MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, August 1, 2010

KUMPUL LOGO MERDEKA



Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia.

Laungan "MERDEKA" telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak 7 kali,Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
"BAPA KEMERDEKAAN DAN PENGASAS PERPADUAN KAUM"

...Let no one think we have reached the end of the road : independence is indeed a milestone, but it is only the threshold to high endeavour - the creation of a new and sovereign State. At this solemn moment therefore I call upon you all to dedicate yourselves to the service of the new Malaya : to work and strive with hand and brain to create a new nation, inspired by the ideals of justice and liberty...

(Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra 31 Ogos 1957)


Jom kumpul Logo Merdeka!!!
Klik kat sini : Logo Merdeka

16 comments:

sahromnasrudin August 1, 2010 at 8:05 PM  

salam..teringat semasa perarakan merdeka tahun 1994 kat dataran merdeka..time tue sy form 1..sy join band sekolah masuk perarakan tue..sy main trompet..sgt bangga sgt tgk org keliling coz terlalu ramai sgt..sgt nostalgia....

yangbaik August 1, 2010 at 8:10 PM  

salam,
ingat juga masa kecik dulu2, time merdeka ada rancangan rasa sayangmerdeka.... tapi sekarang dah tak der... mungkin sebab dah besar kot...

ahmad humairi August 1, 2010 at 8:15 PM  

w/salam sahrom,

wow!! bangganya dapat menyertai brass band sekolah. Mike hebat!!!

Tentu masih aktif main trumpet kannn....atau mahir memainkan instrumen muzik jenis blow. Nanti citer sket lam blog..nostalgia itu... saya nak berkongsi kemeriahannya.

ahmad humairi August 1, 2010 at 8:18 PM  

w/salam yang baik,

issyyy...banyak lagi rancangan patriotik kat tv... tapi kan lagu rasa sayang eh tu evergreen...masih segar lagi.

Rozali August 2, 2010 at 2:29 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

taniah kepada mereka yg telah berusaha dlm kemerdekaan Malaysia

Wassalam

piewahid August 2, 2010 at 3:32 AM  

rasanya semenjak duamenjak ni semangat rakyat menyambut merdeka semakin pudar... wallahu a'lam!

ahmad humairi August 2, 2010 at 5:19 AM  

w/salam rozali,

bukan sekadar tahniah, kita terhutang budi dan perlu membalasnya.

ahmad humairi August 2, 2010 at 5:22 AM  

piewahid,

jenuh kerajaan berkempen......semenjak dua menjak ni ...merdeka dalam bulan puasa, tu sebabla agaknya.

Insan Marhaen August 2, 2010 at 6:21 AM  

teringat lagu Bahtera Merdeka nyanyian Ahmad Jais.

Masih IM dengar hingga hari ini!

ahmad humairi August 2, 2010 at 6:30 AM  

IM,

Saya selalu lagukannya dalam P&P muzik saya. Banyak lagi lagu-lagu yang meruntun jiwa, mendirikan roma serta menitiskan airmata patriotik.

penjejak maya August 2, 2010 at 8:00 AM  

salam,

Kemerdekaan ini mengingatkan tokoh pejuang kemerdekaan spt Tunku Abd Rahman tapi jgn lupa juga tokoh2 spt Tok Janggut, Dato' Maharajalela, Mat Kilau, Hj Abd Rahman Limbong, Mat Salleh dan banyak lagi.. mereka juga pejuang tanah air tapi dalam erti kata yang berbeza..

aliaazuan August 2, 2010 at 5:04 PM  

Salam.

Masa kecik2 suka kumpul setem. Mcm2 setem ada, tp tak tau la album setem tu dh ilang kat mana skrg ni.

ahmad humairi August 2, 2010 at 5:25 PM  

w/salam Penjejak Maya,

Mereka juga pejuang bangsa dan Tanah Air. Saya dah pentaskann "Nostalgia Pasir Salak" dalam beberapa function di sekolah dan kampong Pasir Salak.

ahmad humairi August 2, 2010 at 5:28 PM  

w/salam aa,

Saya dapat rasakan yang anda berjiwa seni....tentu dapat mengapreasasi keindahan logo-logo merdeka tersebut.....kena cari juga setem yang hilang dalam simpanan tu. Salam merdeka!

Anonymous,  January 4, 2011 at 5:07 PM  

It is every webmasters dream to have large amounts of traffic isn't it? I would like to to share with you a fresh new program that came out Dec 28 2010 that is make people a HUGE amount of money. Go to this website and take a quick look. [url=http://www.massmoney-makers.net]Mass Money Makers[/url]

Anonymous,  January 6, 2011 at 7:33 PM  

zvumtrdcn [url=http://ricostrong.net]Rico The Destroyer[/url]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP