
DAGANG LALU
Dagang lalu ditanakkan, suami pulang kelaparan.
Samalah maksudnya dengan wild monkeys are been milked whilst own babies die of starvation (Klik untuk lebih memahaminya di Blog Al Manar).
Begitulah antara kata-kata isteri kepada saya :
"Abang nie betullah, anak orang abang ajar, anak sendiri abang biarkan......kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan!"
Hari ini anak saya sedang berperang di Dewan Peperiksaan menghadapi PMR. Buat habis baik anakku, moga berjaya dengan cemerlang. Good luck!
Abah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak abah, juga keluarga kita di dunia dan akhirat, serta muslimin dan muslimat seluruhnya.
Monday, October 1, 2012
Tuesday, September 25, 2012
SPEKTRA
Hadir mewarnai dunia maya. Hijau Warna Alam (Klik di sini). Tidak sama warna-warna rasian - hitam dan putih. Walau fontnya berwarna putih. Kini saya serakkan. Moga sedikit mewarnai lukisan di sini. Moga menambah ceria. Terima kasih atas sanggaan. Aku menulis bukan kerana warna, tapi kerana ada. Tentang diriku mencuba gagah menghadapi kesedihan kini.
"
Entah berapa lama aku tidur. Mimpikan Maya. Maya datang. Tiada apa yang
berubah. Sepi.
Welcome Maya. Rumah terbuka untukmu. Jangan bimbang pada Weapon of
Mass Destruction yang tersedia di rumah terbuka itu. Hanya kesiap siagaan.
Bimbang. Maya bertukar garuda."
Baca selanjutnya Kisahku...
Thursday, September 20, 2012
TIADA APA
Entah berapa lama aku tidur. Mimpikan Maya. Maya datang. Tiada apa yang berubah. Sepi.
Welcome Maya. Rumah terbuka untukmu. Jangan bimbang pada Weapon of Mass Destruction yang tersedia di rumah terbuka itu. Hanya kesiap siagaan. Bimbang. Maya bertukar garuda.
Monday, August 27, 2012
AKSI NAGA
Ini bukan aksi yang pertama, kedua ketiga atau keempat. Sudah banyak kali. Untuk kembali di pertemuan pertama sila klik hyperlink ini.
Sesiapa sahaja yang menegurnya, akan kuizinkan untuk mencicip buahnya jika benar ianya sudah boleh dipetik. Bila aku dipanggil, aku tidak dapat menahan rasa untuk merakam aksi-aksi yang diperagakan.
Benarlah seperti apa yang didoakan oleh sahabat blogger ini:
Terima kasih Abang Temuk. Baca selanjutnya Kisahku...
Thursday, August 9, 2012
Lambaian Kemenangan
Allahuakbar....
Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Besar
Allahuakbar walillahilhamd.
Ucapkanlah bait-bait kemenangan ini
Laungkanlah gema takbir ini
Kerana kita telah berjaya melaluinya
Bukan calak menang berhitung
Pejam celik pejam celik
pantas masa berlalu
Andai pejam tak celik lagi
Ucapan kemenangan ini
Tetap terpahat di sini.
Selamat Hari Raya kuucapkan kepada semua pengunjung.
.....moga Aidilfitri tambah ceria sambil mengekalkan kemenangan lalu serta memantapkannya.
Maaf Zahir Batin, maaf atas segala-galanya.
He... he....
Baca selanjutnya Kisahku...
Sunday, July 29, 2012
ALUNAN MELODI JANJI
Janji Di Tepati. Itulah temanya. Tiada logo khas. Hanya recycle. Tiada salahnya.
Aku masih menari berpusing-pusing. Pusing kanan. Pusing kiri sambil menatap akhbar. Ahhh....tiada cerita lain. Semua tentang pertelagahan pemimpin. Cakap dia sahaja yang betul. Orang lain salah.
Kucampak akhbar. Terapung ditarik graviti mentari. Melayang. Hangus. Terbakar. Hilang.
Kusumbatkan pembesar suara bersaiz telinga ke dalam telinga. Kedua-dua sudah kusumbatkan. Lagu beralun kupasang. Tenang dan melapangkan. Kubiarkan melodi itu menyeret aku ke alam lain. Alam yang jauh berlapis-lapis.
Sisa akhbar yang terbakar kuambil. Kuletakkan lidi dua batang. Bersilang. Buat layang-layang. Ada gambar Kapal Layar. Bahtera Merdeka Tunku. Mungkin. Ada juga gambar roket. Gambar Kulit Kerang. Tiada kelihatan Gambar Bulan. Kesemua layang-layang sungguh harmoni berlenggang di angkasa raya. Sesekali tali bersilang. Mencetus konfrontasi. Tali yang bersalut kaca!
Penat menari berpusing-pusing. Akhirnya kapal layar jatuh di padang ragut. Malang. Jatuhnya di longgokan berseni. Berputar-putar. Di atas tahi lembu!. Aku kembali ke Darjah 3!!
Lenaku diganggu. Dek kerana asyik menangkap buih-buih pelbagai saiz. Dari yang sangat kecil, kecil, besar dan sangat besar. Bergelembung bulat. Cantik berkilat. Kukurungi ia di dalam kotak bersegi "Post". Kotak kecil yang boleh memuatkan dunia realiti. Hari-hari yang mendatang, kesemuanya perlu dituruti dan difahami. Kerana ada disebaliknya, keabsurdan dalam realiti. Absurd sekali.
Friday, July 20, 2012
TENGAH HARI INI
POM! POM!! POM!!! ITU BUNYI MERCUN. INI BARU TENGAH HARI 1 RAMADAN
Baca selanjutnya Kisahku...Monday, July 2, 2012
JULAI - Bulan Menggambar Semula.
Langit tidak pernah menyimpan rahsia. Apa yang nampak itulah juga yang mahu langit beri. Ketika itu langit sepertinya mahu memberi hujan. Ia kelihatan hitam. Berarak lalu. Aku membuang pandang menerusi jendela. Dalam kotak tempat berlindung. Yang sering disinggahi kucing-kucing kencing.
Julai datang lagi. Bulan menggambar semula. Peristiwa silam. Terasa segar bugar dipeluk utusan doa di celahan awan. Awan-awan perak berarak seragam. Tidak sia-sia mereka berlatih. Melintas harmoni seiring alunan bayu mesra. Awan hitam yang turut serta dalam perarakan berarak perlahan. Tetap tidak mahu ketinggalan mewarnakan langit. Gerimis. Kini sudah menjadi rintik-rintik. Sempat menjentik rasa gusar di hati. Risau yang dia akan jatuh demam, dengan segera dia mandi. Dia tidak pasti sumber dan alasan saintifik apa sekiranya sudah terkena hujan, perlu segera mandi. Dia kembali ke arena. Kain baju yang dicuci berkali-kali dibilas. Laluan air terakhir diwajibkan ke atas semua pakaian yang dicucinya. Kini bergerak ke ampaian. Setiap garisan ampaian dibilasnya juga. Ahhhh....ada tahi burung bentaknya apabila disedari ada mata kehairanan memerhatikan tingkahnya. Memang aku pelik. Teramat pelik kerana tiada kotoran yang terlihat di situ. Rupanya aku ditarbiah bab-bab kebersihan. Aku dididik sedemikian rupa walau aku tidak dipaksa melakukan sepertinya. La, la, la, la, la....bergetar peti suara. Merayakan hari ini. Hm, hm, hm....sambil berharap agar hari-hari yang ditempuh dapat menangkis pintasan awan hitam. Pelukan doa tiada noktah. Sunyi, penuh bermakna. Doa dirungkai atas nama Tuhan yang mencipta awan. Noktah itu semakin menjelma. Baca selanjutnya Kisahku...Monday, May 21, 2012
JALAN PILIHAN
Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok. Begitu sulitnya meneruskan kehidupan. Nafas terus dihela. Degup jantung terus dirasa. Terasa perkasa di ajar alami. Tidak sedar sebenarnya yang bahawa aku telah menulis banyak perkara. Tiada cela sedari mula aku merengek hingga kini mata kabur, kulit kendur, uban bertabur, gigi gugur dan menghampiri kubur. Apakah buku yang kunukilkan ini akan diserahkan dengan tangan yang kanan ketika ceremony penyerahan buku karangan sendiri nanti.
Hari ini bukan semalam. Sehari lagi umur meningkat. Masih terasa legit sakar. Semalam adalah hari yang penuh dengan sebab musabab yang mengundang kecewa. Hari ini bukan semalam. Ya. Kalau hari ini aku berjanji untuk menyudukan sup ke mulutmu, jangan kau kata esok, tetap akan kusuapkannya ke mulutmu. Aku tidak berjanji untuk itu. Terkadang aku terlepas kata. Hari ini 1 Rejab. Maha kasih Tuhan yang menciptakan alam, diberikanya aku pilihan. Aku masih berpeluang. "Ihdinassiratalmustaqim". Tuhan binakan satu lebuhraya untuk kita dan sudah siapkan sekali bersama had lajunya, kawasan angin lintangnya, kawasan tanah runtuhnya, kawasan cerunnya, kawasan gajah lembu melintasnya. Dan berjuta lagi papan tanda biru, hijau, kuning telah Tuhan sediakan. Begitu kasihnya Tuhan. Apa kau suka? Lautan atau daratan? Pohonan atau tanah galian? Angin atau api? Kiri atau kanan? Utara atau selatan? Yang kau suka, kau pilihlah. Tetapi jangan sesekali abai papan tanda Tuhan. Ahlan wasahlan wamarhaban.....aluanku buatmu Rejab 1433 Hijriah yang mulia. Masihkah berkesempatan bagi kita mengimarahkan ramadan yang bakal tiba. Baca selanjutnya Kisahku...Wednesday, May 2, 2012
MAKHLUK HALUS
Makhluk halus. Jahatkah ia. Tidak dinafikan kejahatannya. Namun diperakukan juga kebaikannya. Sama juga pada manusia. Sempurna pada setiap penciptaan. Makhluk Allah yang baharu. Anakku diganggu oleh makhluk halus. Semester ini. Sibuk pula dia dengan berurusan dengan mereka. Diberinya ayam golek dan pulut kuning. Kerana dia membelanya. Makan dan minum secukupnya.
Kesiannya. Tiada masa cuti. Belajar mikrobiologi. ......uuuuuhhhh halusnya makhluk. Terpaksa dilihat dengan bantuan mikroskop! ....belajar rajin-rajin ye! Moga berjaya dengan cemerlang. Baca selanjutnya Kisahku...Monday, April 23, 2012
Mengingatkan Diri Sendiri
Aku kurang memahaminya. Maklum dah ketinggalan. Blogger.com dah ada gaya baru. Patutla kebanyakkan blog sudah berubah wajah.Salah aku jugak. Haiiihh. Bila aku rasa ok, aku tenang. Rileks. Tak peduli pada blog. Tidak endah pada perubahan semasa. Terlepas pada banyak perkara. Mengucapkan syukur pada tuhan, terkadang terlepas jua. Sembahyang. Tapi selalu terlepas maknanya. Aku salahkan syaitan. Tapi hakikatnya, salah aku juga. Hanya kembali berdoa pada tuhan bila rasa tak ok. Aku kembali berblog. Bertemu kawan-kawan maya. Agak jarang mengupdate. Tapi terasa ingin berkongsi sesuatu. Ahhh... Aku tinggalkan kerja yang sepatutnya dibereskan terlebih dahulu. Ini semua salah blog. Salah entri yang dikongsi. Salah komputer...... Salahkah mereka? Ermmmmm.....jangan bersikap suka menyalahkan orang lain... Salah diri sendiri, salah kamu humairi.
Baca selanjutnya Kisahku...Sunday, April 15, 2012
ANAK SETAN
Tiba-tiba aku terngat
Pada Anak-Anak Setan ini
sangat daif
Sungguh kasihan
Kuziarahi mereka
Di Pondok kecil
Di ruang tamu yang gelap
Anak-anak bertelanjang bulat
Masih ditemui di zaman ini
Di kampong ini
Di Malaysia merdeka ini
Anak-anak Setan ini kami ajar
Kami didik, sehingga selepas UPSR
Kini entah ke mana
Khabarnya sudah berumah tangga
Menjadi manusia.
Benar
Mereka memang anak Setan
Yang perlukan guru penyayang
Serta masyarakat penyayang
Apa khabarmu?
Isyaratkanlah kehadiranmu.
Saturday, March 10, 2012
JELAGA
Sunday, March 4, 2012
Jegela

Menteri Besar Perak yang aku temui. Di Chenderong Kelubi. Seawal 8.30 pagi. Memakai kostum ala pelangi. Kanak-kanak mengelilingi. Dapat belon mereka pergi. Kemudian datang lagi. Minta satu lagi. Dia beri. Sambil menampakkan gigi. Ori. Dia badut yang kutemui. Tapi Yang Berhormat Dato' Seri belum sampai lagi. Dah tengah hari........selamat tengah hari Dato' Seri Di Raja Dr Zambry.

Tuesday, February 28, 2012
MANISNYA SEBUAH KEMENANGAN
SK Chenderong Kelubi (SKCK) telah melakar sejarah gemilang apabila muncul sebagai JUARA KESELURUHAN dalam Kejohanan Olahraga dan Balapan Zon PKG Kampong Gajah yang telah berlangsung pada 25 Februari 2012, Sabtu yang lalu di padang SK Sungai Galah.
Tuan Guru Besar SK Chenderong Kelubi, Encik Mohammad Aimaduddin telah menerima secara rasmi trofi Kejohanan di Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah. Beliau yang amat bangga dengan pencapaian sekolah telah mengadakan Majlis Kesyukuran bersama para atlet di kantin sekolah sejajar dengan aspirasi Guru Penyayang.
Apa yang sangat membanggakan sekolah ialah, walau hanya menghantar kontigen yang kecil, sekolah berjaya muncul sebagai juara keseluruhan menewaskan sepuluh buah sekolah dalan Zon dengan pungutan 8 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa. Atlet lelaki dan perempuan dari sekolah ini turut dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Kejohanan.
Lebih manis, SKCK berjaya menewaskan sekolah yang lebih besar di Zon ini. Syabas dan tahniah SKCK! Terus mengorak langkah ke arah kecemerlangan!!! Baca selanjutnya Kisahku...